Kisah Maulidur Rasul 2020



Alkisahnya 31 Oktober minggu lepas PASTI #the Iman’s ada sambutan Maulidur Rasul. Tup tup pulak Kuching diisytiharkan red zone dan sekolah pun ditutup bermula 31 Oktober. Kesian pulak cikgu-cikgu dah buat semua preparation. Kek untuk sambutan birthday pun dah siap, jadinya cikgu-cikgu jer lah bergambar dengan deco dan kek yang dah ready.

Kek untuk anak-anak yang birthday bulan September dan Oktober.

Walaupun tak dapat celebrate di sekolah, cikgu ada buat pertandingan mewarna poster ‘Kami Cinta Rasul’ dan pertandingan video ucapan ‘Kami Cinta Rasul’. Tak sangka pulak Imran menang mewarna poster tu. Dalam dia mewarna pastu main pastu sambung lagi mewarna. Menang jugak. Hehehe. Video ucapan tu budak pempuan yang dapat paling banyak LIKE. Tapi cam biasalah Imran ni bukan ada perasan bila diberitahu menang. Dia bagitau abang dia jer pun yang dia menang pertandingan mewarna, lepas tu sambung balik main. Haha!


Budak laki ni ada lain sikit kan perangainya. Kalau si kakak dah excited dah cerita macam-macam. Macam-macam perangai anak-anak ni.

Ini haa #anakno3 Kakmim yang pergi ujian kemasukan ke sekolah agama 2 minggu lepas. Result keluar dah dan dia dukacitanya tak berjaya. Tapi macam biasa dia chill jer, takde perasaan. Ibu pun okay je. Nenek pulak yang sentap! Hahahaha!

Oleh sebab nenek, bapak (cucu-cucu panggil atok diorang ‘bapak’), makcik-makciknya suruh buat rayuan terpaksa jugaklah ibu mengarang surat rayuan walaupun tau takde konsep merayu-rayu ni. Tapi tadi ayah diorang dah selamat siap hantar surat ke PPD dah. Bak kata bapak Kakmim, at least kita ada usaha. Kalau memang bukan rezeki, tak apa.

Baiklah, baiklah. 

Biar semua orang puas hati walaupun jauh di sudut hati Kakmim memang takmo berharap. 

Okay.. sambung sikit cerita budak sorang lagi, si bongsu pulak.

Idlan tak menang apa-apa. Ibu pun saja tak bagitau dia. Nanti bila abang dia Imran bawak balik hadiah adalah ceritanya nanti. Hehehe. 

BTS Idlan sedang mewarna poster.

BTS pemenang tempat pertama, Imran Mudzaffar

8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. first! cake tu cantik gila and sngt biru !
    and anak ke3 kakmin sngt pandai colouring !!!! cantik nyaaa

    ReplyDelete
  2. Tahniah Imran. Cantik dia mewarna. Kemas.
    Semoga ada berita baik selepas buat rayuan nanti. Aaminnn

    ReplyDelete
  3. nenek atok memang camtu kan.. hehe
    kek tu lawanyaa kak mim!

    ReplyDelete
  4. Wahh tahniah imran! Cantik hasil mewarna dia...

    ReplyDelete
  5. Kakmim...ade tak kertas mewarna tu..boleh share tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari dulu yana... dalam whatsapp kalau masih ada... nnt kakmim roger k

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form