Maka Berpindahlah Kita

Bye Bye Rumah IMAN. 

25 Ramadan 1447H bersamaan 15 Mac 2026 bermulalah new journey kami anak-beranak di rumah baru, yang tak jauh pun. Perumahan area belakang rumah lama je. Tapi barang-barang still masih lagi ada yang tinggal di rumah lama, plannya balik sekolah biar abang lepak sini. Weekend masa diorang mengaji di masjid, boleh lepak sini jugak.

Alhamdulillah jumpa lori sewa yang affordable dan sangat memudahkan. Mula-mula dah survey jugak, ni antara yang quotation termurah, RM450 sekali manpower. Dah la tak berkira, sebab kami mintak tolong untuk hantar daun pintu ke rumah lama, owner okay je. Alaaa on the way nak balik je pun.

Walaupun manpower cuma 2 orang tapi kerja nampak mudah. Nampaklah berpengalaman. Baru saya tau angkat barang-barang besar dan berat ada skill tersendiri.

Dan akhirnya sungkei pertama kami di rumah baru pada 25 Ramadan.



Post a Comment

2 Comments

  1. wah beraya di rumah baru ye? alhamdulillah. letih juga tu berkemas bulan puasa

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!