Imran Dapat Hadiah Jam!!

Jumaat lepas hari pemuafakatan abang dan kakak, hari ni pemuafakatan Awan dan Alan pulak. Selalunya Ayah yang pergi sebab selalu je hari pemuafakatan kena hari Jumaat yang ibu ada kelas. Sekarang kan masa cuti, ibu pun agak free la so ibu yang hadir untuk pemuafakatan.

Awan Alan ni alhamdulillah, memang setiap hari akan update setiap kali dapat markah ujian, so semuanya takde rahsia dah. Cuma cikgu Alan bagitau Alan top di kalangan murid tahun 4. Cikgu dia pulak excited, "saya dah curi-curi tengok markah semua kelas," katanya. Hihihi. Kelakar pulak tengok gelagat cikgu yang happy macam tu. Alhamdulillah, ibu ayah happy, cikgu pun happy jugak.

Lepas ke kelas Alan, ibu ke kelas Awan pulak. Ramai 'penyambut tetamu' di kelas Awan. Friendly betul la budak-budak perempuan ni. "Auntie, Auntie, Imran dapat no 2", 'lapor' salah seorang daripada mereka. "No 1 siapa," tanya saya lagi. Yang sorang lagi pulak menyahut, "Mikail." "Nombor 3?" Ibu dah banyak soal pulak dah. "Putry Aina," jawab mereka. Nama-nama yang sama je dari darjah 1, cuma berbeza kedudukan nombor je. Alhamdulillah, persaingan sihat antara mereka. Mencabar jugak nak kekalkan kedudukan di atas di kelas Awan ni.

Bila giliran jumpa cikgu, cikgu keluarkan hadiah sebab dapat nombor 2 dalam kelas. Terima kasih cikgu!! Ibu pun tak sangka cikgu akan bagi hadiah. "Jom la cikgu ambik gambar," pelawa ibu. Dan, tadaaaa...

Terima kasih cikgu!!! Sabtu ni kita jumpa lagi di Majlis Anugerah Murid Cemerlang ya!!

 

Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah..tahniah Awan.. murah rezeki cikgu hadiahkan jam tangan...kenangan terindah ni

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!