Follow Us @soratemplates

Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

26/04/2021

Kejeron Tengok Progress Rumah

April 26, 2021 23 Komen

Dulu masa kemaruk tunggu rumah sekarang siap, saya suka update progress rumah yang dibeli masa tahun 2009. Memang selalulah site visit & ambik gambar rumah. Kalau tak, takdelah sampai boleh buat entri setiap progress rumah. Gigih tak gigih?




Rupanya habit tu sampai sekarang pun masih ada lagi. Tak sabar sungguh. Orang Sarawak kata, KEJERON! 




Sebelum puasa hari tu, saya dan Encik Suami pergi tengok progress rumah baru. Dah nampak ada progress dah. Yahoo!!



 Jadilah kan tengok dari jauh. Siap kau kalau jalan dah siap memang kena inspect kat dalam. Hahaha!





Nanti kalau ada jenguk lagi, adalah updatenya. Haha! Ala... bukan jauh pun rumah sekarang dengan rumah baru. Hihihi. 

19/04/2021

Model Rumah Keduaku

April 19, 2021 30 Komen

Pagi Sabtu lepas saya dan Ayah IMAN baru berkesempatan menjejakkan kaki di Sales Gallery Hock Seng Lee untuk urusan rumah kedua kami. Sales person yang uruskan loan saya tak keja hari tu so dia wakilkan kawan dia. Terkejut pulak si adik tu bila dengar kami baru pernah sampai ke situ. Haha! Ye lah selama ni memang kami deal online je through phone call, Whatsapp & email. Biasalah zaman pandemik kan? Hihi!


Cantik sales gallery HSL ni.


Baru 1st time tengok model bakal rumah baru. Sebelum ni tengok gambar je. Hahaha!


Tak sabar pulak nak kemas rumah setingkat. Penat nak urus rumah 2 tingkat walaupun rumah sekarang 1 setengah tingkat tapi bertangga jugak dah sama jugak rumah 2 tingkat. Plan jangka panjangnya bila tua nanti senang la tak perlu turun naik tangga. Insya Allah kalau dipanjang umur. Ameen.

Baca juga: Step 2, 2nd Home

Loan tahun lepas lagi dah approved. S&P pun dah sign, sekarang tunggu rumah 80% siap baru mula potong gaji. Semoga dipermudahkan semuanya selepas ni.


 

17/08/2020

Step 2, 2nd Home

August 17, 2020 0 Komen

 

Terasa cepat sangat proses kali ke-2 ni berbanding pembelian rumah pertama tahun 2009 dulu. Nak kata sebab guna pinjaman perumahan kerajaan tak jugak sebab adik yang mohon pinjaman bank pun cepat jugak urusannya. Rezeki jugaklah kot, dipermudahkan urusan kami adik-beradik sejak booking dulu lagi.

Untuk rumah yang kami beli sekarang kami guna loan bank sebab masa tu saya baru jugak la keja, tak confirm lagi. Sekarang dah tahun ke-12 baru nak guna kemudahan pinjaman perumahan kerajaan. Better late than never kan? Dah ada kemudahan kita guna je lah.

15 Ogos hari tu dah siap sign dokumen S & P. Ada 4 copy yang kena sign, LPPSA, lawyer, developer & copy kita as a buyer. Dulu masa rumah yang dulu, kami sign dalam kereta je sebab time tu sarat pregnant, diorang kata tak payah lah naik ofis, diorang hantar ke kereta je. Tapi kali ni tak semudah tu. Staf tu siap explain & elaborate lagi paragraph demi paragraph, pages demi pages. Insya Allah, faham jugak  hak² kita sebagai buyer.

So sekarang ni tunggu approval LPPSA jer lagi. Semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan seterusnya. Aameenn...

Setel jumpa lawyer kita dating dulu lah.. hihihi

Walaupun hujan lebat di awal pagi, gigih kami menguruskan urusan duniawi. 

Roti tisu & roti telor bawang jer



12/08/2020

Wordless Wednesday - Samariang Aman 3

August 12, 2020 0 Komen

 

In process - semoga dipermudahkan ๐Ÿ˜Š


Ada park untuk beriadah.. memang trademark Samariang Aman kot


Jauh sikit dari umah sekarang, tapi sekarang belum nampak lagi pecah tanahnya.. hehe

Beria jer servey perumahan area lain last² booking Samariang Aman 3 jugak.. memang takleh move on dengan Samariang Aman eh ๐Ÿ˜‚ btw our 1st house di Samariang Aman ✌


24/04/2015

Ruang Tamu Simple Lagi Menggoda

April 24, 2015 0 Komen
Tempek lagi.. tempek lagi gambar. Adoi! Seksi nya ruang tamu ni. Kenapa la suka sangat warna merah ni. Takkan semua merah dalam rumah kan? Nanti jadi tokong Cina pulak. Oops. Takpe saya tempek jer.

Frame kosong merah tu lawa kan?
Temper jer. Hehehe. Nanti boleh lah deco macma ni. Tapi ruang tamu rumah saya takdelah luas macam ni. How meh????

Berangan jer lah dulu. Huuuuu.........