Follow Us @soratemplates

21/06/2012

4 bulan selamat dilalui...

June 21, 2012 7 Komen
Sebulan lagi nak puasa.
1st time menyusu semasa puasa.
Agaknya macam manalah production nanti.
Risau, risau jugak tapi tak boleh risau sangat, kena positif.
Tapi positif jer pun tak guna.
Nak cari jalan camne nak solve in case drop production nanti.

Sekarang Irfan dah mula dibekalkan sebotol frozen EBM + 4 botol fresh.
Baca punya baca, dah konfiden nak mencairkan susu ais tu sebelum digunakan.
Ya, caranya lalukan pada air paip dan rendam sekejap dengan air paip biasa.
Bila dah cair boleh masuk dalam botol untuk dibekalkan kepada BS.
Correct me if I'm wrong.
Lea? Betul tak cara saya ni?

Risau EBM dalam fridge masih banyak tu yang tekad nak gunakan separuh.
Sebelum expired!
Sekarang stok kais pagi makan pagi jer.
Ada pun yang stok tinggal dalam chiller akan digunakan pada keesokan harinya.
Dah 2 minggu takde masukkan dalam freezer.
Memang rasa bersalah tu ada!

Sekarang saya ambik set trial Shaklee.
Dan makan kurma.
SI dah mula nak ok balik tapi masih malas nak buat PP.
Sampai bila nak insaf pun tak tau.

Baru jap tadi order habbatus sauda.
Pastu terasa nak try set 3M Shaklee ni jugak.
Semuanya nak try, nak cuba buat stok kembali.
Kat ofis pam cam biasa.
Balik umah DF dan tandem tapi PP tak buat!
Irfan sepanjang malam mengulat!
Bila bangun kol 5 pagi tengok mulut masih melekat.
Ibu pun tidor tak sedar-sedar.



Apapun kena terus percaya konsep supply and demand.
Tapi power pumping tu saya malas sangat nak buat.
Jeles tengok orang pam dapt beroz-oz.

Diharap dengan adanya supplement saya akan tetap bertenaga.
Dan yang penting Irfan dapat cukup vitamin dan khasiat dari SI saya.

Semoga dipermudahkan perjalanan BF saya.
Ada sebulan lebih lagi nak cukupkan target 6 bulan.
Semoga terus bertahan selepas tu.
Aminnnn...


Irfan Mustaqim pagi tadi.
Walaupun takde bam-bam sangat tapi perasaan bangga sebab BF tu tetap ada.
Takde benda lain pun yang masuk dalam perut anakanda kesayangan kecuali SI.
Memang tak sama perasaan bila anak campur dengan susu FM.
Timbang masa 4 bulan hari tu 6.2 kg jer.
Apapun alhamdulillah, graf tetap naik.


20/06/2012

Air Asia Julai Promo

June 20, 2012 7 Komen
Kepada mereka yang berkenaan
Yang berminat untuk travel dalam Malaysia pada bulan ni
Ada promosi berpatutan daripada Air Asia
Boleh tengok sendiri yea
Semua harga adalah untuk return flight (pergi-balik)

RM250
KCH - KUL
KCH - BKI
KCH - PEN
KCH - JHB

RM300
KUL - BKI
KUL - BTU
KUL - MYY
KUL - SBW

RM200
Dalam Semenanjung
Dalam Sarawak

Sekiranya berminat, caranya email kepada saya di mfaizura@gmail.com
Nyatakan tarikh, masa, nama atau nama-nama penumpang dan luggage (sekiranya perlu)
Kemudian saya akan quotekan harga untuk anda

Sekiranya anda bersetuju dengan harga tersebut
Anda dikehendaki untuk membuat bayaran dahulu
Selepas bayaran diterima barulah saya akan proceed tiket anda

Jangan risau, saya adalah AGEN AIR ASIA yang sah



19/06/2012

Magic! Magic!

June 19, 2012 4 Komen
Tetiba Bos sound sebab saya takde buat 1 paper pun untuk persediaan kenaikan pangkat.
Alahai, malas betul lah nak buat.
Orang lain dah sibuk dari awal tahun hari tu.
Tapi disebabkan sebok 'membawa' perut dan berhibernasi pulak pastu.
Saya takde kumpulan dan takde tajuk research.
Memang pemalas tahap gaban kan?

