Step 2, 2nd Home

 

Terasa cepat sangat proses kali ke-2 ni berbanding pembelian rumah pertama tahun 2009 dulu. Nak kata sebab guna pinjaman perumahan kerajaan tak jugak sebab adik yang mohon pinjaman bank pun cepat jugak urusannya. Rezeki jugaklah kot, dipermudahkan urusan kami adik-beradik sejak booking dulu lagi.

Untuk rumah yang kami beli sekarang kami guna loan bank sebab masa tu saya baru jugak la keja, tak confirm lagi. Sekarang dah tahun ke-12 baru nak guna kemudahan pinjaman perumahan kerajaan. Better late than never kan? Dah ada kemudahan kita guna je lah.

15 Ogos hari tu dah siap sign dokumen S & P. Ada 4 copy yang kena sign, LPPSA, lawyer, developer & copy kita as a buyer. Dulu masa rumah yang dulu, kami sign dalam kereta je sebab time tu sarat pregnant, diorang kata tak payah lah naik ofis, diorang hantar ke kereta je. Tapi kali ni tak semudah tu. Staf tu siap explain & elaborate lagi paragraph demi paragraph, pages demi pages. Insya Allah, faham jugak  hak² kita sebagai buyer.

So sekarang ni tunggu approval LPPSA jer lagi. Semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan seterusnya. Aameenn...

Setel jumpa lawyer kita dating dulu lah.. hihihi

Walaupun hujan lebat di awal pagi, gigih kami menguruskan urusan duniawi. 

Roti tisu & roti telor bawang jer



Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form