Laksa Penang Homemade Pertamaku!

Jangan gelak ok.
Umur dah 31 tahun tapi baru pertama kali buat laksa Penang sendiri.
Selalunya beli jer ataupun kalo ada majlis kat umah, tempah jer.
Malas betol nak buat masak-masak dalam kuantiti yang banyak.
Tapi semalam sempena dengan Hari Bapa tetiba ada mood plak nak main masak-masak.
Maka, menjadi jugak laksa Penang saya yang pertama.
Encik Suami cakap, ok, sedap.
Bapak cakap pun ok.
Saya? Makan sikit jer.
Biasalah bila dah berhempas-pulak memasak saya memang akan makan sikit.
Pelik kan.
Tapi kepuasan tu datang bila orang lain makan.



Resepinya... biasalah google jer.
Macam tak biasa zaman teknologi di hujung jari ni.
Nak masak apa, taip jer, keluar berderet-deret resepi.
So, google lah resepi kalo terliur.
Hehehe.



Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form