Follow Us @soratemplates

05/02/2021

Menunggu Bahagia 1

February 05, 2021 26 Komen

Khabarnya Bahagia 1 sudah dalam perjalanan ke penyumbang bahagia. Lama jugak menunggu kehadiran Bahagia 1 ni. Agak-agak besok boleh ke nak memeluk dia Bahagia 1?

Ingat lagi tak? Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan

Inilah percubaan pertama saya. Masih belum mahir merungkaikan idea. Insya Allah masih belajar lagi. Slow slow jalan. Hihihi.



04/02/2021

Throwback Thursday - Biskut Suji Kristal

February 04, 2021 22 Komen

Projek hari raya tahun lepas bersama Kakak si #anakno1. Dah lama tak buat biskut sendiri untuk raya, asyik main tunjuk je. Tapi tahun lepas masa PKP buat kek sendiri, biskut pun sendiri walaupun ada jugak yang order sebab memang dah order awal tahun lagi.




Biskut menggunakan minyak sapi ni antara biskut favourite Kakmim, #theIMANs pun dah terikut-ikut jugak dah suka. Carik resepi dalam buku resepi mak yang legend tak jumpa pulak. Alaa.. Google jer macam-macam versi ada. Kakmim pilih yang berkaler macam ni je lah. Lain dari yang lain sikit, hihi.




Biskut Suji Kristal



Bahan-bahannya simple je. Kalau nak buat banyak, double triple je sukatan tu ye.

  • 250 gm tepung gandum (disangai)
  • 125 gm gula halus
  • 125 gm minyak sapi (agak-agak sampai tepung tu boleh jadi doh, jangan terlalu lembik atau keras nanti tak leh nak bentuk bulat-bulat)
  • Pewarna merah, kuning dan hijau.






CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan tepung gandum (yang dah disangai dan ditapis), gula dan minyak sapi. Pastikan minyak sapi telah dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu.
  2. Gaulkan hingga menjadi doh.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan setiap bahagian dengan pwarna merah, hijau dan kuning. Jangan bubuh pewarna terlalu banyak.
  4. Ambil sedikit doh dari setiap bahagian dan gulung memanjang. Kemudian potong doh tadi mengikut saiz yang dikehendaki..
  5. Kemudian bulatkan dan letak atas mangkuk kertas.
  6. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit (ikut oven masing-masing)
  7. Bila dah masak, gaulkan dengan gula kastor.





Hasil duduk rumah masa PKP 1.0 (2020). Terima kasih kepada tuan punya resepi di http://cahayaqasehh.blogspot.com/2013/11/biskut-kristal-pelangi.html

 

Resepi simple tapi sedap! Boleh buat rewang dengan anak-anak pulak tu.

02/02/2021

Mikael bin Mael

February 02, 2021 16 Komen


Inilah Mika. Atau nama penuhnya Mikael bin Mael. Budak #theIMANs yang 3 orang ni kalau nak panggil si Mika ni mesti panggil nama penuh - Mikael bin Mael. Macam manalah Mika ni boleh jadi anak si Mael sedangkan Mael duduk umah mak, Mika ni pulak jumpa kat area rumah kami ni je. 


Rasanya saya tau mungkin sebab si Mika ni berbulu oren macam Mael. Rindu pulak dekat Mael yang dah jadi arwah. Nasib baiklah ada pengganti, si Mika ni. Masa Mael mati dulu Mika ni kecik lagi, sekarang dah besar macam Mael dah. Tapi Mika ni lagi aktif daripada Mael. 




Si Mika ni memang Kakak yang jaga sebab saya sebenarnya takut kucing! Memang tak berani nak dukung si Mika ni. Geram memang geram tapi takut! Yang suka memanjakan Mika ni Iman dan ayahnya je. Yang lelaki 3 orang tu sama je dengan ibunya, mulut je bising tapi suruh dukung Mika tak berani. Kalau Mika ni dah berlari-lari dalam rumah adalah budak kecik terjerit-jerit macam ibunya. Siapa lagi kalau bukan Alan. Hahaha! Mak borek anak rintik agaknya.


Gambar ni saya candid masa si Mika ni buat 'inspection' dalam rumah. Mika ni bukan boleh bagi chance masuk rumah, semua ruang dia nak lawat. Tiba-tiba terus jer dia nak naik tingkat atas. Terus saya jerit, "Mikaaaa!!! Pergi sine ya??" - dibaca, Mikaaaa! Pergi mana tu?


