Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Lagu Cinta Kita. Show all posts
Showing posts with label Lagu Cinta Kita. Show all posts

28/12/2020

Lagu Cinta Kita 2 - Episod 7

December 28, 2020 17 Komen

Malam tadi semi final LCK 2. Malam yang menentukan pasangan mana yang akan ke peringkat akhir. Dan seperti yang diharapkan pasangan yang terkeluar malam tadi ialah pasangan Fariqwan & Mina. Entah kenapa Kakmim tak berapa nak appreciate pasangan ni. Bakat menghibur tu ada tapi bakat menyanyi tu so-so je lah. Takdelah power sangat pun suara diorang berdua. Nasib baiklah panel juri keluarkan mereka.


Dan tahniah kepada pasangan-pasangan yang mara ke peringkat akhir! Mereka ialah:


Syafiq & Serra
 Kael & Evie
 Adly & Darling
 Iss & Mya
Khareez & Nadeera




Performance paling meletopsss malam tadi ialah Mawarku daripada Khareez & Nadeera! Ketiga-tiga panel juri bagi standing ovation pada mereka berdua. Khareez sampai menangis tak tahan sebak bila juri bagi pujian pada mereka.


Yang paling tak sangka malam tadi, pasangan Hariz & Mafa. Selama ni diorang tak pernah bawak lagu rancak dan malam tadi diorang try dengan lagu Gadis dan bunga. Ternyata percubaan mereka tak menjadi dan akhirnya mereka telah tersingkir dan seterusnya tak layak untuk ke peringkat akhir. Walaupun secara teknikalnya vokal mereka berdua memang mantap mungkin dah bukan rezeki mereka berdua kot.


Tak sabar nak tunggu final minggu depan. Siapalah agaknya pasangan paling serasi dalam LCK 2 pada tahun 2020 ni?


Apa kata kita saksikan dulu persembahan daripada Khareez dan Nadeera sementara tunggu final minggu depan. Jom layannn jiwang!!Ehh!






21/12/2020

Lagu Cinta Kita 2 - Episod 6

December 21, 2020 4 Komen

Malam tadi #teamAmirBalqis terkeluar!! Tapi memang dah jangka dah sebab tak best, tak feel pun nyanyi. Tak macam Amir bawak Laskar Pelangi minggu lepas. Balqis takde masalah, panel juri banyak komen pasal Amir je.


Tapi.. takpelah kan. Dah adatnya pertandingan. Manalah tau lepas ni rezeki untuk berlakon ke pulak. Atau buat single duet bersama.



Suka tengok dressing Amir & Balqis yang menggunakan tema putih. Dress Balqis pun lawaaa!! Sedondon dengan earring. Nice lah.


Jom kita tengok lagu apa yang pasangan LCK 2 bawak malam tadi.


Lagu Untukmu - Syafiq & Serra
Yang Sedang-Sedang Saja - Fariqwan & Mina
My Baby You - Kael & Evie
Semakin Hari Semakin Sayang - Adly & Darling
Cintaku 100% - Iss _ Mya
Mulanya Di Sini - Amir & Balqis
Bunga Angkasa - Khareez & Nadeera


2 pasangan pertama buat persembahan tak best. Juri pun komen tak berapa puas hati. Tapi bila dah start pasangan Kael & Evie, dah berasap dah. My favourite couple best sangat malam tadi. Hael puji melambung sampai kena usik KLPP, ye lah sapa suruh sebut pasal kahwin. Kah! Kah!


Markah daripada juri malam tadi seperti di bawah. Memang dah agak dah pasangan bottom 2 tu. Dan daripada result tu jugak kita boleh tau yang Adly & Darling paling ramai peminat.



notakakmim: masih tak tengok lagi LCK? bak kata Encik Suami, malam Isnin malam Ibu tengok tv. Hahaha!



13/12/2020

Lagu Cinta Kita 2 - Episod 5

December 13, 2020 5 Komen

Malam ni kita review awal sikit ye LCK minggu ke-5 ni sebab Kakmim terus taip kat henfon masa tengok tv sesambil lipat baju. Hehehehe.




Episod minggu ke-5 semua juri berpuas hati kerana semua peserta nampak sangat peningkatan. Actually vokal diorang memang takde masalah sangat sebab majoriti semua dah ada experience masuk macam-macam pertandingan. Juri Mas Idayu pun takde marah-marah macam minggu lepas. Serius, semua bagi yang terbaik malam ni. So Kakmim akan bagi pendapat Kakmim sebagai seorang rakyat marhaen yang buta muzik je la yek.



Okay.. kita mula..


.



