Puasa enam hari dalam bulan Syawwal merupakan antara amalan sunat yang sangat dituntut selepas umat Islam menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan. Ia bukan sekadar kesinambungan ibadah, bahkan menjadi tanda penerimaan amalan Ramadhan serta manifestasi istiqamah seorang hamba dalam mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wata’ala. Amalan ini turut mencerminkan kesungguhan seorang mukmin dalam mengekalkan momentum ketaatan walaupun setelah berlalunya bulan yang penuh keberkatan.
Pensyariatan puasa enam hari dalam bulan Syawal adalah berasaskan hadis sahih daripada Abu Ayyub al-Ansari Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ِرْÙ‡َّلدا ِ ما َ ÙŠ ِصَ Ùƒ َÙ†َÙƒَ ٍلا َّ Ùˆ َØ´ ْÙ†ِ Ù… اًّت ِ س مهَع َ بْتَØ£ َّ Ù… Ø«ُ َنا َضَÙ… َ ر َما َص ْÙ†َÙ…
Maksudnya: “Siapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan enam hari (berpuasa) dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1164)
Hadis ini menunjukkan kelebihan yang amat besar sehingga para ulama menegaskan bahawa ganjarannya menyamai puasa sepanjang tahun, berdasarkan konsep gandaan pahala sepuluh kali ganda bagi setiap amalan kebaikan.
Perbincangan ulama mengenai hukum puasa enam Syawal memperlihatkan keluasan fiqh Islam dalam menangani dalil dan realiti masyarakat. Namun, dalam mazhab asSyafi‘I berpendapat bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal adalah sunat muakkad. Pendapat ini berasaskan zahir hadis yang jelas menganjurkan amalan tersebut tanpa sebarang qarinah yang menunjukkan larangan.
Namun, kaifiat perlaksanaannya ulama as-Syafi‘iyyah menjelaskan bahawa terdapat beberapa kaedah dalam melaksanakan puasa enam Syawal:
Pertama
Dilaksanakan secara berturut-turut bermula pada 2 Syawal selepas Hari Raya Aidilfitri. Ini menunjukkan kesegeraan dalam melakukan kebaikan dan kesungguhan dalam beribadah.
Kedua
Boleh dilakukan secara berselang-seli sepanjang bulan Syawwal. Bahkan jika ditangguhkan hingga ke akhir bulan, seseorang itu tetap memperoleh fadhilatnya, selagi mana ia disempurnakan dalam bulan tersebut.
Amalan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal ini terdapat banyak kelebihan dan hikmah, antaranya ialah:
- Ganjaran seperti berpuasa sepanjang tahun. Ini merupakan kelebihan yang sangat besar, mencerminkan keluasan rahmat Allah Subhanahu wata’ala terhadap hamba-Nya.
- Tanda penerimaan amalan Ramadhan. Para ulama menyatakan bahawa antara tanda diterimanya sesuatu amalan ialah apabila seseorang itu diberi taufiq untuk melakukan kebaikan selepasnya.
- Melatih istiqamah dalam ibadah. Puasa ini mendidik jiwa agar tidak hanya beribadah pada musim tertentu, bahkan berterusan dalam ketaatan.
- Menyempurnakan kekurangan puasa Ramadhan. Sebagaimana solat sunat menampung kekurangan solat fardu, puasa sunat juga berfungsi menampung kekurangan dalam puasa Ramadhan.
Kesimpulannya, puasa enam hari dalam bulan Syawal merupakan amalan sunat yang mempunyai sandaran hadis sahih serta dipegang oleh majoriti ulama sebagai ibadah yang digalakkan. Ia bukan sekadar ibadah tambahan, tetapi simbol kesinambungan pengabdian seorang hamba kepada Allah Subhanahu wata’ala selepas Ramadhan.
Seorang mukmin yang benar-benar menghayati ruh Ramadhan pasti akan berusaha untuk tidak terhenti di penghujungnya, bahkan menjadikan Syawal sebagai medan permulaan bagi perjalanan ibadah yang lebih panjang dan konsisten menuju keredhaan Allah Subhanahu wata’ala.
Kredit: Jabatan Mufti Negeri Sarawak

1 Comments
igt nk start ms raya kedua tup tup bendera jepun... insya allah kalau sihat nak start puasa mggu dpn
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!