Pandai pulak dia berhenti, tau namanya dipanggillah tu. Lepas tu pura-pura tengok-tengok ke bawah dari atas. Terus tak jadi naik bilik kat atas. Eii, geram. Pandai berlakon ye.


Bila dah takde baby kat umah macam ni lah, tumpang bermanja dengan kucing. Lalala!






 

01/02/2021

Cita-Cita Nak Tanam Bunga

February 01, 2021 11 Komen

Sejak PKP 1.0 dulu, ramai kenalan saya yang mula berbudi dengan tanah. Apa kata orang putih, to kill the time?? Aha.. ya ya. Banyak masa terluang masa PKP dulu. Tak perlu masuk ofis, tak perlu travelling atas urusan rasmi ke sana ke sini. Just stay at home. Maka patutlah cari kerja lain di rumah kan? Tapi saya takde pulak sempat bertani macam mereka. Mungkin saya sibuk dengan Netflix kot. Ye ke? Entahlah saya pun tak tau apa yang saya buat masa PKP dulu. Macam masak, lipat kain, itu jer rutin yang saya buat. Beruntunglah mereka yang sempat berbudi dengan tanah. Baru sekarang timbul sekelumit rasa cemburu pabila melihat perkongsian hasil 'to kill the time' mereka di media sosial. 


Tapi.. saya masih juga terfikir-fikir apa yang saya buat masa PKP dulu. Banyaknya masa terluang yang saya persiakan. Mungkin sebab Encik Suami kerja macam biasa dan saya pun terasa macam takde beza sangat pun, cuma saya tak perlu pergi ofis macam selalu. Ala-ala cuti rehat macam tu je lah. Hmm..


Dah habis PKP, PKPB dan PKPP barulah sibuk nak buat macam-macam. Bapak saya pun macam biasalah datang ke rumah saya dan berkebun. Belakangan ni baru Encik Suami sibuk jugak tengok-tengokkan sayur-sayur yang Bapak saya tanam. Itupun sebab bila musim hujan Bapak jarang dah menjenguk kebun sekangkang kucing di belakang rumah saya ni. Kenapa kangkang kucing? Kangkang kera besar sikit rasanya daripada kangkang kucing. Kah! Kah!




Bila dah dipancut dengan waterjet barulah naik serinya. Takdelah berlumut sangat. Nasib jugak bersimen kalau tak, lagilah sakit mata memandang. Sebenarnya jiran-jiran belakang rumah tu tak duduk di situ. So keadaan rumah mereka agak tak terurus. Itu jugak antara faktor kenapa saya tak berapa nak suka menghabiskan masa di belakang rumah ni. Jiran sebelah kiri takde jugak, kerja dan tinggal di Sibu. Rumahnya dah bersimen macam rumah kami, so masih ok lagi. Jiran sebelah kanan pulak membela rumput. Hmm.. down terus tengok lalang-lalang yang menyubur.


Sejak minggu lepas Encik Suami sibuk ajak 'bela' bunga kat belakang ni. Saya kata tunggu dulu. Kalau boleh saya nak beli je bunga-bunga di pasar minggu tu, tinggal bawak balik, siram dan jaga. Bukan nak tanam from the scratch. Nampak sangat suka short cut kan? Tapi sebenarnya jauh di sudut hati teringin jugak nak bela keladi dan hati-hati yang viral sekarang ni. Tapi takut nanti hangat-hangat taik ayam, pokok bunga pun mati. Banyak tapi nya kan?


Err.. Boleh ke saya ni? Takut pulak nak cabar diri sendiri bila part ni.

 

Buah Duri Dari Kayangan

February 01, 2021 15 Komen

Bila dah tak tahan mengidam, tengok ada kawan promote buah duri dari kayangan ni di FB terus je Kakmim pm seller. Yang bestnya dia ada COD, tu yang interested tu. Tak payah nak ke mana-mana. Range harga pun pelbagai jugak. Yang siap pack pun ada. Yahooo!



Kakmim ambik yang 3 biji RM50 je. Cukuplah jangan tak merasa kata orang. Bila seller sampai, kita pilih-pilih dan bayar. Oh, seronoknya! #theIMANs terus tak sabar-sabar nak makan. Lama dah tak makan durian, kata depa.



Not bad lah buahnya. Tak ada yang buruk pun. Ada sebijik lagi belum bukak.


Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat nak makan buah duri dari kayangan. 


Oh ya, ini cerita semalam. Minggu ni Kakmim keja di opis takde BDR sebab kena setelkan semua penilaian budak sebelum depa bercuti.