 Kael & Evie - Bila Resah


Komen Kakmim: Favourite couple Kakmim ni tapi Kael macam takde feeling dekat Evie jer malam ni. Evie macam biasa la nyanyi sambil tersenyum menjeling sekilas kat Kael. Suka jelingan tu ๐Ÿ˜ Tapi Kael pulak takde renungan romantik kat Evie malam ni.



Adly & Darling - Terlalu Cinta

Komen Kakmim: Ajai suka sangat kat diorang malam ni dan bagi markah 85! Kakmim pulak rasa Adly nyanyi macam tak sampai je ke hati Kakmim. Mungkin Kakmim tak berapa suka lagu ni kot. Hihi! 




Hariz & Mafa - Lagu Untukmu


Komen Kakmim: Suka energy performance diorang malam ni. Dressing & make up pun sesuai.. gothic gitu sebab lagu rock kot. Rock ke? Tak tau genre apa tapi lagu Meet Uncle Hussin tu.




Amir & Balqis - Laskar Pelangi

Komen Kakmim: Stage props cantik giler!! Ala-ala Titanic gitu. Amir hensem malam ni ๐Ÿฅฐ No komen sebab suka ๐Ÿคญ




Syahmi & Yazmin - Tiada Lagi

Komen Kakmim: Tak sangka pulak Yazmin akan nyanyi part dia dengan bahasa Tagalog! Best memang best tapi ada part harmoni tu nampak macam 'bersepah' sikit sebab dwibahasa.




Khareez & Nadeera - Menghapus Jejakmu

Komen Kakmim: Show performance terlalu crowded. Artis dan penari latar semuanya berpayung. Dah tak dapat nak fokus pasangan yang sepatutnya jadi fokus utama. 





Arif & Hidayah - Ku Pinjam Satu Bintang

Komen Kakmim: Mungkin Kakmim tak familiar lagu ni so tak feeling sangat la. Ajai pun tegur Hidayah malam ni. So-so je lah boleh tak? ๐Ÿคญ





Fariqwan & Mina - Bicara Rasa


Komen Kakmim: Serius pulak couple ni malam ni dengan lagu balada. Sebelum ni diorang jadi penghibur dengan watak catchy atas pentas bawak lagu rancak. Sedih pulak show diorang. Juri Ajai bagi 38 je sebab dia cakap pitching Mina tak konsisten. Yup, Kakmim setuju part tu sebab macam tak best Mina malam ni tapi feeling tu sampai.






Syafiq & Serra - Drama


Komen Kakmim: Okay Syafiq hensem malam ni ๐Ÿ˜dah tak pakai spec sebab kena tegur Mas Idayu minggu lepas ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Suasana rancak, feeling ada. Naik hantu kata KLPP. Semua juri happy bagi markah 80 ke atas!





Iss & Mya - Jampi


Komen Kakmim: Lain arrangement Jampi malam ni tapi best pulak dengar. Macam 'seram' pulak arrangement musicnya. Show diorang pun macam terkena 'jampi' jugak. Tapi ada part high pitch Iss 'terkehel'. Memang ketara jugak tapi overall Kakmim suka show diorang malam ni.



Bottom 3

Ariff & Hidayah 

Syahmi & Yazmin 

Fariqzuan & Mina 


Semua juri sukar nak menyebut nama pasangan yang hendak disingkirkan malam ni.  Pertandingan tetap pertandingan kan? Final result yang tersingkir ialah Arif-Hidayah & Syahmi-Yazmin. Ingatkan Fariqzuan & Mina! Tekaan Kakmim salah rupanya!



Apapun memang sedih ending malam ni! Sobs!! Semua juri nampak serba-salah & keberatan nak singkirkan mereka. Tapi juri kata yang tersingkir malam ni tersingkir bermaruah. Gitu!



notakakmim: teringin nak dengar pasangan LCK 2 ni bawak lagu Haram pulak nanti..




07/12/2020

LAGU CINTA KITA 2 - EPISOD 4

December 07, 2020 6 Komen

Malam tadi dah start competition sebenar dan 2 pasangan telah pun disingkirkan. Syukur pasangan favourite Kakmim selamat. Persembahan malam tadi pun memukau. Kakmim suka!


Pasangan yang tersingkir malam tadi ialah pasangan  #ZhafriLopez & #IndraFarah. Serius la memang tak best pun diorang semalam. Ajai kedekut gila bagi markah dan mami Mas Idayu marah gila!


1 lagi pasangan yang mendapat markah bottom 3 ialah #AmirBalqis tapi masih rezeki mereka di LCK2 dan mereka terselamat. Lagu dah best dah "Sway" tapi tu lah mistake sana-sini sampai Ajai pun marah.


