1 lagi update yang saya baru tau, rupanya Mama Tisya pun dah pencen!! Dia ambik option bersara pilihan rupanya. Itulah lama sangat tak blogwalking kan sejak Julai lalu. Banyak update yang saya dah tertinggal. Dapur baru kak SA yang dah siap pun saya tak jumpa lagi postingnya, punyalah banyak sangat posting yang dah ketinggalan. Rasakan.. itulahhh siapa suruh tenggelam timbul di dunia blog.
Ni haaa baru nak update kisah penghujung bulan Julai yang lepas. Travelling ke KL atas urusan rasmi 29 Julai - 31 Julai. Lama jugaklah tak merasa travel atas urusan kerja, jabatan yang belikan tiket. Selalunya beli sendiri dan claim je. Bila ofis belikan tiket baru dapat set makanan AA dalam kotak macam ni.
Bila admin tanya nak order menu apa, of course la nasi lemak kan. Flight pun pagi sesuailah. Baliknya order set chicken chop sebab baliknya flight malam.
Lengkap semualah tapi tak dapat nak makan sekaligus semua.
Setelah berperang mulut dengan staf tiket teksi airport, akhirnya kami sampai di Royal Chulan The Curve pada jam 1.30 petang gitu. Mentang-mentang staf kaunter teksi tu tau kami boleh claim tambang teksi dia tekan terus harga RM220. Gila lah. Dah la degil, kami cakap RC The Curve dia cakap RC Damansara. Walaupun dekat takkan kami nak heret luggage kan. At last, grab jugak yang termudah. Tambang grab RM78.47 je dari KLIA2 ke RC The Curve.
Sampai awal di hotel pun check in tetap jam 3 pm. Haruslah kami ke IKEA di depan untuk mengisi perut. Target utama semestinya meatball.
Tadaa.. Tapi kan, meatball IKEA ni dah so-so je lah. Macam takde kepuasan pulak gravynya. Kami ni dah la tak check in hotel lagi tapi dah siap explore mall di depan hotel lagi. Dah lokasinya strategik, memang bijak urusetia bengkel ni. Bekerja keras jugak sesambil tu boleh jugaklah healing dan me time tanpa anak-anak.
Kebetulan jumpa geng dari utara yang juga sampai awal, akak ni naik ETS. Walaupun tak kenal tapi kita buat-buat dah kenal lama. Sembang-sembang, makan-makan. Selesai makan kami pun bergegas ke hotel untuk taklimat dan check in hotel.
Bersambung...

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!