24 Jam Macam Tak Cukup

Sekarang ni macam tu lah. 24 jam macam tak cukup dalam sehari! Macam tak banyak benda dapat setel dalam sehari. Tak mungkin pulak banyak KPI sebab macam rutin je. Tapi entahlah tak taulah. Atau saya je yang tak pandai nak urus masa. Yang penting go with the flow je lah. Tak payah nak rumit-rumit sesakkan fikiran. Jem dalam otak, habis lah, banyak pulak keburukannya nanti. Oleh itu kawan-kawan, tak payah lah kita stress-stress k, santai saja hadapi hidup ni.

Minggu ni ada cuti umum di pertengahan minggu, tapi tak ke mana la sangat. Semalam jadi tenaga pengajar kursus untuk staf Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak. Sekali tengok dalam list peserta, gulp, ada nama Dato SUP sebagai peserta. Adeh deh, tapi dengan konfidennya takkanlah dia nak duduk jadi peserta kursus. Tapi tetap jugaklah ada sedikit kenevesannya. Entah-entah dia datang tengok kan? So memang berabis jugaklah masa nak update slaid dan bahan kursus. Itu yang tak tidur semalaman sehari sebelum. Jadi anxiety pulak tak dapat tidur. Eh macam tu ke anxiety ek? Perasaannya asyik terfikir-fikir je benda yang belum jadi. Haa.. begitulah.

Program pembelajaran sepanjang hayat went smooth yesterday. Walaupun adult student, tapi feeling tak sama mengajar komuniti. Mungkin semua sekufu kot, level P&P dan sokongan. Semua memang dah ada basic, so tak perlu nak mengajar sangat. Kita sharing saja. Alhamdulillah.

Kalau ada kursus, Padlet ni memang buat peserta excited. Suka ek kalau suruh post upload gambar gini. Tapi seronok, setiap kursus ada kenangan. Ada je peserta yang macam dekat je di hati kita. Eh?

Balik kerja semalam, letak beg, baring dan terus tertidur. Sedar je dah maghrib, oopss! Hari ni pulak sepatutnya BDR tapi ada program pelajar pulak di kolej. Itu yang sempat update kat ofis ni. Hihihi.

 

Post a Comment

5 Comments

  1. Ada masa, bila time banyak kerja tu.. memang rasa tak cukup la 24jam tu

    ReplyDelete
  2. kalau time super busy tu..memang mcm tu la. pelan2 key & curi2 masa juga utk rest

    ReplyDelete
  3. Sama la Mim, sehari 24 jam tapi rasa macam 4 jam je sekarang ni! Mana entah perginya masa... yang penting jangan stress-stress, teruskan go with the flow!

    ReplyDelete
  4. Masa berlalu seperti air mengalir jer kdg2 tu rasa.. kdg2 plan mcm2 nak buat dlm sehari tapi hurmm sikit jer dpt buat..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!