Follow Us @soratemplates

19/09/2011

Iman bam

September 19, 2011 0 Komen
Iman Madihah sekarang semua benda dia nak buat sendiri
Pakai kasut sendiri, stokin sendiri
Nak pakai pampers pun sendiri jugak

Tiba-tiba di suatu malam
Tanpa berseluar, hanya berpampers
Iman mencapai kasut dan stokinnya
Terus dipakainya ke kaki
Bangun jer, kasut dan stokin dah siap di kaki
Kemudian Iman nampak kopiah bapak (atok Iman) atas meja
(Iman panggil atok die 'bapak', nenek pulak 'nenek')
Dicapainya pulak kopiah, dipasang di atas kepala
Terus Iman 'bam' (solat)
Allahhu Akbar (tapi bahasa dia sendiri lah)

Iman memang suka bikin kecoh
Kalau dia tido, sunyi-sepilah rumah
Tengoklah rambut die, makin kerinting plak tu


Setelah sekian lama...

September 19, 2011 0 Komen
Dah lama tak mengupdate blog ni
Busy memanjang
Nak BW pun dah jarang
Lepas raya banyak pulak aktiviti & kerja nak submit
Sok nak ke Putrajaya lagi
Besok balik hari jer lah
Sib baik dah tau camne nak ke sana

Terkejut lak masa tranfer gambar kerja ada pulak gambar ni, ada orang yang candid ler tuh

Masa tengah interviu orang ler nih, ada orang sibuk ambik gambar pulak


08/09/2011

Aidil Filtri 2011 tanpa gambar famili

September 08, 2011 8 Komen
Gambar famili sememangnya 1 kewajipan masa hari raya
Entah kenapa tahun ni takde langsung pun bergambar time raya
Mungkin sibuk kot, kat umah sendiri
Semuanya kena sendiri, takde pembantu
Ayah Iman bantu pun setakat kerja-kerja orang lelaki jer
Macam tak best pulak takde kenangan 1st raya di rumah sendiri
Masa buat open house pun tak snap 1 apa pun gambar


Ada 1 jer gambar famili untuk raya tahun ni
Tu pun pakcik yang tangkap masa beraya kat umah dia
Hmm..
Kantoi pulak perut dalam gambar ni
Huhu..


06/09/2011

Kita hanya merancang

September 06, 2011 7 Komen
Di pagi 8 Syawal ni barulah ada masa nak update 'sesuatu' kat sini
Tu pun sebab hari ni saya dah masuk kerja
Kalau tak, berkulat la jawab nya blog ni
Apapun, selamat menyambut Aidil Fitri dan selamat berpuasa 6 ye!

Sedih dan terkilan
Bila dapat tau saudara yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ni
Terpaksa menangguhkan majlisnya
Gara-gara pihak lelaki buat hal
Bayangkan semua persiapan dah siap
Tiba-tiba pihak lelaki bagitau nak menangguhkan perkahwinan mereka
Tangguh pada tahun 2013 pulak tu
Tak masuk akal langsung!
Macam-macam boleh jadi dalam masa 2 tahun tu
Entah apa-apalah lelaki macam
Entah spesis apa
Geram!

Bayangkan...
Kad dah siap... cuma belum diedarkan
Hantaran dah siap
Baju kawen dah siap
Bilik pengantin dah siap
Dewan dah tempah

Semuanya 'burn'!
Macam s**l jer lelaki macam tu

Tapi
Kita hanya merancang
Allah jua yang menentukan

What you give, you get back
Trust me!