Malam tadi gigih si bongsu menyiapkan kerja PSV yang mereka buat di kelas semalam. Cikgu cakap hantar minggu depan, tapi dia bersemangat nak siapkan. Ingatkan lepas makan malam terus masuk tidur. Rupanya dia ambik lagi drawing block dia dan sambung kerja PSV nya. !0.30 malam baru siap. Sebelum dia kemas-kemas drawing block dia, cepat je Ibu ambik gambar. Sebab Ibu pun kagum tengok, cantik jugak Alan buat. Kalau Ibu, taktaulah apa jadi. Entah-entah swan pun tak jadi. Haha.
Bila Ibu buka buku teks, ooh inilah apa yang mereka buat. Complicated sungguhlah Pendidikan Seni Visual (PSV) zaman sekarang. Kalau dulu Ibu memang tak pernah siaplah kerja PS, asyik lupa di rumah je. Kononnya, tapi memang tak siapkan pun. Tapi zaman dulu PS memang macam tak penting pun, sekarang bila dah jadi Pendidikan Seni Visual (PSV) dengan buku teks semua, fuh memang berabis la budak belajar seni, siap dengan teorinya sekali. Dulu yang Ibu ingat kami belajar teori warna primer, warna sekunder je. Lepas tu lukis pokok, lukis buah-buahan tempatan. Haaa... begitu je lah. Kalau teknik-teknik tu, guna bawang, guna pelepah pisang, itu yang paling glamer.
So inilah hasil kerja PSV Alan yang pertama untuk PSV. "Si Putih Menawan" tajuknya. Yang ni kalau tak silap guna teknik catan, yang biru-biru tu guna kertas surat khabar yang direnyuk-renyuk, yang hijau-hijau tu guna cotton bud. Teknik dalam badan swan dan rumput tu, kurang pasti teknik apa, tapi adult coloring selalu guna teknik ni. Dia buat corak berulang-ulang dalam tu.
Di belakang tabir di sebalik "Si Putih Menawan." Kiri di sekolah, gambar ihsan cikgu PSV di WA grup kelas, kanan di rumah gambar ihsan Ibu. Hehehe.

15 Comments
Eh cantik la Alan...pandai alan buat...
ReplyDeleteDia kata ikut buku teks jer... cikgu suruh ikut sebijik..hehehe
DeleteTeringat ambik Pendidikan Seni untuk elektif F.4-F.5. Ada juga teori seni ni kena baca. Masuk dalam Spm juga selain melukis.
ReplyDeleteCantik lukisannya tu.
Bagusnya kak ambik seni as elektif... sy tak boleh brain nk belajar teori seni.. hihihi... mmg bkn seni minded sungguh la sy ni
DeleteCantik! Good job Alan 👍🏻
ReplyDeleteBetul, kita dulu paling hebat pun cop² lukisan dgn batang pisang, belimbing itu je hihi
Batang pisang tu la paling glamer dulu... time sekolah rendah masih duduk area kampung senang la dpt time tu.. hehe
DeleteUwaaaah bagusnyaaaaa, ada bakat seni nampaknya Alan 🤩🤩🤩👍. Samalah kak. Zaman saya sekolah, ntah Krn guru kesenian tak terlalu berbakat, atau macam mana, yg diajarkan lebih ke meniru gambar saja. Jadi bukan teknik.
ReplyDeleteDia kata ikut buku je tu katanya, masa pend seni di sekolah dulu mmg down abis la, akak mmg x suka... haha
DeleteUncle dulu tak panggil Pendidikan Seni... 'Lukisan' je... Tu pun cikgu asyik-asyik bagi tajuk 'bebas'... Uncle lukis kartun laaaa.... hahaha
ReplyDeleteTu mmg legend tu uncle, lukisan bebas.. hahaha... sempoi je dulu kan
Deletemasa anak Cie tahun 5 dulu macam2 kerja PSV kena buat.
ReplyDeleteCantik . Complicated juga nak siapkan. Nani dulu pun sama macam Uncle. Cikgu bagi tajuk lukisan 'bebas' jadi lukis yang pro je la. Rumah kampung ada pokok kelapa ada bukit, matahari kat belakang bukit, awan dan burung terbang. Siap 🤣🤣
ReplyDeletePandai Alan lukis..kalau Linda pun, memang tak jadi lah
ReplyDeletecantik lah alan lukis. kalau achik pun memang stress masa kelas lukisan. Nasib baik bukan subjek utama
ReplyDeleteGood job Alan.
ReplyDeleteBetullah... dulu asyik cop pelepah pisang, kentang, bendi & bawang. Sekarang lebih sistematik bila ada buku teks.
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!