Team Encik Suami Juara KIK!!

Alhamdulillah, team Encik Suami juara untuk kategori Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bagi tahun 2025. Tahniah! Tahniah! Berbaloi usaha semua team. Tumpang bangga jugak, walaupun saya hanyalah insan kerdil di belakang tabir je.

Setahun jugak diorang berhempas-pulas berbengkel, brainstorm, menyiapkan prototaip, menyiapkan video dan laporan. Part laporan dan slaid pembentangan, majoriti memang Encik Suami yang buat, sayalah tukang komen, tukang semak, tukang sponsor idea, tapi at last mestilah Ketua Jabatan jugaklah yang approved.

Tapi saya respeklah Encik Suami, sabar je, boss kata macam ni, dia buat, boss kata edit ni, dia edit jugak, padahal bagi saya dah cukup perfect dah, sampai saya pulak stress. Hahaha.

Di saat akhir, biasalah kan selagi belum hari sebenar memang ada jer nak ubah, slaid nak kena edit lagi, walaupun dah siap dah bulan November yang lalu. FInal edit pada hari Jumaat minggu lepas sebab Ahad dah fly ke Miri. Saya cakap buat je penambahbaikan guna NotebookLM, infografic style. Lagipun akaun emel rasmi KKM pun pro jugak. Slaid guna Canva, saya bagi access Canva For Education saya. Video pulak edit guna AI, argh mantap montaj videonya, saya pun tak sehebat Encik Suami part video. Tahniah! Part multimedia memang dia terbaiklah. Kalau tak bini yang puji laki sendiri, sapa lagi tak? Hehehe.


Apapun, tahniah semua! Walaupun kekadang stress jugak, cuti-cuti pun kena edit itu edit ini, submit itu submit ini. Macam dah takde hujung minggu dan cuti pulak. Tapi syukurlah ada manis-manis di pengakhirannya.

Lepas ni balik kerja, jemput Abang dan Kakak dari KK di sekolah lepas tu jemput Ayahnya pulak di airport. Esok rutin kembali seperti biasa yeay!!! Eh, esok cuti gais!! Hehehe.

Post a Comment

0 Comments