Memaksimumkan Ruang Dapur

Rumah zaman sekarang jarang ada dapur yang luas berbanding rumah zaman dulu-dulu. Kalau rumah tanah sendiri itu lain lah kan? Nak tak nak kita kena bijak memaksimukan ruang dapur untuk menyimpan barang-barang.

Semalam lepas habis tusyen kami tak ke mana, terus balik rumah. Lepak-lepak di rumah. Jarang hujung minggu ada kat rumah. Bila dah di rumah barulah dapat nak mengemas lagi apa yang patut.

Barulah setel penyimpanan gelas-gelas untuk kegunaan hari raya. Semua masuk dalam storage container baru simpan di ruangan atas. Raya tahun depan baru dia akan function balik.

Tupperware yang jarang pakai semua simpan di ruangan paling atas. Yang untuk kegunaan harian, semua di ruangan belah kanan atas peti sejuk. Kena ada sistem. Ruangan sebelah kiri kena pakai tangga, so tupperware dekat situ semua tupperware yang digunakan untuk special occasion je. Hari tu memang ada niat nak preloved tupperware ni semua tapi masalahnya memang berguna pun. Itu pun masih ada lagi 1 full set yang tinggal di rumah lama. Itulah yang kami guna kalau lepak dan makan-makan di rumah sana.

Ruangan bawah dapur saya gunapakai untuk simpan beras dan tupperware harian. Periuk-periuk pulak di bawah sinki. Sekali dengan freezer tupperware.

Janji kemas sedap mata memandang. Set periuk yang anak-beranak saya simpan di rak bahagian laundry sebab set tu pakai untuk masak dalam kuantiti yang banyak jer, sekali-sekala pakai.

Dapur yang luas memanglah impian setiap wanita. Wishlist saya memang nak ada island cabinet. Tapi kena customised mesti portable. Kalau tak pakai boleh letak di tepi. Macam tu baru dapur nampak luas.

Saya rasa kan, kalau ada orang lain yang nak guna dapur saya ni, saya kena bagi briefing dulu la agaknya. Ahahaha.



Post a Comment

0 Comments