Edukids Mathematic Contest (EMC) 2025 & Malaysia Mathematics Invitational Championship (MMIC)

Simpan sini pencapaian anak-anak bulan Oktober 2025. Bulan yang agak busy dan berliku sebenarnya, kerja dan famili. Memang banyak deadline yang nak dikejar. Tapi life must go on, apapun kena juga diharungi. 

Bulan 10 hari tu Awan dan Alan join Edukids Mathematics Contest. Contest ni sebenarnya dianjurkan secara online oleh Edukids Malaysia tetapi memandangkan sekolah yang menghantar penyertaan so contest boleh diadakan secara bersemuka di sekolah. Saya jugaklah yang syorkan kepada cikgu maths Awan untuk libatkan juga murid-murid lain. So bila sekolah hantar penyertaan ke Edukids, semuanya akan diuruskan oleh PIC di sekolah. Penganjur akan pos soalan contest direct ke sekolah dan lepas buat serentak di sekolah, semua kertas jawapan akan dipos balik ke pihak penganjur, iaitu Edukids Malaysia. Oh ya, yuran penyertaan untuk EMC ni ialah RM65.00.

EMC 2025
Once dah register, kita boleh semak di laman web Edukids dan countdown untuk masa contest. Bila dah selesai pun result pun akan dipaparkan di laman web dengan analisis setiap soalan sekali. Soalannya dalam 3 bahasa, BM, BI dan Bahasa Mandarin. Tahap soalannya? Susahhh. Hihihi. Kalau nak tengok set soalan tahun-tahun lepas, boleh try search, ada jer di Google, sekali dengan jawapan. Itulah yang kami parents print untuk anak-anak study sebelum contest.

Masa ambik ujian di sekolah. Awan ambik Level 5 (untuk tahun 5)

Alan pulak ambik Level 4 (untuk tahun 4)


Seramai 10 orang murid dari darjah 4-6 yang mengambil ujian untuk EMC ni. Dan resultnya seperti di atas, yang cikgu update di FB sekolah. Yang dapat gold, silver, bronze dan distinction layak pula untuk ambik ujian untuk Malaysia Mathematics Invitational Championship (MMIC). Tapi MMIC ni tak wajib la, siapa nak kena register sekali lagi di website, dan kali ni semuanya dilaksanakan secara online sahaja. Tarikh dan masa pula kita boleh pilih tarikh dan masa yang diberikan ikut kesesuaian kita.

Alan dapat distinction so dia layak untuk ambik MMIC. Saja je lah register, sebab tau susah memang tak expect pun nak menang. Majoriti peserta pun budak-budak Cina, yang type M ni boleh kira nama-nama mereka.

Masa ambik MMIC di rumah, pilih waktu malam je sebab kalau pilih siang, masa tak cun pulak sebab ibu kerja. Tak harap tak ada yang nak memantau. Untuk MMIC ni laptop or PC memang ada requirement sendiri dan kamera kena on, bunyi bising sikit pun tak boleh. Akan trigger sistem MMIC tu.

Dan alhamdulillah, tak sangka pulak dapat bronze si Alan ni. Baru lagi resultnya keluar, 9 November lepas, secara online di Youtube Edukids.

Lama jugak tunggu nama Alan keluar, rupanya di akhir-akhir slaid. Confirmlah markah cukup-cukup makan untuk melayakkan dapat bronze ni.


Update dari FB sekolah, dari 5 yang register MMIC, semua dapat bronze dan seorang dapat Gold. Alhamdulillah.

Daripada 5 orang ni, 4 orang pula layak untuk duduk untuk ujian Edukids Cup. Tapi yang ni diadakan secara bersemuka di KSL Esplanade, KL. Alan sorang je tak dapat. Yang 4 orang dapat tu, 2 orang pergi, yang 2 lagi tarik diri. Final level ni pun free, takde bayaran dah macam EMC. Tapi perbelanjaan ke KL tu semua sendiri la. Yang sorang tu tak pergi sebab clash dengan tarikh upgrading taekwondo katanya. Sorang lagi sebab maknya cakap tak berbaloi pergi sebab mahal dan soalan susah, confirm tak boleh dapat jugak cup tu. Hehehe. Tapi alhamdulillah, dapat jugak markah PAJSK peringkat kebangsaan dengan pencapaian bronze award. 


Surat dari KPM

Insya Allah next year kita cuba lagi k anak-anak. Seronok dapat kenal parents dan cikgu yang bersemangat. Bukan untuk orang lain, untuk anak-anak dan sekolah juga.






 

Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulillah..berhasil juga dapat bronze. Tahniah Alan. Baguslah dapat bagi pendedahan dan pengalaman pada anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah anak² 👍🏻👍🏻👍🏻
    PH tak tau pulak yg ni, selalu regi anak² utk KMC & KSC je...

    ReplyDelete
  3. Tahniah ALan...bagus pendedahan ni untuk semua anak- anak

    ReplyDelete
  4. Tahniah Alan.
    Owh begini rupanya pertandingan-pertandingan seakan yg selalu cikgu warwarkan.
    Memang terbaiklah.

    ReplyDelete
  5. Terbaiklah KM dan anak-anak..
    Tahniah.. tahniah 🥰

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah buat semua, juga tahniah buat pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!