Memaksimumkan Ruang Dapur

Rumah zaman sekarang jarang ada dapur yang luas berbanding rumah zaman dulu-dulu. Kalau rumah tanah sendiri itu lain lah kan? Nak tak nak kita kena bijak memaksimumkan ruang dapur untuk menyimpan barang-barang.

Semalam lepas habis tusyen kami tak ke mana, terus balik rumah. Lepak-lepak di rumah. Jarang hujung minggu ada kat rumah. Bila dah di rumah barulah dapat nak mengemas lagi apa yang patut.

Barulah setel penyimpanan gelas-gelas untuk kegunaan hari raya. Semua masuk dalam storage container baru simpan di ruangan atas. Raya tahun depan baru dia akan function balik.

Tupperware yang jarang pakai semua simpan di ruangan paling atas. Yang untuk kegunaan harian, semua di ruangan belah kanan atas peti sejuk. Kena ada sistem. Ruangan sebelah kiri kena pakai tangga, so tupperware dekat situ semua tupperware yang digunakan untuk special occasion je. Hari tu memang ada niat nak preloved tupperware ni semua tapi masalahnya memang berguna pun. Itu pun masih ada lagi 1 full set yang tinggal di rumah lama. Itulah yang kami guna kalau lepak dan makan-makan di rumah sana.

Ruangan bawah dapur saya gunapakai untuk simpan beras dan tupperware harian. Periuk-periuk pulak di bawah sinki. Sekali dengan freezer tupperware.

Janji kemas sedap mata memandang. Set periuk yang anak-beranak saya simpan di rak bahagian laundry sebab set tu pakai untuk masak dalam kuantiti yang banyak jer, sekali-sekala pakai.

Dapur yang luas memanglah impian setiap wanita. Wishlist saya memang nak ada island cabinet. Tapi kena customised mesti portable. Kalau tak pakai boleh letak di tepi. Macam tu baru dapur nampak luas.

Saya rasa kan, kalau ada orang lain yang nak guna dapur saya ni, saya kena bagi briefing dulu la agaknya. Ahahaha.



Post a Comment

9 Comments

  1. best kalau dapat dapur luas macam2 lagi la kita simpan.

    ReplyDelete
  2. for me, lebih suka dapur kecik, dapur luas masak pun sesorang kan. mudah berkeliling.
    makin luas kabinet, makin byk nak diisi. apapun, janji kita semua happy. cantik dan kemas ah kabinet kakmim. very organizing~.

    ReplyDelete
  3. Giyalah mun dapur cinonet jak. Dapur kmk pun giya juak haha. Kmk nang sikda menyimpan periuk besar2, semua periuk yg ada ialah periuk pakai hari2 😅

    ReplyDelete
  4. Senang kemas dapur kecik.
    Akak sebab dok kampung dapur agak luas tapi masaknya tak rajin huhu...

    ReplyDelete
  5. Dapur kat kampung luas sebesar alam pun kadang tak muat. Tukang kemas orang lain tukang cari orang lain. Aduhaiiii

    ReplyDelete
  6. Bagus kalau banyak tempat penyimpanan begini. Jadi peralatan dapur bisa dikemas rapi dan selalu bersih. Saya suka juga yg begini

    ReplyDelete
  7. Dulu masa mak Cuya buat dapur dia mengadu kt tukang buat tu. Dia kata dapur dia kecik sangat. Lepastu kontraktor tu kata " Eh you nak tidur dapur ka?" 🤣

    Tapi best juga kalau dapur luas, lebih bagus ada kabinet luas boleh letak macam2

    ReplyDelete
  8. my kitchen kabinet tu memang dh full semua ruang..mcm nak kena buat spring cleaning laa cuma tak tau bila

    ReplyDelete
  9. Sama la kita sis.Selagi ada ruang dkt kitchen kabinet tu kite sumbat je =D

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!