Masak & Makan di Hari Raya

Raya tahun ni syukur bukan raya terkejut. Malam pengumuman hari raya tu mak bapak dan adik-adik berbuka di rumah kami. So bila dengan pengumuman hari raya jatuh pada hari Sabtu, semuanya berteriak kegembiraan. Sambung lepak lagi sebab tak perlu masak. Ayam daging pun simpan balik dalam freezer.

Tak plan pun ajak mak sungkei di rumah, so masak yang paling senang je lah untuk sungkei. Ayam goreng kunyit, telur dadar dan tomyam ayam. Tapi yang lain tak ambik gambar pun.

Sehari sebelum raya sempat lagi shopping di Aeon Mall, claim voucher. Sayang jugak tak claim kan? Balik dari Aeon terus masak rendang daging.

Juadah di pagi raya sebelum solat sunat Aidil Fitri di masjid. Kari ayam, ketupat (dah buang kulit), rendang daging, lemang, sate dan kuah kacang. Sate ni seller sanggup delivery di rumah pada malam Khamis sebab semua tempahan dah siap, confident diorang raya hari Jumaat. Sampai tengah malam tunggu seller delivery.

Hari raya kedua masak nasi serai dan kari kambing. Tak ada dalam gambar, penatnya lahai. Pagi tu baru nak masak semua.

Hari raya keempat masak lontong. Bahan-bahan semua dah beli siap-siap dah cuma kerja potong-memotong je lah agak slow sikit.


First time try rebus nasi himpit guna teknik 5:30: 7 minit ni. Menjadi gais! Dulu-dulu macam tak confident je nak try, baru tahun ni tergerak hati nak try.


Breakfast di pagi raya ketiga. Reheat-repeat & eat - lauk yang sama. Rendang daging, kari kambing dan ketupat. Ketupat tahun ni sangatlah elok berbudi pekerti, masih bertahan sampai ke hari keempat. Oh, ya ada butter cheese cake Mita jugak. Hihi.

Lunch hari raya ke-7. Goreng ikan tenggiri, buat sambal geprek dan reheat kari ayam raya pertama. Kari ayam makin sedap, sayangnya tak ada roti canai frozen je. Actually lepas raya pertama terus simpan kari ayam ni, raya ketujuh baru defrost balik. Ya ampun, memang makin 'mesra'. Sendiri masak, sendiri puji sedap. Ahahaha. Biarlah kan? 

Begitulah diari masak dan makan di hari raya. Macam sama je kan? Takde yang rare. Hari tak masak, kita berjarah raya (dibaca: berziarah raya) la. 


 

Post a Comment

4 Comments

  1. wow kari mim tahan 7 hari. Kari lagi lama lagi sedap makan dengan lempeng pun sodap. Ketupat hari pertama kalau tak habis masuk peti sejuk lepas tu sok rebus balik makan dengan lauk yang di perhangat lagi sebab tak habis. Kek mita sedap tu. Mak-mak masak dengan penuh kasih sayang sebab tu sedap je. Anak-anak bila dah berjauhan dari masakan mak akan rindu air tangan masakan mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, air tgn ibu yg mahal, sy bgtau anak² nnt kalau korang dh study jauh ke keja jauh ke mst rindu masakan ibu, mcm kita pun rindu air tgn mak kita... kalau sy ketupat masuk peti ais, kalau nk makan, panaskan dgn steam balik

      Delete
  2. Pokcik singgah ziarah berhari raya.. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!