Minggu Transformasi Siswa

Marilah kita update kesibukan minggu lepas.

Tak perasan pulak lama rupanya tak update blog. Sekarang ni semester baharu pun dah mula sebab tu jugak banyak benda yang nak disetel sebelum mula kelas. Belum lagi aktiviti sekolah lagi. Lepas tu hujung minggu pun busy, lagi busy daripada hari bekerja. Ampunnnn. Lama sangat rasanya tak singgah blog kawan-kawan. Rindu pulak nak kepoh update dari masing-masing.

Apa yang busy sangat minggu lepas? Ini haa..

Minggu Transformasi Siswa, semester ni ada 2 kuntum bunga baharu. So total ada 4 kuntum bunga di kolej. Biasalah course budak laki memang tak ramai budak pempuan yang nak masuk.

Minggu lepas saya jadi orang terakhir yang dapat viral batuk dan demam di rumah. Batuk-batuk pun kena juga bagi taklimat kepada anak-anak genZ yang baru mendaftar. Terpaksa jugak telan ubat batuk time kerja. Ingatkan tak mengantuk, rupanya mengantuk jugak. Nak tidur tapi tak dapat, so tahan je lah mata, sampai rumah memang terus peng.

ujian sarignan dass-21
Sempat buat ujian saringan DASS-21 jugak, walaupun untuk pelajar kita sekali harung je lah eh.

Alhamdulillah, normal. Masih lagi terkawal.

Dengar cerita member jadi mangsa buli supervisor di ofis, geram pulak. Bertudung litup, berwajah manis tak sangka rupanya kuat membuli ek, ustazah pulak tu. Kawan-kawan, janganlah macam tu, tak dapat nak mudahkan urusan orang lain, jangan pulak ko susahkan hidup mereka. Kesian la. Eh, ini cerita lain. Malas la nak mengulas. Terima kasih sebab masih singgah membaca di sini.

poster buli











 

Post a Comment

15 Comments

  1. selalu cakap kat adik opis ni.. akak tak buli tau, tapi akak bab2 komputer ni malas.. hahaha...tang lain boleh la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hepppp... jaga² linda nnt kena komplen... hihihi

      Delete
  2. Mim jangan lupa email akak. Lambat email lambat dapat hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. done kak!!! sori lambatttt.. jgn marah nnt kena lelong

      Delete
  3. Elok juga ada ujian camtu pada pekerja.. kadang tak tau samada ianya buli atau ianya adalah job scope.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau over tu mmg buli dh kak.. hihi... bila sejenis x pandai nk say no, mmg mudah kena buli

      Delete
  4. Syafakillah kakmim 🤲🏻
    PH pun still on road to recovery from flu & fever.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Get well soon PH.. sy ok alhamdulillah dah cuma kahak masih lg bersisa ni

      Delete
  5. Bagus betul inisiatif buat ujian saringan DASS-21 sekali untuk pelajar baharu ni. Sekurang-kurangnya pihak kolej dapat pantau kesihatan mental mereka dari awal semester. Tapi part Kakmim pun tumpang sekaki test tu lawak ya, apa pun alhamdulillah semuanya normal dan terkawal! 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kak SA... budak genZ skrg ni sensitif mudah je dpt penyakit mental katanya

      Delete
  6. buli ditempat kerja ye... buli dari segi apa agaknya tu? Nak la juga kepochi hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat dokumen kenaikan pangkat.. dia tumpang nama je.. tp x buat apa.. geram plak kiter

      Delete
  7. buli di tmpt keje dari segi mental lah kan biasanya..

    ReplyDelete
  8. Cie pun pernah buat DASS normal je. Dah tua2 jadi pembuli ni.

    ReplyDelete
  9. Waaah kalau di course lelaki ada siswi wanita, memang jadi bunga lah 😄. Teringat dulu teman saya kuliah di teknik mesin, yang memang mayoritas lelaki, cuma dia siswi wanita 🤣.

    Oh ada tes ini juga yaaa. Waktu saya study di Penang, tak pernah ada tes begini seingat saya. Bagus juga nih, bisa tahu sampai batas mana anxiety level pelajar

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!