Apa Itu Watermark?
Watermark ialah tanda atau tulisan samar yang diletakkan pada gambar, biasanya mengandungi nama blog, logo, atau nama pemilik. Ia boleh diletakkan di tepi, tengah, atau sudut gambar—mengikut kesesuaian.
Contohnya, watermark "www.kakmim.com" di hujung gambar menunjukkan gambar tersebut milik pemilik blog Kakmim.
Kenapa Perlu Guna Watermark di Blog?
1. Lindungi Hak Milik Kandungan
Gambar yang diambil sendiri adalah hasil kreativiti dan usaha. Dengan watermark, kita lindungi karya kita daripada dicuri atau disalah guna.
2. Naikkan Branding Blog
Setiap kali orang lihat gambar dengan watermark kita, secara tak langsung mereka akan ingat nama blog kita. Ini bantu tingkatkan visibility di media sosial dan enjin carian.
3. Elak Plagiarisme Visual
Kadang-kadang, orang copy gambar dan buat seolah-olah itu hasil mereka. Watermark boleh jadi bukti bahawa gambar itu memang milik kita.
4. SEO Gambar yang Lebih Berkesan
Gambar dengan watermark + tag alt yang betul bantu blog kita muncul di Google Images. Ini antara trik SEO mesra pengguna yang sering dipandang remeh.
Tips Letak Watermark yang Berkesan
- Gunakan font yang jelas tapi tak terlalu besar.
- Elakkan watermark yang menutupi subjek utama gambar.
- Gunakan warna yang kontras tapi tak mengganggu keseluruhan gambar.
- Boleh guna tools seperti Canva, Lightroom, atau Photoscape untuk buat watermark automatik.
Koleksi Watermark KakmimDotCom
Watermark terbaru untuk permulaan 2026. Tema hitam putih je, playsafe color.
Yang tema merah ni untuk blog yang guna theme hitam merah dulu. Lama jugak rasanya pakai watermark ni.
Kemudian baru bertukar ke watermark ni.
Dan bertukar lagi dengan tema love love dan rama-rama pulak. Hihihi.
Yang ni pulak watermark pertama yang saya buat sendiri. Sejak buat yang ni lah terus je buat sendiri. Alaaa guna Canva je. Template banyak just customised je ikut taste sendiri. Kalau saya bila dah guna Canva ni, pilih font type lah paling susah, sebab banyak sangat font jadi rambang mata pulak nak guna yang macam mana. Biasalah tu perempuan kan?
Last but not least, ini nak kata watermark tak jugak tapi profile picture untuk blog yang dulu-dulu sebelum dibrandingkan ke KakmimDotCom. Boleh la jugak kan dikira watermark. Semuanya diedit sendiri.
Kenapa Penting Letak Watermark pada Gambar di Blog?
Dalam dunia penulisan blog hari ini, gambar bukan sekadar hiasan. Ia menjadi sebahagian daripada identiti dan kredibiliti seorang blogger. Tapi pernah tak korang perasan, gambar yang kita upload di blog boleh dicuri dan digunakan tanpa kebenaran? Di sinilah pentingnya penggunaan watermark. Tapi, saya kekadang malas jugak nak tempek watermark. Kalau setakat gambar-gambar general takpelah, orang nak guna, guna je lah. Tapi yang personal tu sehabis daya kena jugak rajinkan diri, kalau tak rajin itu yang jadi malas nak update apa-apa post.
Kesimpulan
Tuntasnya tuan-tuan dan puan-puan, jangan ambil ringan tentang penggunaan watermark ni. Bukan sekadar nak "claim gambar", tapi juga sebagai cara menjaga hasil seni kita dalam dunia blogging. Selamat menulis dan terus berkarya di alam maya bloggersphera!



.png)

17 Comments
Dulu nieyl rajin letak watermark ni bila dah byk gambar tu kan..
ReplyDeletekdg2 ingat, kdg2 lupa..nampaknya lepas ni kena rajin sikit letak watermark ..
Bila dh byk gambar tu jd mls nk letak watermark, last2 trs x update 😂
DeleteTahun 2026 nice.. the simple the better..
ReplyDeleteItu lah straight to the point.. mintak idea en suami.. hihi
DeleteKita dah lama x letak sejak laptop prob... update guna hp ni ssh nak letak watermark kt gmbr huhu
ReplyDeleteBoleh guna apps phonto utk add watermark kalau guna hp kakret 💪🏻
DeleteZaman dulu rajin letak watermark ni. Sekarang ni macam malas sebab banyak gambar sekaligus nak letak dalam post. Tu yang buat hmmmm tak letak la.
ReplyDeleteKan? bila ada byk gambar, alahai malasnya... sy pun mcm tu jugak
Deletecantik dan kreatif semuanya Mim , kak ana selalu guna writing sahaja untuk watermark
ReplyDeletebila rajin mcm tu lah kak... kena grab terus peluang mood bila rajin tu... kalau x, x menjadi lah
DeleteLawa² semua watermark nya...nanti kalau rajin, nak belek² lah Canva ..tak sempat..hahaha
ReplyDeleteBelek jgn x belek linda.. hehehe
DeleteDulu2 letak. Sekarang dah malas nak edit gambar tu. Kadang2 banyak gambar nak letak tu yang jadi malas nak letak watermark. Memang mudah buat kat canva. Ada template siap dah. Tukar wording je.
ReplyDeletebila malas mmg semua x jadi, sy pun mcm tu jugak cie... kita serupa... hehehe
DeleteBab nak cari font tu amatlah payah ye. Susah nak buat pilihan. Saya tak pandai guna Canva, tak pernah explore lagi. Nanti-nantilah ada masa nak belek-belek. Kot lagi senang dari guna photoshop. Terpaling penting letak watermark ni, tak nak orang curi hasil karya kita.
ReplyDeleteSaya masih pakai, tp tak estetik macam kakak. Jadi hanya nama blog atau IG saya saja. Ini kadang yg malas buat , makan waktu. Tapi harus supaya ada identitas gambar kita.
ReplyDeleteWalaupun sekarang, watermarkpun bisa dihapus, tp at least kita usaha utk letak dulu.
bagusnya sbb Mim rajin letak watermark! MZ pernah lah zmn dulu2 letak watermark kat gmbr2 kat blog, then lps tu malas dah hahaha
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!