Tiba-tiba je hari tu Alan bagitau dia dan team kena buat water filter untuk program Little Innovator. Program apa pulak ni? Rupanya anjuran pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan UITM Kampus Samarahan. Kelam kabut jugak la mula-mula tu nak cari bahan. Nasib baik diorang dah buat pengagihan tugas siapa yang perlu bawak apa.
Hasil inovasi Alan & team. Penapis air DIY, tapi air tak boleh diminum. Ahaha. Itu yang Alan mention masa pembentangan dengan juri.
Tak sangka pulak diorang bagi nama team diorang, RISLANNAS. Gabungan nama Idris, Idlan dan Anas.
Bangga betul diorang dengan projek diorang. Cari batu sendiri, pasir cari sendiri, cuma botol je lah mintak tolong ayah Idris buat. Tapi yang printed tu semua guru pembimbing diorang buat.
Alan semasa pembentangan juri. Semua kumpulan kena bentang depan juri, dan semua ahli kumpulan kena bentang dan bercakap. Ada sesi soal-jawab juri jugak. Juri-juri ialah pensyarah-pensyarah UITM. Alan mula-mula nampak gugup sebab dia hafal skrip, tapi bila dia dah terlupa,, dia dah mula guna ayat sendiri, baru dia nampak rentaknya. So far kawan Alan si Anas pun ok sangat pembentangannya. Mahal sangat pengalaman ni. Mujurlah Alan dapat menyertai LInKS ni. Darjah 5 dah kena buat pembentangan, bukan senang tu. Cikgu diorang pun risau. Tapi ada je budak yang baca skrip bawak buku masa depan juri. Bergantung dengan guru pembimbing jugaklah kan, ada cikgu yang betul-betul nak murid dia belajar, ada yang takpe janji bertanding, janji bentang, baca pun baca lah. Macam tu lah, sebab saya nampak ada team tu memang betul-betul macam pertandingan, siap poster bagai. Ada jugak yang tak ada. Team Alan ni memang syukurlah dapat cikgu Sains yang juga merangkap guru Penolong Kanan Ko-kurikulum.
Siap ada photo booth, rasanya ni student UITM yang buat.
Masa pengumuman keputusan, baru tau nama team Alan. Hahaha.
Alhamdulillah dapat sijil pencapaian, ada 2 anugerah kumpulan diorang dapat. Ibu-bapa yang hadir support pun dapat e-sijil penghargaan dari penganjur, UITM. Yeay! Ibu pun dapat sijil, bolehlah masuk dalam MyPerformance untuk sumbangan komuniti.
OPR Sekolah dari FB Rasmi sekolah








1 Comments
Alhamdulillah, tahniah Alan dan team RISLANNAS! Hebat betul darjah 5 dah kena bentang depan juri pensyarah UiTM, bukan biasa-biasa ni. Mesti bangga sangat Kakmim tengok anak teroka pengalaman mahal macam ni. Siap pakej ibu pun dapat e-sijil sekali, terbaiklah!
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!