Blog CurHat

 
Awas! Korang akan memasuki zon emosional kenangan silam.
:cinonet_23:
Suatu ketika dulu, ketika aku masih lagi bergelar blogdriver, aku jadikan blog aku masa tu sebagai CurHAt (pinjam term dari blog Pocket). Memang betul-betul CurHat. Setiap apa yang berlaku, apa yang aku rasa, semuanya aku abadikan di blog. Sekarang kalo aku dah tak reti nak buat apa, aku godek-godek balik blog pertama aku tu. Kenangan seyh! Di situ aku banyak belajar suka-duka seorang blogger. Pernah suatu ketika ada seorang blogger meninggal dunia akibat kanser hati dan kemudian blognya diambil-alih oleh tunangnya. Memang banyak mainan jiwa dan emosi di sini. Semua orang berpusu-pusu membaca blog arwah, ada yang bersimpati, ada yang mengkritik, ada yang mengutuk, sehinggakan tunangnya yang hanya seorang OKU yang bisu begitu tertekan dan mengambil keputusan untuk mendelete blog arwah tunangnya. Dan yang menggangu emosi sangat-sangat masa tu ialah arwah blogger tu sempat mewasiatkan blognya kepada seorang blogger yang lain sebelum blogger tu menyerahkan blog tersebut kepada yang berhak iaitu tunangnya yang OKU itu. Sungguh sadis. Pada masa tu aku tak sempat berkenalan dengan arwah. Aku cuma mula konsentret membaca semua entri di blog arwah ketika arwah sudah meninggalkan alam fana ini. Dan sebagai seorang perempuan dan juga wanita, aku begitu tersentuh ketika membaca entri-entri arwah. Blog yang menjadi curahan hatinya menceritakan suka-duka kehidupan bujangnya daripada seorang yang rosak sehinggalah ke titik-titik penghujung kehidupannya. Aku masih ingat lagi arwah menceritakan bagaimana dia mendapat kanser hati. Arwah telah dikenalpasti sebagai pengidap kanser kerana terlalu banyak mengambil alkohol ketika frustated dengan seseorang. Dan tunangnya yang OKU itu sebenarnya ialah cuma adik angkatnya sahaja. Mereka telah merancang untuk berkahwin tetapi impian mereka tidak terlaksana apabila Allah terlebih dahulu memanggil arwah untuk berada di sisiNYA. Dan yang paling aku tidak boleh lupa, yang mendapat respon ramai blogger ialah apabila arwah menyatakan hasratnya untuk membuat pelamin bertemakan warna hitam untuk majlis persandingannya. Memang tak pernah dibuat dek orang langsung! Begitu sekali kekecewaannya dalam hidup. Hitam amat sinonim dengan arwah. Malah blog nya juga hitam pekat. Menyeramkan kan? Aku login akaun blogdrive aku balik. Janggal sekali rasanya. Aku track balik entri berkenaan Arwah Ghaz. Semuanya pada bulan April 2006. Sekarang aku dah ingat balik semua watak utama ketika itu. Arwah Ghaz, Sha, Hikaru. Hikaru ialah teman seblogger yang menjadi tempat arwah menitipkan pesanan terakhirnya kepada rakan blogger yang lain. Isk. Kenapa aku boleh teringat kisah arwah ni?
:cinonet_46:

Hmmm.... Marilah kita bersama-sama bersedekah Al-Fatihah untuk Arwah Ghaz. Al-Fatihah.

 
:cinonet_30:

Aku try track balik entri yang ada pesanan terakhir arwah tapi tak jumpa. Seingatnya aku macam pernah copy-paste ke blog aku masa tu tapi entah lah, tak jumpa. Masa aku dapat tau kematian arwah tu menitis jugak air mata aku yang sememangnya murah ini. Hiks. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Ok la, dah berjela dah flashback aku kali nih.


:cinonet_04:

15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. bekas blogdrive ka dulu? alamat ape ek? ien ponng asal blogdrive gark.. tp alamatnye dah remove

    Al-Fatihah untuk Arwah tersebut..

    kenangan yg manis xkan dilupa hehe

    ReplyDelete
  2. ien,
    hahahaha...aku mmg dh lama kenal ang.. ang jer x kenai aku

    akulah nagacute!

    wakakakakaka

    ReplyDelete
  3. hish.sedihnye bce entri ni.apapun al fatihah la buat arwah ..smoga die ditempatkan dikalangan para shuhada

    ReplyDelete
  4. ai, sedih, eh... *sniff* *sniff*... al-Fatihah...

    ReplyDelete
  5. blog world,
    memang kekadang kita menyaksikan
    drama :)
    mungkinkah nanti kita pun sebahagian dari drama untuk disaksikan orang lain?
    hummmmmmmm

    ReplyDelete
  6. ciss.. men rahsie2 lak.. majuk aku

    ReplyDelete
  7. salam myra,
    akak pun kekadang terkenang arwah ghaz..drpd arwah la akak kenal apa itu dunia blog...itu la blog pertama yg akan baca...akak sempatla bertukar2 komen dgn arwah...mmg ceta yg amat sedih sgt...akak lg masa arwah meninggal smasa arwah gi menonton konsert indon pd 2006..dah hampir 2 thn dah arwah meninggalkan kita semua..alfatihah...
    akak pun nak tahu mana gi hikaru dan sha tu...sapa agaknye yg tahu pasal mereka kan...

    ReplyDelete
  8. amer,
    sedih ek? akak teringat kisah lama jer

    ina,
    boh berlakon nanges indah... huhuuhuh

    pocket,
    aah... sapa tau kn? andai ku pergi dulu sebelum mu... lagu alleycat la plak..

    ien,
    alalalla... jgn ler majuk.. kak risanur lg cm aku.. hang je x cam... uhuk

    risanur,
    kan kak? mcm x percaya jer apa yg dia tulis tu tp kenyataan kn.. walau x kenal tp rs dekat jer... hikaru pn dh lm menghilang dh kn??

    ReplyDelete
  9. erm.. kisah menareks...
    tapi malangnya aku baru berblogging..
    tak dapat la lalui pengalaman tu..

    ReplyDelete
  10. sik adalah eksen, Kak Ira... teringat dengan kawan kmk yang dah sik ada juak at the same time...

    ReplyDelete
  11. ieee....nang dasar manusiyal ewh..kempang ati jwak dak nya ngutuk blogs arwah ya...nang dasar!!!

    mek bc kisah post tak towk ewh...alu rs nk ajak aie maca blogs arwah ya..sure sadis owh. tp ya lah...dh didelete kan :(

    bodo dak manusiyal ya..bencik mek ngan cdaknya ewh!

    ReplyDelete
  12. al-fatihah.. semoga dia tenang di sana...


    p/s: kita pun dulu ada blogdrive a/c gaks.. huuhuh... :)

    ReplyDelete
  13. menteil,
    hmm..sekarang dh jarang jumpa blog yg honest cmtuh.. kalo ad apn maybe private blog

    ina,
    menar? ooo tedah..

    zie,
    aok..blog nya dh xda... tunangnya delete

    ayu,
    ye ke? aktip lg ke x? hehehe

    ReplyDelete
  14. ~ owhh, MC pernah cerita kisah nih. harapnya, dia tenang di sana.. ~

    ReplyDelete
  15. aok, dua minggu gik kah nak SPM, nya ninggal... kenak langgar kwn bait kedirik...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form