Lagu Cinta Kita 2 - Episod 5

Malam ni kita review awal sikit ye LCK minggu ke-5 ni sebab Kakmim terus taip kat henfon masa tengok tv sesambil lipat baju. Hehehehe.




Episod minggu ke-5 semua juri berpuas hati kerana semua peserta nampak sangat peningkatan. Actually vokal diorang memang takde masalah sangat sebab majoriti semua dah ada experience masuk macam-macam pertandingan. Juri Mas Idayu pun takde marah-marah macam minggu lepas. Serius, semua bagi yang terbaik malam ni. So Kakmim akan bagi pendapat Kakmim sebagai seorang rakyat marhaen yang buta muzik je la yek.



Okay.. kita mula..


.



 Kael & Evie - Bila Resah


Komen Kakmim: Favourite couple Kakmim ni tapi Kael macam takde feeling dekat Evie jer malam ni. Evie macam biasa la nyanyi sambil tersenyum menjeling sekilas kat Kael. Suka jelingan tu 😍 Tapi Kael pulak takde renungan romantik kat Evie malam ni.



Adly & Darling - Terlalu Cinta

Komen Kakmim: Ajai suka sangat kat diorang malam ni dan bagi markah 85! Kakmim pulak rasa Adly nyanyi macam tak sampai je ke hati Kakmim. Mungkin Kakmim tak berapa suka lagu ni kot. Hihi! 




Hariz & Mafa - Lagu Untukmu


Komen Kakmim: Suka energy performance diorang malam ni. Dressing & make up pun sesuai.. gothic gitu sebab lagu rock kot. Rock ke? Tak tau genre apa tapi lagu Meet Uncle Hussin tu.




Amir & Balqis - Laskar Pelangi

Komen Kakmim: Stage props cantik giler!! Ala-ala Titanic gitu. Amir hensem malam ni 🥰 No komen sebab suka 🤭




Syahmi & Yazmin - Tiada Lagi

Komen Kakmim: Tak sangka pulak Yazmin akan nyanyi part dia dengan bahasa Tagalog! Best memang best tapi ada part harmoni tu nampak macam 'bersepah' sikit sebab dwibahasa.




Khareez & Nadeera - Menghapus Jejakmu

Komen Kakmim: Show performance terlalu crowded. Artis dan penari latar semuanya berpayung. Dah tak dapat nak fokus pasangan yang sepatutnya jadi fokus utama. 





Arif & Hidayah - Ku Pinjam Satu Bintang

Komen Kakmim: Mungkin Kakmim tak familiar lagu ni so tak feeling sangat la. Ajai pun tegur Hidayah malam ni. So-so je lah boleh tak? 🤭





Fariqwan & Mina - Bicara Rasa


Komen Kakmim: Serius pulak couple ni malam ni dengan lagu balada. Sebelum ni diorang jadi penghibur dengan watak catchy atas pentas bawak lagu rancak. Sedih pulak show diorang. Juri Ajai bagi 38 je sebab dia cakap pitching Mina tak konsisten. Yup, Kakmim setuju part tu sebab macam tak best Mina malam ni tapi feeling tu sampai.






Syafiq & Serra - Drama


Komen Kakmim: Okay Syafiq hensem malam ni 😍dah tak pakai spec sebab kena tegur Mas Idayu minggu lepas 😂😂 Suasana rancak, feeling ada. Naik hantu kata KLPP. Semua juri happy bagi markah 80 ke atas!





Iss & Mya - Jampi


Komen Kakmim: Lain arrangement Jampi malam ni tapi best pulak dengar. Macam 'seram' pulak arrangement musicnya. Show diorang pun macam terkena 'jampi' jugak. Tapi ada part high pitch Iss 'terkehel'. Memang ketara jugak tapi overall Kakmim suka show diorang malam ni.



Bottom 3

Ariff & Hidayah 

Syahmi & Yazmin 

Fariqzuan & Mina 


Semua juri sukar nak menyebut nama pasangan yang hendak disingkirkan malam ni.  Pertandingan tetap pertandingan kan? Final result yang tersingkir ialah Arif-Hidayah & Syahmi-Yazmin. Ingatkan Fariqzuan & Mina! Tekaan Kakmim salah rupanya!



Apapun memang sedih ending malam ni! Sobs!! Semua juri nampak serba-salah & keberatan nak singkirkan mereka. Tapi juri kata yang tersingkir malam ni tersingkir bermaruah. Gitu!



notakakmim: teringin nak dengar pasangan LCK 2 ni bawak lagu Haram pulak nanti..




5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. saya tak berkesempatan lagi tengok rancangan ni..
    rumah xdak tv.. bila rasa nak cari kat utube mesti distracted dgn benda lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi... nnt kalau dh xtau nk tgk apa boleh la tgk LCK ni

      Delete
  2. atie tak pernah tgk lagi full rancangan ni, cuma clip2 if ada diorg share jer dlm twitter

    ReplyDelete
  3. iena tak sempat tgk lg program ni ..Ade masa nty blh tgk :D

    ReplyDelete
  4. Masih belum tengok lagi LCK2 ni. Aura dia tak sampai lagi. hihi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form