Pernah ada lagu yang terus mengingatkan anda kepada seseorang? Ketahui mengapa crush dan lagu sentiasa berkait rapat dengan memori serta emosi kita.
On the way ke sekolah pagi ni Kool.fm memainkan lagu "If I Let You Go" by Westlife. Masuk jer intro, Ibu pun sama menyanyi ikut rentak dan irama, chewahh. Iman pun bertanya dengan excitednya, "ni bukan lagu yang Ibu nyanyi masa karaoke hari tu ke?". "Aah", jawab Ibu pendek.
Terus terasa nak cerita pasal kaset Weslife dan crush Ibu zaman matrix dulu. So Ibu pun memulakan penceritaan kisah bukan dongeng Ibu dengan Iman. Ada sorang member ni, Ibu kenal zaman MIRC dulu. Time tu zaman habis SPM, tunggu result. Memang kerjanya MIRC je lah tiap-tiap malam. Nak kerja mak bapak tak izinkan. So siang jadi suri rumah, malam lepak MIRC. Memang tiap malam la chatting dengan member ni. Masa tu kami pertama kali jumpa masa ambil anugerah kecemerlangan SPM 1998 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Kebetulan pulak parents kami ada register di persatuan yang sama, so anak-anak yang dapat pangkat 1 time tu dapat la hadiah galakan. Tapi jumpa macam tu je, takdelah sembang-sembang pun, hai-hai dari jauh je lepas tu selebihnya jumpa di MIRC lagi la.
Masa tu kami sama-sama apply matrix. Bila result keluar, saya dapat matrix UPM, dia pulak UKM. Tiber member ni confess suka kat saya, pertama kali suka kat girl katanya. Al-maklumlah dia sekolah semua lelaki. Saya masa tu anggap dia kawan je, tak reti pun nak berboifren girlfren. Dia pun terima dengan redha, tetap kawan. Sebelum kami membawa haluan masing-masing, dia hadiahkan saya kaset Westlife - Season In The Son. Katanya semua lagu dalam album Westlife tu dia dedicated untuk saya. Auwch, so sweet!! Tapi tetap jugak la masih tak terbuka hati untuk dia. Kami tetap juga masih kawan sampai dia pernah jugak ke UPM ajak makan sama di area Serdang. Dah habis belajar, saya kerja company, dia suka ke ofis saya (sebab ofis saya dekat area rumah dia) lepak makan sama time lunch. Masa tu dia tak kerja lagi. Cumanya bila dah 2-2 dah dapat kerja tetap, barulah kami lost contact sampailah sekarang.
Tapi bila dengar lagu Westlife, tetaplah saya ingat member saya yang seorang ni. Baik sangat orangnya, cakap pun soft spoken je. Tapi dah memang bukan jodoh kan?
Senarai lagu Westlife dalam album Coast TO Coast (1999)
Swear It Again
If I Let You Go
Flying Without Wings
Fool Again
No No
I Don’t Wanna Fight
Change the World
Moments
Seasons in the Sun
I Need You
Miss You
More Than Words
Open Your Heart
Try Again
What I Want Is What I’ve Got
We Are One
Can’t Lose What You Never Had
So lagu-lagu ni lah yang menjadi teman penghibur saya masa zaman matrix. Kebetulan dapat roomate katil sebelah gila BSB. Sebelah lagi gila Westlife. Hahaha.. begitulah indahnya zaman remaja. Walkman memang teman setia masa tu, di zaman millenium walkman dan winamp paling layan. Gen Z sekarang tak tau apa itu winamp. Confirmed! Hihihi.
Korang pulak ada tak lagu yang akan trigger KLMJ zaman dulu kala? Kalau malas, taip nama lagu di komen, tapi kalau rajin boleh la kan taip panjang sikit untuk jadi 1 entri baharu. Amacam? Ok tak tugasan ni? 😂


5 Comments
Wow westlife gitu. Tapi zaman tu lagu2 mereka jadi halwa telinga kita kan. Akak suka juga layan karok dalam kereta kalau lagu mereka berkumandang kat radio. Backstreet boy blue hah apa lagi ya. Nostalgia gitu
ReplyDeleteYes, balik kampung pakai walkman time tu rasa macam dah jadi org keyel la haha... I like both BSB & Westlife. Suka lagu diorg; yg rancak best, yg slow/balada pun suka
ReplyDeletewow sweetnya kisah cinta mim zmn2 remaja ;) saya minat westlife dan saya beli kaset westlife zmn study kat matriks uia hahahh zmn muda kan..minat ler artis2 sezaman
ReplyDeleteBila diri disayangi..
ReplyDeleteNak cerita panjang, tak boleh..sebab sampai sekarang masih berbekas dekat hati..dia bukan sebab masih ada hati dengannya, tapi lebih pada parut yang tak hilang..eehhh.. hahaha.. dulu² dengar intro lagu tu pun tak boleh, terus tukar lain, baru2 ni je baru boleh terima semula untuk dengar lagu ni..walaupun dah 20 tahun kisahnya..
Suka jugak dengar lagu westlife. Masih ingat lagu2 dorg.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!