16 Mei Birthday Ayahanda

Balik kerja hari Sabtu, terus ketiduran. Penat ke sana ke sini je. Malamnya kami makan-makan sempena birthday ayahanda tercinta yang ke-70 tahun. Selamat hari lahir bapak. Cucu-cucu pun semua panggil 'bapak'. Memang tak ada langsung sorang cucu yang panggil atok. Hahaha.

Meriah pulak kek SR kali ni, rajin staf SR tu melukis.

Lama tak makan di Topspot, lama giler rasanya sebab tak suka crowded orang ramai. Nasib baik kali ni dah booking awal diorang bagi meja di bawah khemah, ok sikit la takdelah bising sangat.

Macam biasa sekarang dah kena book 2 meja.

Famili kami memang takde budaya bagi hadiah masa birthday, tapi sejak ada adik ipar perempuan ni, memang selalu je ada hadiah masa birthday. Adik lelaki bagi hadiah kat bapak, tapi ada budak photobomb kat belakang. Mak ngah biarkan je la dia tersengeh-sengeh di belakang tu. Ibu yang baru perasan bila tengok semua gambar malam tu pagi ni.


Bapak dan mak bersama cucu-cucu. Seorang pulak di asrama. So kuranglah sorang cucu perempuan.

Anak bapak dan mak pun kurang seorang, missing yang sorang mengajar di Kapit.

Sebelum balik, tak selfie, tak sah, mentang-mentang kakak diorang ni terer selfie. Kikiki.

Ibu ajak Awan bergambar. Alan pun tak puas hati, dia nak jugak. Hahaha. Saja je menyakat. Yang 2 orang lagi tak tau ke mana dah dengan Ayah. Sampai rumah terus tidur, masih tak hilang penat lagi yang siangnya. Hahaha. Faktor umur biasalah kan? Bila dah bangun pagi awal, malam pun kena tidur awal jugak.







 

Post a Comment

0 Comments