Bintulu, Mac 2020! Last Travelling Sebelum PKP

Tercatat di Google Photo tarikh 11 Mac 2020 untuk semua gambar² di bawah ni. Tanggal tarikh terakhir travelling atas urusan rasmi. Lepas tu terus isytihar PKP dan tak taulah bila ada fly lagi ke mana². Hehehe.

Time ni kitorang travel dalam negeri je. Kuching-Bintulu-Kuching tu pun semalam jer, tak sempat nak ke mana-mana pun. Sampai Bintulu pun dah nak malam, keesokkan harinya sebelum gelap dah fly balik ke Kuching. Short trip jer. 

Ni kat airport Bintulu masa nak tunggu flight ke Kuching.

Mengabadikan kenangan bersama cikgu dari SMK Bintulu, yang tengah tu, lawa kan? Macam mem jer. Ingatkan ada mix orang putih, mati² dia cakap takde.

Ni budak² yang semangat nak sambung belajar, result not bad jugak lah hari tu. Kami suggest mohon UITM, semoga tercapailah cita-cita nak sambung belajar.

Ni tak ingat pulak kes nya. Macam minat bidang pelancongan je.

Ni adik² form 4 ke form 5, tak ingat pulak. Saja usha² peluang masuk ke IPT. Memang jemputan budak² sekolah jugak pun.

Dan inilah jugak sumbangan terakhir saya sebagai Pegawai Perhubungan Awam, mempromosikan Kolej Komuniti semasa roadshow PRO-DR. Program kerajaan negeri ni. Semua sponsor by TEGAS. Syok ikut roadshow ni kalau follow dari Sematan dan berakhir di Limbang, tapi saya hanya follow di Bintulu je. Tak larat nak roadshow 1 Sarawak. Kalau single ok lah kot, takde nak fikirkan sesapa.

Tentang Pro-DR

Projek of Dreams Realized atau Pro-DR Roadshow Siri Ke-6 2020 merupakan program "Jelajah Pendidikan dan Kerjaya" anjuran Kerajaan Negeri Sarawak melalui Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS). Objektif projek ini diadakan adalah untuk mendaftarkan lebih banyak pelajar lepasan SPM, STPM dan belia lepasan sekolah untuk memasuki institusi pendidikan dan pusat latihan. Oleh yang demikian, pihak penganjur akan membawa lebih 45 institusi pendidikan dan agensi bantuan pendidikan ke kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

Ya, saya berada di Hotel Promenade, Bintulu hari tu 😊

Di samping itu, pihak penganjur akan turut mengadakan pameran Science, Technology, Engineering and Mathematic (STEM) atau STEM Playground sebagai pendedahan kepada para anak-anak Sarawak khususnya tentang kepentingan pendidikan STEM untuk diri dan masa depan mereka disamping menimbulkan minat mereka dalam bidang tersebut. Selain itu, pihak penganjur turut mengadakan aktiviti seperti demonstrasi TEVT, ceramah motivasi & pendidikan, taklimat institusi dan cabutan bertuah.

Bukti pernah sampai di Bintulu sebelum PKP. Hehehe

Hotel Promenade, Bintulu. Lokasi strategik sangat dekat dengan Terminal Bas Baru Bintulu.

Takde keje lah kan?

Nasib ambik gambar, rupanya travelling terakhir tahun 2020. Lepas ni memang banyak online course/meeting jek. Kalau tak Zoom, Meet... tu jer lah. Hehehe


Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form