Follow Us @soratemplates

08/05/2019

1 Ramadhan 2019

May 08, 2019 2 Komen
Tahun ni dalam sejarah 1 Ramadhan tak dapat berbuka bersama keluarga, hanya ada suami jer. Kalau takde travelling, si suamilah pulak yang sebatang kara berbuka bujang. Hehehe. Ada pro & kontra jugak lah time travelling masa bulan puasa ni.

Actually, kami bengkel mula dari hari Ahad so memang dapat pakej untuk berbuka di hotel. Tapi kesian lah pulak Encik Husband yang penat teman kita tapi biarkan dia buka sengsorang. Eh, kenapa pulak dia temankan?

Gini, roomate saya ari tu tak masuk bilik sebab dia duduk bilik lain, temankan kawan dia yang dapat bilik sorang so saya bagitau lah kalo tak masuk bilik saya ajak husband saya dok sekali. Ye la daripada dok sengsorang kan? Dan dia pun terus bagi kad bilik, dia ambil kupon makan kat cafe hotel je. Tapi Encik Husband terpaksalah ulang alik KL-Putrajaya. Lepas sahur jer dia gerak ke Putrajaya.

Hari kedua bengkel tu habis dalam 5 lebih jugak. Nak ke bazaar, yang paling dekat bazaar di Medan Mara tu je lah. Depan hotel je. Pastu jalan jugak lah ke Sogo sebab nak makan donut mahal. Hahahaha. Seriously bila orang cakap bazaar Jalan TAR dah takde macam malas pulak nak ke area Dataran sana. Jauh jugak lah nak menapak. Tapi nasib baik jugak lah tak pegi sebab baca di posting netizen di FB macam tak meriah jer masa hari pertama hari tu. Macam kesian pulak baca nasib peniaga di situ.

Kalaulah bazaar di Jalan TAR tu, memang best cuci mata, tak shopping sakan pun takpe janji cuci mata. Hehehe. Semoga dipermudahkan urusan peniaga di bazaar Jalan Raja tahun ni.

Oh, ya.. kami laki bini buka kat bilik je hari pertama puasa ri tu. Makan pun takdelah meriah sangat sebab takmo membazir. Alhamdulillah memang tak membazir. Tak habis masa buka sambung lagi untuk sahur. Syukur... berkat kata Encik Husband bila makanan semua licin.

Saya hari tu beli ikan keli sambal je... dengan nasik putih. Gambar tak ambiklah pulak sebab rushing dah nak berbuka. Hehehe. Encik Husband nak makan lemang, saya nak ketupat palas, so beli lemang dan ketupat palas dengan rendang Tok. First time makan rendang tok, sedap rupanya. Hehehe.

Encik Husband habiskan lemang dia je, dia takmo nasik.

Ini donut mahal tadi tu. Hahaha. Donut ni takde kat Kuching sebab tu teringin nak makan. Selalu tengok jer masa kat KLIA. Donut ni jadi pencuci mulut kitorang.

Haa.. ini appetizer. Siapa yang tak kenal Tepung Pelita kan? Yang specialnya sebab Tepung Pelita Paya Jaras. Tahun lepas memang panjang Q beli di bazaar Putrajaya. Kat Mara tu pun Q jugak tapi takdelah sepanjang di Putrajaya tahun lepas.

Al-kisahnya Tepung Pelita Paya Jaras ni memula sampai di bazaar tengok tinggal tray je. Frust giler. Tapi lepas balik dari Sogo beli donut tengok ada van dia kat tepi jalan. Encik Husband cakap entah² diorang datang top up kot. Rupanya benar belaka!! Orang dah Q dah. Maka saya pun masuk Q jugak ler. Heheheh.

Semalam pulak, buka dalam flight je. Hahaha. Boleh pulak masa book flight tu tak teringat pun yang bulan puasa. 

Hari ni, insya Allah baru berbuka di rumah bersama #theimans dan famili yang lain. Korang plan apa berbuka nanti??



06/05/2019

Selamat Berpuasa!!

May 06, 2019 0 Komen
Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan blogger 😌 macam mana sahur hari pertama ni? Anak-anak nak bangun ke idok?? Masak sendiri ke tapau jek? Atau ada delivery mangkuk tingkat? Saya ari ni sahur dengan husband jek di hotel. Call #theimans je yang berada di rumah nenek diorang. Huhu.


Bengkel sampai esok so lusa baru merasa buka di umah. Tapi takpe at least dapat jugak sahur dan buka bersama husband. Rezeki room mate dok bilik kawan sekolej dengan dia so daripada saya sorang better ajak husband temankan di bilik. Lepas sahur dia geraklah balik ke Putrajaya sana. Hihi.