Pastu mengharap keajaiban berlaku.
Orang lain semua dah ada data, tinggal nak buat writing jer lagi.
Bulan depan dah nak present.
Saya? Data pun takde.
Sampel pun takde sebab budak cuti.
Nak tak nak kalau nak buat kena pakai sampel staff je.

Idea magic timbul tetiba!
Pakai je data sedia ada.
Data yang dikumpul Unit Kualiti.
Sampel dari semua pelajar.
So sekarang dah ada sampel!
Hahaha.

Tajuk dah ada.
Literature review? Objektif?
Dah clear tang tu baru nak key in SPSS.
Gila tak gila, dapat ke tak nak buat magic.

Adoyai.

Target tak present.
Nak jilidkan je.
Itulah buat kerja last minute.
Memang malas sebab dah takde motivasi nak kerja.



Brownies Sulung

June 19, 2012 4 Komen
Bak kata ofismate saya, hari Ahad yang lepas ialah hari memasak sedunia bagi saya.
Hahaha.
Ye lah masak laksa lah, pastu buat brownies pulak.
Brownies tu tetiba nak buat sebab tengok blog Mama Aufa.
Macam senang jer nak buat.
Tapi memang senang pon.
Rasanya pun sedap jugak.
So raya ni malas nak buat kek dan biskut canggih-manggih.
Plan nak buat yang simple-mimple macam ni jer.
Buat kek lapis 4-5 biji bukan orang makan pun.
Baik buat yang reingan-ringan macam brownies ni.
Senang pun senang, kalo habis boleh buat lagi.


Resepinya pun senang nak dapat.
Yang ni resepi untuk setengah adunan.


125gm mentega*
200gm cooking chocolate* 
(*melted & mix together)

3 biji telur
145gm brown sugar
1tsp Vanilla Essence

45gm tepung**
50gm tepung koko**

(**Diayak bersama) 

50gm chopped nuts - Terpulang nak guna kacang apa pon, saya pakai almond cincang


Cara-cara


  1. Pukul telur, brown sugar & VE sampai kembang
  2. Masukkan cooking choc + butter yang telah dicairkan bersama tadi
  3. Tambahkan tepung koko & tepung yang telah diayak bersama
  4. Masukkan kacang.
  5. Pastu macam biasa sapu mentega kat acuan (saya guna acuan 8" segiempat). Lapik dengan kertas minyak supaya tak melekat dan mudah dikeluarkan.
  6. Bakar dengan suhu 160 darjah C selama 25-30 minit.
  7. Siap untuk dihidangkan!


 




18/06/2012

Laksa Penang Homemade Pertamaku!

June 18, 2012 0 Komen
Jangan gelak ok.
Umur dah 31 tahun tapi baru pertama kali buat laksa Penang sendiri.
Selalunya beli jer ataupun kalo ada majlis kat umah, tempah jer.
Malas betol nak buat masak-masak dalam kuantiti yang banyak.
Tapi semalam sempena dengan Hari Bapa tetiba ada mood plak nak main masak-masak.
Maka, menjadi jugak laksa Penang saya yang pertama.
Encik Suami cakap, ok, sedap.
Bapak cakap pun ok.
Saya? Makan sikit jer.
Biasalah bila dah berhempas-pulak memasak saya memang akan makan sikit.
Pelik kan.
Tapi kepuasan tu datang bila orang lain makan.



Resepinya... biasalah google jer.
Macam tak biasa zaman teknologi di hujung jari ni.
Nak masak apa, taip jer, keluar berderet-deret resepi.
So, google lah resepi kalo terliur.
Hehehe.



16/06/2012

Gambar berdua

June 16, 2012 2 Komen
Lamanya tak tangkap gambar berdua!!!
Kali terakhir?
Pun tak ingat bila.
Mungkin ada tapi tak ingat ambik guna HP siapa.


Raya pun tak ingat ada tak ambik gambar famili tahun lepas.
Malas dah nak bergambar-gambar sekarang.
Bukan zaman dulu-dulu.
Kalau ada pun tangkap gambar anak je bukan gambar ibu atau ayahnya.
Hehehehe.


Gambar berdua terkini, Jun 2012.