Kisah masa cuti sekolah yang lalu.
Walaupun tak ada ke mana-mana, Ayah Ibu cari jugak la aktiviti supaya tak adalah berkurung di rumah sangat. Memang kerjanya makannnnn je kat luar. Ada 1 malam tu kami makan di Kubah Ria. Kalau yang biasa ke Kuching, mungkin pernah ke Medan Niaga Kubah kot untuk beli ikan terubuk masin. Haaa.. dekat situlah Kubah Ria, tempat makan-makan, macam foodcourt yang ada banyak stall. Semua adalah kat situ, seafood, laksa Sarawak, mee kolok, nasi kerabu, nasi lemak, ayam panggang, sate, ala carte goreng-goreng. Kat sini je lah saya selalu makan mee bandung, sebab tak jumpa pun tempat lain yang ada jual mee bandung. Owner stall pun orang Johor. Tapi yang bestnya stall ni pun ada laksa Sarawak, bukan masakan dari JDT je.
Macam biasalah lepas mengisi perut baru boleh jalan-jalan. Ayah cadangkan kami jalan-jalan di Jambatan Gantung yang sekangkang kera je dari Kubah Ria.
Begitulah sejarahnya.
Bila yang lain dah laju berjalan menuju ke jambatan, si bongsu ni jugaklah yang menjadi peneman ibu. Jom Lan, kita ambik gambar di sini dulu.
LED di Jambatan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub ni memang akan bertukar-tukar tema mengikut jenis perayaan. Dulu masa bulan 2, ada love-love sempena Valentine Day. Bulan ni tema hari gawai pulak.
Ini pulak view Jambatan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dari Jambatan Gantung. Jambatan ni lah yang menghubungkan bandaraya Kuching dengan Petra Jaya.
Dah nak menghampiri Jambatan Gantung.
Akhirnya sampai dah di atas jambatan. Alhamdulillah, semua dah besar. Nanti setahun 2 nanti semua dah bujang trang tang tang. Masa kat atas jambatan ni, ramai jugaklah orang-orang Semenanjung yang lepak-lepak di sini bersama keluarga. Ye lah time cuti kan, sama ada mereka ni memang terbang dari Semenanjung atau yang keja/stay di sini.
Last but not least, yours truly 💓 bila anak-anak dah besar, ayah ibunya pula semestinya semakin menua. Sekarang, anak-anak pulak yang ambik gambar ayah ibu.
14 Comments
Nice lahh. Teringat dulu gi Miri tak sempat singgah Kuching. Cari kek lapis punya pasal ðŸ¤
ReplyDeleteWahhh..Nice la jambatan ni sis =D
ReplyDeleteSaloma bridge yang dekat KL ni pun Linda tak sampai lagi...hihihi
ReplyDeleteCantik jambatan gantung moden ni kan... warna warni
ReplyDeleteAgaknya ini jambatan gantung yang akak nampak masa ke Kuching. Cantik waktu malam.
ReplyDeletecantik la view waktu mlm sbb ada effect lighting
ReplyDeleteSarawak banyak jambatan kan, macam di Putrajaya. Cantik pemandangan malam2 pun, bila ada lampu warna waeni ni
ReplyDeleteCantikkkkkk... dah mengherlip² pasti jadi tumpuan.
ReplyDeleteBila Kakmim sebut Kubah Ria...macam turut berada di sana...Masih nampak suasana di sana...Suka sangat mee kolok salah satu gerai kat foodcourt Kubah Ria tu...Nak zikir lah kot tahun no sampai lagi ke Kuching🤲
ReplyDeleteKalau ada lampu effek dia lagi cantik waktu malam. Macam linda kata lah yang saloma bridge pun akak tak sampai lagi...huwaaaaaa
ReplyDeletePernah dengar SATOK ni..menarik..happy hari gawai ya
ReplyDeleteOoo cantik plak view malam yerr.. lama tak ke sana, nanti nak jugalah bawa anak-anak bercuti ke sana..
ReplyDeleteKalau dah malam, dipasangi lampu2 begitu, jadi cantiiiiik sangat kan jembatannya ❤️❤️❤️.
ReplyDeleteCantik betul view Jambatan Gantung Satok waktu malam ya, Kakmim! Meriah dengan lampu LED warna-warni ikut tema perayaan Gawai tu. Memang port santai yang best lepas kenyang makan. Patutlah ramai juga orang Semenanjung yang lepak dekat atas jambatan tu ambil angin malam...Kak SA pernah pergi Pasar Satok yang lama dulu..bukan yang bangunan baru skrg...suka sangat explore masa tu...
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!