Hari Pemuafakatan, Mesyuarat Agung PIBG dan Sambutan Gawai-Raya

Masih cerita minggu lepas. Kita nak simpan di blog cepat-cepat. Nak siapkan kerja pulak ni.


Hari Pemuafakatan dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG di sekolah Iman dan Irfan pada hari Sabtu. Dan hari yang sama sekolah Awan dan Alan pun ada hari pemuafakatan. So kita bahagi-bahagi la, yang batch SK dengan ayah, batch SMK dengan ibu. Jumpa ramai kawan-kawan hari tu, tapi itulah takde perasaan pun nak bergambar. Mungkin cuaca panas kot, rasa memang cepat je nak balik rumah.

Sebenarnya malas jugak nak pegi meeting PIBG tapi mengenangkan Iman form 5 tahun ni, kenalah ambik tau jugak sebarang program dan update untuk form 5. Pergi je lah. So sepanjang Iman di alma mater saya ni, memang setiap tahunlah pergi meeting PIBG. 5x tak pernah miss. Ahahaha.



Sebelum jam 7.30 pagi dah ada di sekolah, nak parking dekat kenalah gerak awal. Kalau tak, confirm parking jauuuhhhhh. Hari tu ada potluck, byangkan semua tingkatan bawa potluck, banyaknya makanan. Tapi itulah memang takde mood pun nak ambik gambar.

Pembentangan daripada Pengetua. Sebab tulah tak rugi jugak datang ke mesyuarat PIBG ni. Kita pun dapat tau laporan pencapaian SPM tahun lepas.


Dapat giliran ke-7 untuk pemuafakatan bersama guru kelas abang. Abang ni so-so je, risau jugak dengan pencapaian dia, tengoklah nanti lepas form 3 kalau masih takde peningkatan memang nak kena tukar sekolah gamaknya form 4 nanti. Takpe ada setahun lagi untuk drill dia.


Okay, dah selesai cerita anak-anak minggu lepas. 😊


Post a Comment

0 Comments