Sepatutnya bulan² puasa startlah enjin awal, mulakan keja awal. Ni tak, jam 9 nanti baru nak mula. Mati kutu pulak tak tau nak buat apa dah ni. Nangis je lah 😭😭😭

03/05/2019

On Air di Radio RTM & Swasta di Sarawak

May 03, 2019 2 Komen
Ni post pandang belakang tau. Pengalaman on air di radio kerajaan (RTM) pada bulan Mac ari tu. Sebelum ni pernah jugak on air di radio swasta, rasanya best lagi di radio swasta kot.

Suasana di konti before on air


 DJ kami petang tu, DJ Corina

1st time dulu kami on air di radio swasta Sarawak, cats.fm. Malu nak dengar  balik rakaman live FB yang member rekod time tu. Hahaha. Ye lah suara tak sedap, sejenis suara yang tak sesuai untuk jadi emcee atau announcer radio πŸ˜‚πŸ˜‚ tapi pengalaman pertama tu cukup bermakna. Tahun 2016 kot.

Muka excited nak on air for the first time!

Acara wajib.. Bergambar bersama DJ bertugas.. Hehehe


Tahun 2018 plak on air di radio online. Ni lagi puas bercakap. Kami diberi selama 1 jam so memang sapu habislah time tu. 😌😌

Radio Islamik Online

Di konti radio dakwah MDS

Tahun 2019 plak on air di RTM. Radio local sarawak.fm. kat RTM memang kena jaga betul². Takleh petik nama sesukati hati kau nanti dikata nak promote pulak. Masa diberi sangat sekejap. Mereka lebih mementingkan slot yang dibeli. Kami slot percuma je so kami sedar diri. Kikiki.

Mengabadikan kenangan di konti sarawak.fm


Nerves tetap ada walaupun orang tak nmpak muka. Tapi kalo tanpa skrip syok je bercakap tapi bahaya jugak takut terlepas cakap. Hehehe.


02/05/2019

Senang ke tak nak komen guna Disqus ni?

May 02, 2019 3 Komen
Biasalah nak balik ni blogwalking dulu so saya singgah di blog Mizan ni. Macam best pulak widget komen yang dia pakai. Saya try lah. Hihihi. 

Perasan tak ni??? Disqus ada kat bawah post ni. Haa.. macam ni lah rupanya.


So far tak tau lagi menyusahkan kawan² nak komen atau menyenangkan. Apapun, kita try dulu la yek. Apa kata kawan² try komen guna Disqus ni??

OK ke KO???

Kalo KO pasni saya remove widget ni. Hehehehe.

Memang mak-mak

May 02, 2019 6 Komen

Tergelak besar saya tengok gambar ni. Dulu mak saya macam ni. Kalau hujan turun, memang dia akan jerit suruh kitorang angkat baju di jemuran. Kalau dia takde kat umah, pasti dia akan call umah untuk remind kami yang ada kat umah.

Sekarang? Perangai mak dah menurun ke anaknya pulak. Hahahaha. Kalau saya tengah masak kat dapur, tengok hari dah nak hujan siaplah tak payah speaker dah Ibu jerit suruh #theimans tarik ampaian masuk ke dalam. Hahahaha.

Mak-mak macam tu lah kan? Bapak saya selalu cakap, mak korang tu asal nak keluar je habis semua tingkap pintu dicheck, kain dilipat, sinki clear. Hahahaha. Sebijik anaknya dah sekarang. Saya pun macam tu jugak. Kalau nak travelling rumah mesti kemas, kain dah lipat semua, tandas dah bersih, towel dah basuh. Hahaha. Banyak lagi list-to-do kalau nak travelling. Mak-mak kan?

Sabtu ni saya nak travelling. Sedih  pulak tak dapat bersahur bersama #theimans di hari pertama Ramadhan. Tapi diorang seronok dapat tido bersahur dan bersungkei di umah nenek. Hmmm... Memang mak-mak sungguh kan?

Mak & Kakmim

01/05/2019

Angel Hair Bolognese Paling Simple Di Dunia

May 01, 2019 2 Komen
Benda yang paling senang dimasak di dunia ialah western food!!!! Siapa setuju kita geng 😁😁

Bendalah western ni kalau tak reti sangat kat supermarket tu semua dah ready, tinggal nak panas je. Tapi saya tak pernah jugak terus panaskan bendalah yang ready to eat kat supermarket tu. Kena modified jugak. Hahaha.

Kalau malas, memang sesuailah kan nak serve western kat umah. Cuma bahan² nak masak tu kena selalu ada stok lah.


Angel hair hari tu yang masih ada balance separuh, kita tranform jadi angel hair bolognese pagi ni. Breakfast sempena hari pekerja. Hehehe.

Ibu, ada meatball tak?? - tanya #theimans

Memang tak adalah nak πŸ˜†πŸ˜† Ini namanya menu terjun 🀣🀣

Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti semua!!!