Apapun #HarizMafa dan #KaelEvie tetap mantap! Tapi Kakmim love sangat couple #KaelEvie. Nampak profesional je, memang nak bertanding kerana bakat bukan mencari cinta semata. Cheh, macam tau pulak aku ni hati budi orang. 


Bukan Cinta Biasa dari couple #KaelEvie



Peluang Kedua dari #HarizMafa


Selepas #HarizMafa abis nyanyi HH bagi standing ovation, ye lah lagu dia kan.. HH cakap diorang perform ikut cara diorang sendiri takde pun ikut Nabila. Tapi betul lah suara Mafa ni memang power daripada suara Nabila. Eh?


#notakakmim: quick update je sebab ada keja nak setel sebelum meeting pengurusan sok

30/11/2020

Lagu Cinta Kita 2 - Episod 3

November 30, 2020 4 Komen

Last week LCK2 ni ditangguhkan sebab kes Aliff Satar positif Covid-19 tu so minggu ni baru ada episod 3. Ingatkan minggu ni dah start the real competition rupanya masih lagi mencari pasangan duet yang serasi gitu.



So lagu-lagu pilihan pasangan pada minggu ni ialah:

1. Sandarkan Pada Kenangan - Zhafri & Lopes (Bercantum)

2. Sampai Ke Hari Tua - Shazwan & Scha (Tak Bercantum)

3. Bunga-Bunga Cinta - Aiman & Nadja (Tak Bercantum)

4. Cinta Luar Biasa - Syahmi & Yazmin (Bercantum)

5. Belaian Jiwa - Indra & Farrah (Bercantum)

6. Kaulah Segalanya - Khareez & Nadeera (Bercantum)



Pada awalnya episod minggu ni tak berapa nak best mungkin sebab masuk je couple ke-2 dah tak best. Suara tak blend langsung so Kakmim pun decide off tv dan bawak #theIMANs masuk tidur. Tapi takpe, Kakmim dah khatam semua persembahan daripada couple minggu ni sejurus sahaja masuk ofis awal pagi tadi. Lepas khatam barulah dapat nak review kat blog kan?



Untuk tetamu jemputan panel cinta minggu ni ialah Ziana Zain & Zara Zya dengan tajuk "Pasangan Ideal". Mereka berdua ni sumpah best. Tak macam Bella Astilah dulu, macam kontrol je. Nampak sangat perbezaan artis zaman dulu dan sekarang. Kalau baca komen netizen di Youtube LCK ni untuk episod 3 ni memang banyak mendapat pujian. Perbincangan dan perkongsian yang sangat matang dan berisi. Hujah-hujah yang keluar dari mulut akak ZZ pun sangat positif dan dapat memberikan motivasi kepada mereka yang pernah gagal dalam pencarian pasangan ideal dalam hidup. Gituuu! So.. see my level, kata AA2020. Ada jugak part AA2020 tak dapat menahan sebak dan menangis bila diminta memberikan komen mengenai sharing akak ZZ. Real ok tak macam dibuat-buat. Kakmim tengok pun tahan sebak jugak depan pc ni.



Ok back to pasangan duet yang serasi minggu ni ada 4 couple yang stage bercantum dan 2 lagi tak bercantum. Oh ya, minggu ni juri tetap Ajai dan Hael Hussaini takde sebab diorang masih kuarantin lagi kan. Pengganti diorang minggu ni ialah Siti Sarah & Hazama. Dan pasangan paling solid bak kata Hazama ialah pasangan yang menyanyikan lagu Kaulah Segalanya, calon juara... katanya. Tapi memang powerlah suara Nadeera tu dan dia memang agak matang dah berbanding penyanyi wanita yang lain. 




Tapi... Kakmim suka jugak dengar suara Yazmin, mix Malay-Phillippine. Muka ada ala-ala Franciscca Peter gitu. Suara dia pun sedap. Kelainan untuk minggu ni jugak pasangan yang menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa ni menyanyikan lagu tersebut dengan dwibahahasa yang tak pernah lagi dibuat orang. Nampaklah Syazmi & Yazmin ni ada effort dan buat study untuk perform yang terbaik. Tahniah kepada semua yang mara ke next episod.



Itu sahaja kot review dari seorang marhaen yang buta muzik. Kalau yang tak pernah tengok program realiti ni bolehlah layan di Youtube TV3 Official ye.




16/11/2020

Lagu Cinta Kita 2 - Episod 2

November 16, 2020 6 Komen

Best pulak LCK ni kan adalah mungkin sebab ada HH kot? Haha! Minggu ni agak sengit jugak lah. Mostly partner yang stage bercantum tu juri tekan buzzer last minute. Hihihi.

