Lama dah tak update menu berbuka sebab tak masak. Hehehe. Alahai, sejak masuk minggu ke-3 Ramadan terus turn off terus mood masak. Asyik booking lauk dari jiran je. Jiran ni pun satu, setiap pagi dia akan update menu jualan dia, kita ni pulak bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi so far lauk dibeli semuanya habis, kira ngam-ngam la untuk makan masa sungkei. Kekadang ada masak yang simple, beli jugak lauk untuk sahur. So sahur takdelah memerah otak nak fikir menu sahur lagi.
Semua menu tunjuk-tunjuk je, kecuali sup tulang yang mak bagi. Baru je terasa nak makan sup tulang, mak balik dari KL terus buat sup tulang. Sup tulang banyak, bagi 2 untuk sungkei & sahur. Jadi terbanyak pulak menu semalam, alhamdulillah.
Korang pulak macam mana? Mood memasak maintain ke?
0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!