Apresiasi Post Buat YB Kak Notie

Maaf semua!!! Lama sangat tak jenguk blog kawan-kawan sampai Kak Notie dah bersara pun saya tak tau. Ya ampun, terima kasih banyak kak!! Sempat berbalas email je dengan Kak Notie bagitau yang gift yang dia bagi dah sampai minggu lepas. Memang ketinggalan flight lah saya ni. 

Terima kasih kak atas hadiah tumbler yang cantik itu, yang menjadi pujaan anak bujang saya. Simpan dulu sebab sayang nak pakai, nanti kita rasmi. Terima kasih tau Kak Notie yang baik dan murah hati!!


Rasanya semua kenal Kak Notie kan? Yang baru nak kenal tu follow-followlah blog beliau. Oh ya, tahniah juga kepada semua blogger yang juga dapat tumbler World Cup daripada Kak Notie. Korang boleh check di sini: https://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/2026/06/keputusan-ga-meriahkan-piala-dunia.html

Buat semua yang tanpa jemu jenguk ke sini, terima kasih ye. Nanti ada masa saya lepak di blog kawan-kawan. Sekarang ni agak busy sikit, kelas dah start, program kolej, program KRT lagi. Nanti saya curi masa k.

Pesanan khas buat Kak Notie, walaupun dah jadi YB (Yang Bersara) blog harus diupdate selalu tau!! Bangun pagi terus je update blog. Ahahaha.


Post a Comment

2 Comments

  1. Aduhaiiiiii mim. Ini yg paling rare siap ada gambar serta appreasi lagi. Terima kasih selautan lautan hindi ya. Semuga ukhwah kita berpanjangan. Insya Allah update blog boleh ja tapi takde le bangun pagi terus cerita kat blog. Belum basuh muka Dan gosok gigi lagi. Kalau blog ada bbau dah sampai merata dah. Hehe he harap suka lah ya. Nanti tenguk tumbler ingat akak. Love uollss semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukaaa... anak bujang nak bawak sekolah, maknya x bagi, x boleh ni kwn ibu bagi... ahahaha... kedekut

      Delete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!