Partner paling comel malam ni Kakmim suka Fariq & Mina tu. Netizen kata pernah masuk ICSYV tapi Kakmim kan tak follow show tu so tak tau lah. Enjoy jer diorang nyanyi Seiring dan Sejalan. Sampai HH mengelamun sengih sorang-sorang dan lupa tekan buzzer! Ai, teringat kat si dia la tu. Hihi.

Macam biasalah minggu lepas habis je LCK2 terjah lagi kat Youtube nak tengok Hariz & Mafa nyanyi lagi. Malam ni pun sama uols, tak puas tengok Fariq & Mina nyanyi. Naughty jer Fariq atas stage ek. Mina pun gedik jer, keduanya ada attitude.

Kan minggu lepas Kakmim cakap, pemilihan lagu tu penting untuk attrack 1st impression tu. Haa.. tengok Fariq & Mina ni semua juri tersenyum-senyum tengok show diorang.

Malam ni HH hensem la. I heart your rambut. Aumm! Hahahaha!

Ada yang tak tengok LCK 2 ke? Jom layan feeling sampai stage bercantum.. hehehe



09/11/2020

Lagu Cinta Kita 2 - Episod 1

November 09, 2020 5 Komen

Ehem! Siapa tengok Lagu Cinta Kita (LCK) Musim 2 malam tadi??? Tersengeh-sengeh jer tengok seyh. Haha. Suspen jugak tunggu stage tu bercantum ke tak, bercantum ke tak? Hihihi.

Er, apa LCK ni? LCK ni ialah program realiti yang diadaptasi daripada program popular CJ ENM di Korea, Love At First Song. Program cari jodoh menerusi muzik itu menampilkan Elly Mazlein sebagai hos tetap untuk musim kedua. Dia turut bergandingan dengan pasangan hos berlainan iaitu Michael Ang dan Azwan Ali. So malam tadi turn AA, ramai pulak yang teruja melihat kemunculan semula AA di kaca tv. Herlok jer akak tengok dia semalam tau.

Sementara itu pula, Hael Husaini dikekalkan sebagai juri tetap seperti di musim pertama dan disertai Mas Idayu. Seorang juri jemputan turut menemani mereka pada setiap episod yang akan menjadi panel cinta. Malam tadi kita ada Ajai. Masaklah kena komen komposer kan?


Pada musim pertama, Lagu Cinta Kita menobatkan Naqi Nasri dan Nur Ayuni Sapuan sebagai juara. Keserasian yang wujud antara mereka sekali gus membibitkan perasaan cinta sehingga ke jinjang pelamin dan berkahwin pada 25 Julai lalu. Sepasang lagi yang dah bertemu jodoh dari program ni ialah pasangan Erul & Naufa. Dah ada baby pun diorang berdua ni.



Malam tadi hanya 3 pasangan yang stage mereka bercantum so 3 pasangan ni automatically akan ke peringkat seterusnya. Manakala sepasang lagi juri tukar pasangan iaitu Syafiq yang dipasangkan dengan Serra untuk minggu seterusnya. 


Benchmark show malam tadi ialah pasangan Hariz dan Mafa. Ketiga-tiga juri puas hati sangat dengan show diorang sampai buat standing ovation lagi tu. Tapi memang best sora diorang berdua ni. Bak kata juri, macam dah lama kenal je.



Kalau baca komen netizen di live Youtube TV3 malam tadi, Mafa ni memang pernah join beberapa program realiti jugak sebelum ni. No wonder macam dah biasa sangat menyanyi. Sora Hariz pun sedap jugak. Diorang telah memilih lagu Mencintaimu (Krisdayanti), memang ada chemistry!

Satu lagi pasangan yang telah memilih lagu Paling Comel juga telah bercantum stage keduanya. Balqis & Amir ni memang sangat comel pun! Dah follow IG diorang. Hihi. Sepatutnya peserta pilih lagu catchy macam ni untuk minggu pertama sebab kita nak 1st impression tu. Lagu Paling Comel ni macam simple jer tapi sebenarnya menguji vokal jugak tau. Yang pilih lagu Kau Ilhamku dan Sempurna tu memang mistake la. Tak sesuai pulak rasanya lagu tu untuk masuk pertandingan. Eh? Over plak sis macam tau jer muzik ni.

Ni gambar cilok dari IG Amir. 


So far yang ke next stage malam tadi semua suara best. Tak sabar nak tunggu minggu seterusnya pulak. Hehehehe.

Yang tak berpeluang tengok LCK malam tadi bolehlah tengok di Youtube TV3 Official.