Cik Mim diterjah

Ikuti temubual eksklusif bersama Cik Mim. Yok!
:girl_9:

Sudah berapa lama Cik Mim menjadi seorang blogger?
Sejak tahun 2004 lagi, selepas saya habis study.

Oh I see. Bagaimana minat untuk berblogging tu bermula?
Sebenarnya dulu saya suka sangat membaca blog orang lain. Kira silent reader yang tegar lah. Al-maklum lah zaman tu baru jer habis study, keja pun main-main jer so memang banyak masa online, dan masa online tu dihabiskan dengan bloghopping jer. Siang malam saya online. Kat ofis online, balik umah pun online.

Kiranya Cik Mim ni minah siber la ek?
Haha (tergelak malu). Lebih kurang macam tu la.

Cik Mim tekad menjadi seorang blogger selepas membaca blog orang lain. Begitu ek?
Hmm.. ye la kot. Tapi ada lagi faktor yang lain. Ada sorang kawan saya tu dia tanya, kenapa saya taknak buat blog padahal saya tiap-tiap hari online. Daripada dok saje-saje online baik buat blog. Saya pun mempertimbangkan cadangan kawan saya tadi tu. Betul jugak katanya kan? So, saya pun cuba lah.

Blog pertama Cik Mim?
Saya bermula dengan Multiply. Mula-mula posting gambar, resepi, kemudian baru try dengan journal. Journal ni lebih kurang jugak la dengan entri di blog tetapi bezanya di Multiply. Bila dah selalu sangat mengadap blog orang lain, barulah saya membuat blog. Blog saya yang pertama di Blogdrive.

Oh, bukan di blogspot?
Oh, tidak. Selepas di Blogdrive, saya mencuba pulak di Blogsome. Lepas tu baru saya mendaftar di blogger.com

Begitu rupanya. Adakah blog-blog Cim Mim yang dulu-dulu tu masih lagi aktif?
Ada yang masih wujud tetapi tak aktif dan ada jugak yang saya dah delete.

Kenapa Cik Mim delete? Tak sayang ke?
Sayang tu memang la sayang tapi ada jugak benda kita kena buang dari hidup kita. Kalo something happen, kita kena buka buku baru, kalo nak buka buku baru, buku lama tu mesti la kena tutup. Tak gitu?

Tak semestinya Cik Mim. Kalo kita simpan jer buku lama tu, dan buka buku baru pun boleh jugak kan?
Boleh tu memang boleh tetapi kita kena jaga hati banyak pihak.

Apa maksud Cik Mim 'kita kena jaga hati banyak pihak'?
Begini. (Terdiam sebentar seperti memikirkan sesuatu). Kalo berblogging ni kita selalunya mencurahkan isi hati kita yang tak terluah di depan keluarga dan kawan-kawan. Kalo terlalu banyak nama si anu dan si ana kat blog kita, dan bila si anu terjumpa dan baca blog kita mesti kita rasa lain kan? Atas sebab tu lah saya delete untuk menjaga hati pihak-pihak yang berkenaan.

Cik Mim menjadi seorang blogger atas sebab untuk meluahkan isi hati je ke?
Ya dan tidak. Hidup kita ni kan macam roda. Ada ups and down. Sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Dan tentu ada pahit dan ada manis. Benda-benda macam tu yang berkaitan dengan emosi memang saya suka luah di blog. Mula-mula saya menulis blog, saya taip jer apa yang saya rasa sebab masa tu rangkaian blogger tak ramai. Tapi bila rangkaian dah semakin luas saya mula limitkan apa yang saya nak post di blog.

Bermakna Cik Mim ni seorang hipokrit? Begitu?
(Tersenyum). Terpulang. Tapi saya berhak ke atas hidup saya kan? Takkan semua cerita saya nak publish ke blog? Tapi saya ada private blog, yang mana blog tu saya tak open kepada reader lain. Blog tu memang untuk saya seorang jer.

Kenapa Cik Mim suka nak bagitau kondisi emosi dan mental Cik Mim kepada orang yang Cik Mim tak kenal? Kat alam maya ni bukan semua orang kita boleh percaya. Cik Mim macam menjaja cerita sendiri je kat alam siber ni.
Saya tak kisah orang nak cakap saya jaja cerita ke saya jual cerita ke. Kalo saya taknak jaja cerita, makanya saya tak buat blog. Kan gitu? (Tergelak kecil) Pasal stranger kat internet ni, itu sendiri mau ingat la. Cuma kita perlu ingat rambut sama hitam, hati lain-lain. Eh, sesuai ke peribahasa rambut sama hitam ni digunapakai pada zaman ni? Hehe. (Tergelak lagi)

Hehehehe. Aah, sekarang ramai yang warnakan rambut kan Cik Mim? Bukan semua berambut hitam. Saya tengok Cik Mim ni macam gadis melayu terakhir la, bertudung lilit, ayu gitu, Cik Mim tak kisah ke kalo publishkan gambar Cik Mim tak bertudung di blog?
Isk, takde la sampai jadi yang terakhir macam tu. So far saya tak pernah lagi post gambar yang tak bertudung di blog.

