Masak Simple-Simple

Godek-godek gambar di galeri henfon, terjumpa gambar-gambar ni. Ini memang kes nak update di blog tapi niat tak kesampaian. Hihihi.

Bila tengok gambar-gambar di galeri henfon, jadi macam bangga pulak dengan diri sendiri. Rajin jugak rupanya aku masak complete meal macam ni. Siap dengan pakej buah lagi. 

Tengok lagi gambar-gambar di Instagram dulu-dulu, hebat jugak aku masak dulu, siap lepas masak, hidang dan ambil gambar. Sekarang? Jarang-jarang lah jawabnya. Masak pun yang simple dan ala kadar je. Nak cepat katanya. Banyak lagi benda lain yang nak disetelkan. Ialah tu, terpaling sangat. Itu semua alasan! Hahaha.

Lauk simple je, beli jiwa anak-anak. Semuanya favourite #theIMANs. Ayam kicap KA dan ayam goreng kunyit crispy. Kobis tumis telur tu favourite maknya. Hihi.


Geram tengok sayap ayam besar dan gemuk itu yang kena goreng jugak. Makan panas-panas memang asyikkkk.

Stok buah at least ada epal dalam peti. Tapi minggu tu bila shopping barang dapur di Everise, haruslah berjenis-jenis. Everise Metrocity selalunya memang menguji keimanan. Buah-buahannya memang segar-segar. Dan yang paling puas hati bila beli yang harga premium memanglah terpaling sedap. Sekelup mata Awan Alan boleh habiskan.

Begitulah kita as a mak-mak.  Sesibuk mana pun sometime tu memang kena beli jiwa anak-anak dan suami. Masaklah makanan kegemaran mereka. Tengok mereka bertambah-tambah makan pun dah auto kenyang dah. Betul tak?

 

Post a Comment

18 Comments

  1. PH pun lately makin malas nak masak. Pengaruh hormone kot 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. penat jugak kot maklum dh makin senior kan

      Delete
  2. yg penting, dimasak dgn penuh kasih sayang!

    ReplyDelete
  3. Cie memang sejenis tiap kali masak walaupun simple nak jugak update story IG. Tapi ada jugak masa malas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sy IG pn jarang update dh skrg 😂

      Delete
  4. Completed one set hidangan makanan. Ada menu utama, sayur dan buah. Makanan simple macam ni kegemaran anak-anak especially ayam masak kicap. Kegemaran ramai tu KakMim. Masakan ibu tiada tandingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg penting anak2 suka kn fiza.. nnt akn terkenang2 masakan ibu smpai dh kawen pn nk jugak air tgn ibu

      Delete
  5. Nampak limau tu macam manis bersari je. Saya kalau pergi pasaraya yang buahannya banyak dan fresh memang rasa nak borong semua. Apa lagi kalau dapat limau manis bersari macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, limau hari tu mmg manisssss yakmat... sbb beli yg harga kayangan tp mmg puas hati sgt

      Delete
  6. sekarang pun hebat jugak kan... hehehehe

    ReplyDelete
  7. Lengkap dah ni tapi saya selalunya tak ada buah dan lauk pun selalunya 2 je....

    ReplyDelete
  8. Kita masak time tuan asben balik ja, terasa mithali sangat.
    Lauk anak-anak satu jenis je tu pun kadang tapau. Buah masing2 potong sendiri, keke~

    ReplyDelete
  9. Menu kita sama.. gemifai, kalau kat rumah, menu ni antara yang mudah dimasak + anak2 suka makan ayam. Saya yang tengok jemu tapi tidak deme, takpelah deme nak makan, kita buatkan.

    ReplyDelete
  10. Rajin tu KM sampai 2 lauknya.
    Akak biasa 1 lauk 1 sayur je.. kalau weekend je lebih itupun bila anak² ada.
    Buah kayangan memang sedap tapi biasanya cepatlah habis.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!