Follow Us @soratemplates

28/12/2010

14 purnama

Alhamdulillah Iman dah almost 14 bulan.
30hb nanti genaplah Iman setahun 2 bulan.
Macam-macam dah perangai Iman sekarang.
Dah pandai merajuk.
Pandai marah.
Kalau merajuk, takmo layan orang tu.
Pergi dok jauh dekat dinding.
Kalau marah, dia akan jerit.
Hari tu dia marah, dia gigit tangan sendiri.
Lepas tu, marah lagi, terus pakcik dia cakap, "haa..gigit... gigit tangan sendiri lagi"
Iman tengok kat lengan yang ada kesan gigitannya sendiri, tengok jer.
Tak jadi gigit.
Pandai pun tau sakit.


Mulut, memang bising lah.
Nak nenen, dia akan cakap "menom-menom"
Nak makan,  "menom-menom" jugak.
Tengok orang lain makan, dia nak jugak, dia "menom-menom" jugak.
Kalau orang lambat buatkan dia nenen, mulut dia takkan berhenti "menom-menom".
Sampai berbelit-belit lidah dia dan kepala angguk-angguk.


Hari tu dia makan dengan Mak Ngah.
Ibu pun tegur lah.
Ibu: Iman makah kah nak?
Iman: Erk... (sambil kepala angguk-angguk).. menom.
Kelakar jer, tengah makan nasi pun masih jugak nak 'menom'

Sekarang sebelum tido suka bacakan Iman buku.
Kalau dia suka, dia akan suruh baca part tu lagi sambil kepala dan badan goyang-goyang.
Mulut macam nyanyi-nyanyi kecil (ngajuk Ibu la tu)
Ibu baca sambil nyanyi-nyanyi.
Pastu kalau kita tak konsentret ajar dia, dia akan tarik rambut kita dekat dengan buku.
Ganas betol.

Kalau tengok gambar haiwan dalam buku.
Kucing ke, burung ke, dog ke, mouse ke.
Dia akan tunjuk sambil buat bunyi ayam berkokok.
Padahal gambar ayam takde.
Tengok kucing kat luar umah pun buat macam bunyi berkokok.
Dah ajaran sesat plak Iman ni.
Kalau nenek dia tanya, "mana siti?"
Iman akan tunjuk gambar tikus dalam buku, pastu tunjuk siling kat dapur.
Nenek lah punya ajaran sesat ni, tikus = siti.

Tengok gambar bath tub dengan ada baby mat salih mandi kat dalam.
Dia tunjuk gambar tu, tepuk dada sendiri.
Dia gitau dia yang dalam gambar tu.
Iman.. Iman.
Seronok tengok dia membesar.
Cepat jer ikut kalau kita ajar.

Kalau arahan yang mudah-mudah, Iman dah faham sekarang.
"Iman, tolong ambik handphone Ibu"
Dia pergi ambik, pass kat Ibu.
"Ibu basuh botol dulu eh pastu baru buat nenen"
Dia akan "Erk" dan angguk-anggukkan kepala.
Malam sebelum tido, masok bilik, tengok Ayah.
Terus cakap "menom-menom" sambil angguk-anguk kepala.
Bangun tido, terus duduk, senyum, "menom-menom"
Nak nenen lah tu.
Hehehe..

Iman nak gi main dengan kawan ni.

Sekarang petang-petang Iman mesti main ngan anak jiran kat depan umah.
Dah menampakkan ciri-ciri suka bersosial.
Alhamdulillah Iman cepat menyesuaikan diri bila ada keramaian.
Berkat selalu bawak Iman jalan-jalan sejak umur 30 hari lagi.
Hehehehe.

Penatnya.

8 comments:

  1. sangat comel..
    bab tikus tu y xtahan..siap tunjuk siling umah..ngeh3
    tp my imaan stil xpaham arahan lg klu nk suh amik barang..

    ReplyDelete
  2. haha.. kin kiut jak nya ya kak.. best ow.. nangga miak membesar. gk best mun ktk nyimpan gambar nya every year... kawan kmk . everyday nya ngambar anak nya simpan lam album

    ReplyDelete
  3. nenek lah tu ajaran sesat... hehehe...

    ReplyDelete
  4. ztie, ya lah tek... gambar melobo tp softcopy.. x larat nk print eh... nk molah photobook mls nk milih gambar.. ya lah guna blog... kelak2 best baca balit mun nya dh besar nk..

    ReplyDelete
  5. Subhanallah...

    Dah besar dah Iman...

    Geram nangga bulu matanya.. hahaha.. x payah pakey maskara gik.. hehe...

    bila la auntie & kakak bihah nak nemu iman tok..? geget lak... :p

    ReplyDelete
  6. Minggu ya masa mek jalan2 lam Choicemall nak.. ya lah mek alu tertanggar sorang ompuan tok nyurong trolley.. pas ya ada baby girl kat dalam trolley ya koh. Mukanya nang macam baby kitak. Dah ya nak, mama nya nang kedak muka kitak aihhh... :P

    ReplyDelete
  7. nyza,
    ya lah tek...ibunya pn jeles ngn bulu mata nya..hehehe

    FnF,
    haaa...ada mek perasan...nang ktk duhal ya tek...kmk nangga jak mcm kenal jak urg laki tok..tp kmk x ingt.. dh ktk jalan br mek teringat mcm odio...padu tek nang mena! haha

    ReplyDelete
  8. ahhhhhhhh!!! komen yang sama, kmk geram dgn iman, ahahaha... :)) malam tadik jen cerita nya main dgn aidil lawak da jak... hahaha... :)) comel, ah, iman! ;)

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