Adakah cerita-cerita Cik Mim di blog semuanya berkisarkan kisah peribadi dan harian Cik Mim je?
Seperti yang saya bagitau sebelum ni, ya dan tidak. Sebelum ni saya juga pernah buat 1 blog yang khas untuk upload mp3 jer. Dan blog saya yang pertama pun glamer kerana saya banyak upload lagu dan nak dijadikan cerita saya terdelete semua link lagu yang saya dah upload tu. Saya sangat frust dan bukak akaun di Blogsome.

Oh, begitu rupanya. Cik Mim ni boleh dikatakan minah lanun jugak la ek?
Hahaha. Laser sungguh ye, tak sayang mulut. Aah. Saya memang minah lanun cetak rompak. Puas hati. Hahaha. Tapi sekarang ni agak jarang la saya nak upload mp3 ni. Cuma kadang-kadang jer bila ada mood.

Seronok jugak dengar cerita pasal sejarah blogging Cik Mim ni. Blog Cik Mim terkini?
Mula-mula saya di Blogdrive, kemudian Blogsome, kemudian baru Blogspot. Di blogspot pun ada 3 blog sebelum bertukar ke Wordpress dan kembali semula ke Blogspot sebelum membeli domain mimyara.com ni.

Sekarang ni cuma www.mimyara.com ni je ke? Yang lain-lain tu?
So far mimyara.com ni je la. Dan rasanya ni yang terakhir untuk publish kepada public. Yang lain-lain tu saya privatekan jer. Biarlah rahsia tersimpan rapi.

Chewah. Macam banyak rahsia jer Cik Mim ni.
Ala.. manusia, biasa la kan? Hehehe.

Perasaaan Cik Mim dulu dan sekarang?
Maksud?

Apa perasaan Cik Mim semasa mula-mula menjadi blogger dulu?
Oh. masa tu memang la malu. Sangat malu. Malu sangat nak menaip. Baca berkali-kali dulu baru publish. Sekarang, taip jer kemudian terus publish. Apa nak jadi, jadi lah. Hehehehe.

Pengalaman yang Cik Mim tak boleh lupa semasa menjadi blogger?
Ada seorang blogger meninggal dunia dan kisah di blognya menjadi kritikan umum selepas arwah meninggal. Tu yang paling meninggalkan kesan kepada diri saya. Walaupun saya tak mengenali arwah tapi saya sempat mengikuti kisah hidupnya dan saya amat bersimpati dengan nasib dirinya tetapi orang lain yang baru jer mengetahui kisahnya telah membuat penilaian yang salah terhadap dirinya. Setiap orang pernah melakukan kesilapan kan? Dan begitulah juga dengan arwah.

Adakah Cik Mim mempromosikan mimyara.com ni kepada orang-orang yang terdekat dengan Cik Mim?
Rasanya tak ramai yang tau mengenai mimyara.com ni. Orang-orang yang rapat dengan saya bukannya suka baca blog seperti saya. Tapi adik dan tunang saya tau kewujudan blog ni.

Adakah mereka membaca blog Cik Mim?
Tunang saya baca, adik saya pulak kadang-kadang.

Sampai bila Cik Mim nak menjadi seorang blogger?
Sampai bila pun saya tak pasti tetapi selagi saya ada masa untuk mengupdate, saya akan meneruskan perjuangan ini. Insya Allah.

Apakah impian Cik Mim dalam perjuangan seorang blogger ni?
Saya cuma nak menyimpan rasa-rasa istimewa untuk orang-orang yang istimewa dalam hidup saya di mimyara.com. Dan saya nak rasa-rasa istimewa tu semua dapat diaccess bila-bila masa sehinggalah saya tua nanti. Boleh ke macam tu ek?

Insya Allah. Saya akan mendoakan impian Cik Mim menjadi kenyataan.
Terima kasih.

1 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. mim.ya.ra.alif : *clap.. clap.. clap* hebat sungguh temuramah ini.. huhuhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form