Lagu Cinta Kita 2 - Episod 1

Ehem! Siapa tengok Lagu Cinta Kita (LCK) Musim 2 malam tadi??? Tersengeh-sengeh jer tengok seyh. Haha. Suspen jugak tunggu stage tu bercantum ke tak, bercantum ke tak? Hihihi.

Er, apa LCK ni? LCK ni ialah program realiti yang diadaptasi daripada program popular CJ ENM di Korea, Love At First Song. Program cari jodoh menerusi muzik itu menampilkan Elly Mazlein sebagai hos tetap untuk musim kedua. Dia turut bergandingan dengan pasangan hos berlainan iaitu Michael Ang dan Azwan Ali. So malam tadi turn AA, ramai pulak yang teruja melihat kemunculan semula AA di kaca tv. Herlok jer akak tengok dia semalam tau.

Sementara itu pula, Hael Husaini dikekalkan sebagai juri tetap seperti di musim pertama dan disertai Mas Idayu. Seorang juri jemputan turut menemani mereka pada setiap episod yang akan menjadi panel cinta. Malam tadi kita ada Ajai. Masaklah kena komen komposer kan?


Pada musim pertama, Lagu Cinta Kita menobatkan Naqi Nasri dan Nur Ayuni Sapuan sebagai juara. Keserasian yang wujud antara mereka sekali gus membibitkan perasaan cinta sehingga ke jinjang pelamin dan berkahwin pada 25 Julai lalu. Sepasang lagi yang dah bertemu jodoh dari program ni ialah pasangan Erul & Naufa. Dah ada baby pun diorang berdua ni.



Malam tadi hanya 3 pasangan yang stage mereka bercantum so 3 pasangan ni automatically akan ke peringkat seterusnya. Manakala sepasang lagi juri tukar pasangan iaitu Syafiq yang dipasangkan dengan Serra untuk minggu seterusnya. 


Benchmark show malam tadi ialah pasangan Hariz dan Mafa. Ketiga-tiga juri puas hati sangat dengan show diorang sampai buat standing ovation lagi tu. Tapi memang best sora diorang berdua ni. Bak kata juri, macam dah lama kenal je.



Kalau baca komen netizen di live Youtube TV3 malam tadi, Mafa ni memang pernah join beberapa program realiti jugak sebelum ni. No wonder macam dah biasa sangat menyanyi. Sora Hariz pun sedap jugak. Diorang telah memilih lagu Mencintaimu (Krisdayanti), memang ada chemistry!

Satu lagi pasangan yang telah memilih lagu Paling Comel juga telah bercantum stage keduanya. Balqis & Amir ni memang sangat comel pun! Dah follow IG diorang. Hihi. Sepatutnya peserta pilih lagu catchy macam ni untuk minggu pertama sebab kita nak 1st impression tu. Lagu Paling Comel ni macam simple jer tapi sebenarnya menguji vokal jugak tau. Yang pilih lagu Kau Ilhamku dan Sempurna tu memang mistake la. Tak sesuai pulak rasanya lagu tu untuk masuk pertandingan. Eh? Over plak sis macam tau jer muzik ni.

Ni gambar cilok dari IG Amir. 


So far yang ke next stage malam tadi semua suara best. Tak sabar nak tunggu minggu seterusnya pulak. Hehehehe.

Yang tak berpeluang tengok LCK malam tadi bolehlah tengok di Youtube TV3 Official. 

5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. tak pernah tgk lagi program ni, should give a try kan

    ReplyDelete
  2. Tgk lah nnt atie.. tersengeh2 dgr komen panel juri.. ada HH plak tu.. hihi

    ReplyDelete
  3. Ala, tak tengok pulak. Okaylah AA nampak kembali normal berpakaian

    ReplyDelete
  4. Oo tak pernah tengok lagi rancangan ni. Macam best!

    ReplyDelete
  5. tak pernah tgk lagi program ni, orang kata best

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form