Semalam balik kerja singgah rumah baru sekejap, nak tengok progress kerja pasang lampu raya. Rupanya mereka masih ada di rumah. Uncle 3 beranak ni, tengah pasang lampu raya. Gigih tengok ex-student saya ni, baru sampai Kuching, beg luggage masih dalam kereta, terus diajak bapanya untuk setelkan kerja di rumah kami. Ex-student saya ni tengah sambung degree (Universiti Teknologi Sarawak), tapi part time masih tolong uruskan company keluarga. Untung laa banyak tranfer kredit so Khamis-Jumaat free takde kelas boleh balik Kuching untuk tolong bapa.
Yeay!! Dah ada lampu raya. Nak beraya di situ ke tu??
"Puan rushing ke? Tunggu sekejap Puan, kami nak testing lampu raya lepas ni."
Haa.. baiklah. Saya tunggu. Syukur alhamdulillah, setel dah lampu raya, aircond & waterheater.
DB box pun dah tukar sekali.
DB box baharu
Sebelum, asal dari developer
Syukur dah sikit-sikit, ini pun dah delay banyak dah. Takpelah, slowly but surely. Sebenarnya target bulan 12 masa anniversary nak buat doa kesyukuran rumah ni tapi itulah, kita hanya merancang.
0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!