Semalam (Jumaat) saya cuti. Nak habiskan cuti gantian. Rabu cuti, Jumaat pun cuti. Khamis setelkan kerja sikit. Hehehe. Bila cuti memang banyak masa nak masak. Encik Suami bagitau beli je lauk siap tapi saya cakap saya masak je, momantai. Mood nak masak tengah on kan?
Sebelum solat Jumaat pun dah setel tapi tetap makan selepas solat Jumaat. Masak lauk budak-budak je. Semestinya ayam masak kicap ler. Ayam masak kicap lagi??? Hahaha.
Ni lauk budak-budak, saya kalau teringin makan la. Boring asik masak kicap je.
Saya teringin yang ni je, kacang panjang tumis kari campur hati ayam. Lama tak makan.
Tempe crispy yang asyik FYP je di TT, IG dan FB. Akhirnya berjaya jugak buat semalam.
Jambu batu ulam pitis Mak Bee.
Targetnya semalam nak mengemas baju-baju yang dah tak pakai tapi tertidur pulak. Hujan pulak lebat siap dengan guruh dan petir sabung-menyabung. Memang syok je tidur. Semoga hari ni bermanfaat la duduk di rumah. Belum ada plan lagi nak ke mana-mana.





14 Comments
sedap ayam kicap. rumah ni laris tiap kali buat ayam kicap. hehe.
ReplyDeletesedap nampak tempe crispy tu. rumah ni ada lagi stok tempe, kena try la ni kot
tempe crispy sedap diratah masa tgk tv.. hehehe
DeleteNang suka gilak nembiak makan ayam masak kicap. Menu kmk harituk tek pun ayam masak kicap juak. 🫢
ReplyDeleteNang menu wajib lah oo... sampei bilakah sidak suka makan ayam kicap tok
DeleteAyam kicap memang kegemaran anak2. Repeat yang sama pun tak pernah jemu.
ReplyDeleteAnak² yg x jemu, kita ni terpaksa cari resepi masak kicap lain yg berbeza spy rasanya x sama.. hehehe
Deletebdk2 mmg suka ayam masak kicap..byk tu puas la ank2 mkn
ReplyDeleteItu la, kita ni yg jemu nk masak
Deletesaya dh lama tak masak2...esok plan nak masak sbb mr hubby dh beli bahan mentah ni siap2
ReplyDeletewahhh... mst MZ masak special tu
DeleteBagus2..ibu mithali ..pasti berselera seisi rumah makan ramai2 masakan mak
ReplyDeleteNak cipta kenangan masakan mak utk anak² cikgu
DeleteBagus ni tak ada hal nak memasak. Mana yang mudah je kan. Tapi ayam masak kicap tu jaranglah tak menepati selera. Confirm bertambah-tambah ambil ayamnya. Budak-budak tak bosan. Kita yang masak ni kadang tak berselera juga dengan masakan sendiri.
ReplyDeleteSo far belum nampak lagi naik FYP tempe crispy. Harap tak lalulah, risau teringin. Kita dahlah penggemar tempe, tak boleh sangat nak makan crispy² ni.
Biasanya jambu batu tabur serbuk asam boi je. Pitis tu kuah rojak biasa ke rojak petis ye?
Kuah pitis Mak Bee... keluaran dr utara ni, selalu beli kalau balik dr SM je fiza
DeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!