Bonding Time dengan Si Bongsu

Assalamualaikum dan hai semua!

Jarang sebenarnya ada aktiviti bonding time bersama anak, berdua. Sebab selalunya kami memang akan bonding time 1 famili. Tapi kebetulan ada masa hari tu, sempatlah bonding time dengan si bongsu. Tak perlu pergi jauh-jauh atau rancang aktiviti yang macam-macam pun. Cukup sekadar keluar berdua, ambil angin sambil keluarkan peluh. Hehe.

Lokasi pilihan kami ialah Pustaka Negeri Sarawak. Bukan nak masuk perpustakaan cari buku ya, tetapi nak brisk walk mengelilingi tasik.


Misi kami? 3km! 💪 3km bermaksud kena pusing 3 kalilah di tasik Pustaka tu.

Sambil berjalan laju, sempatlah kami bersembang itu ini. Ada sahaja cerita yang keluar daripada mulut si bongsu. Sesekali bergurau, sesekali menikmati suasana sekitar tasik.

Seronok juga sebenarnya dapat luangkan masa berdua macam ni. Dalam kesibukan rutin harian, bukan selalu dapat beri perhatian sepenuhnya kepada setiap anak.


Berjalan Sambil Menjaga Kesihatan

Saya suka aktiviti brisk walk ni sebab mudah dan tak memerlukan peralatan yang mahal. Cukup dengan kasut yang selesa dan sedikit kerajinan untuk bergerak. Hehe.

Rupanya banyak juga manfaat berjalan pantas ni. Antaranya membantu meningkatkan kesihatan jantung, membina stamina, membakar kalori dan memperbaiki mood. Kalau diamalkan secara konsisten, aktiviti ini juga boleh membantu pengurusan berat badan.

Menurut NHS, berjalan pantas selama 10 minit sehari pun sudah boleh memberikan manfaat kesihatan. Jadi, tak semestinya kena berjalan jauh baru nak dapat manfaatnya.


3km yang Lebih daripada Sekadar Senaman

Alhamdulillah, selesai juga tiga pusingan tasik kami. Walaupun hanya 3km, puas hati rasanya dapat bergerak aktif sambil menikmati masa berkualiti bersama anak.

Bagi saya, aktiviti macam ni bukan sekadar nak cukupkan langkah atau bakar kalori. Ada satu lagi perkara yang lebih bermakna, iaitu mencipta kenangan kecil bersama anak-anak selagi mereka masih mahu meluangkan masa dengan kita.

Anak-anak semakin membesar. Sampai satu masa nanti, masing-masing tentu ada kesibukan dan dunia sendiri.

Jadi, selagi ada peluang, kita manfaatkan masa yang ada. Tak perlu aktiviti mewah pun untuk mencipta kenangan indah.

Hari ini kami kumpul 3km langkah, tetapi yang lebih berharga ialah masa dan kenangan yang kami cipta bersama. ❤️



Insya-Allah, ada rezeki dan kerajinan, kita ulang lagi aktiviti macam ni.

Korang pula, suka brisk walk seorang diri atau lebih seronok kalau ada teman?


Salam sihat,

Kakmim | MimSphere 💛

Singgah, Baca, Komen.

Post a Comment

0 Comments