Dah rasa macam PKP pulak dah. Baru habis masak, hidang, makan, lepas tu masak lagi. Begitulah bila cuti duduk rumah. Bukan selalu pun.
Hari Ahad lepas masa ke Pasar Minggu Kubah beli jugaklah ubi keledek. Memang niat di hati nak buat keria. Tapi bukan keria gula melaka atau keria gulapong, nak buat keria gula pasir je. Saya lagi prefer keria yang bersira gula pasir sebenarnya.
Keledek direbus, dilenyek, dicampur tepung gandum. Banyak mana? Agak-agak sampai adunan boleh digulung jadi gelang macam dalam gambar.
Lepas tu gorenglah gegelang keria tadi. Sedapnya baunya masa digoreng.
Now masa nak bersira. Didihkan sedikit air, sedikit je tau lepas tu masukkan gula pasir. Nisbah air dan gula, 1:3. Better guna kuali yang besar supaya mudah nak menggaul keria ke dalam air gula tadi. Rumah saya takde gula pasir, ada jumpa gula kastor sikit lebihan buat kek, guna je lah apa yang ada. Kacau-kacau keria dalam air gula hingga rata kesemua keria tadi. Dan tutup api. Bila dah tutup api air gula tadi dah jadi macam snow putih-putih kat keria.
Kalau suka manis boleh banyakkan gula ye, cuma air jangan banyak. Kalau terlalu cair (air banyak, gula sikit) nanti tak jadi snow tu. Saya memang tak nak manis, dan gula pun memang sedikit je so snow tu takdleah putih sangat. Buat ghaso-ghaso manis je.
Sedia untuk dihidang!!! Sedapnya makan panas-panas.




0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!