Program Latihan 1 Malaysia

Pengenalan

Ia adalah ilham YAB Perdan Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1 Malaysia.


Objektif Program


  • Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat



  • Membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan



  • Mengurangkan masalah sosial belia



  • Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran



  • Memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan




  • Syarat Kelayakan



  • Warganegara MALAYSIA



  • Boleh membaca dan menulis



  • (Pesara kerajaan/Warga Emas/Belia/Lulusan Universiti/Lepasan Sekolah)



  • Pekerja yang sedang bekerja



  • Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon




  • Perlaksanaan


  • Kursus dijalankan pada selepas waktu pejabat (hari bekerja) dan hujung minggu:

  • Masa 6.00 petang hingga 10.00 malam (hari bekerja)

  • Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang (hujung minggu)


  • Bayaran


  • Program Kemahiran Bahasa - RM10.00 / Kursus (Pakej)

  • Program Kemahiran Lain - RM 1.00 sejam (Bayaran Dicaj Mengikut Jam Kursus)


  • Dulunya dikenali sebagai  kursus pendek, sekarang jadi Latihan 1 Malaysia pulak. Program ni dilaksanakan oleh Kolej Komuniti. Dengarnya Kementerian lain (seperti ILP) pun kena buat jugak tapi semuanya tunggu modul dari Kolej Komuniti. Wah-wah, semuanya nak memudahkan kerja kan? Sekarang ni saya sendiri pun keliru sama ada saya ni nak mengajar IT atau latihan 1 Malaysia. Sejujurnya saya bukannya ada kemahiran yang khusus kalau nak jadi fasi dalam latihan 1 Malaysia. Menari? Tak pandai. Menyanyi? Tak pandai. Memasak? Tak pandai. Setakat nyanyi-nyanyi camtu, masak-masak camtu, saya pandai lah. Nak mengajar? Saya tak confident. Saya takde sijil dalam bidang tu. Apatah lagi degree. Kalau nak suruh saya ajar bidang saya, saya confident lah. Tapi, biasalah, permintaan komuniti lebih kepada benda yang masak-masak, gubah-gubah bunga, jahit-jahit manik. Oh, minta maaflah, memang saya tak confident. Boleh tu boleh buat, tapi belum sampai nak mengajar orang. Nanti peserta gelakkan saya pulak. Apa la cikgu  ni buat tak menjadi. Kan ke menconteng arang di muka sendiri?

    Dan sekarang, kami (di Kolej Komuniti) asyik dengan KPI jer. KPI KPI KPI. KPI1, KPI2, KPI3 sampai KPI6. Apa nak jadi? Gila KPI ke apa? Dan semua KPI tu mesti ada kaitan dengan usahawan. Usahawan, usahawan, usahawan. Nak melahirkan usahawan. Nak melahirkan tu boleh, tapi nak mempertahankan status usahawan tu yang susah kalau minat nak menjadi usahawan tu bukan dari dalam diri, tapi dibentuk. Dibentuk oleh Kolej Komuniti. Itulah peranan Kolej Komuniti. Melahirkan usahawan. Habis tu Kementerian yang sepatutnya (yang berkaitan dengan usahawan) tu buat apa? Memantau? Goyang kaki? Eh, banyak chantek. Walaupun dengarnya bagi pengajar latihan 1 Malaysia tu akan dibayar, tapi kadang-kadang RM yang banyak tu tak menjanjikan kebahagiaan, ye lah asyik tinggalkan anak, tinggalkan suami, kang suami carik lain kang. Siapa nak menjawab tu?

    Saya memang bengong di kolej sekarang. Semua benda nak membudayakan usahawan. Dulu mengajar jer, tak payah nak fikir macam-macam. Kalau ada kursus pendek, jadi pengajar ke urusetia ke, semuanya dah diuruskan. Tinggal datang mengajar jer. Sekarang? Ah, dulu lain, sekarang lain. Pengurusan kolej pun dah tonggang-langgang.

    Apa nak jadi, jadilah. Janji saya masih mengajar kursus yang sama. Tetap dan berpencen. Alangkah baiknya kalau hantar kami ke kursus memang dalam bidang yang termaktub di kertas degree kami. Itu lebih berbaloi!


    psst: lamak dah sik ngerepak hal kerja


    2 Comments

    ♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

    1. hmm..pening kan bile kite yg tugas utama kene mengajar ni terpaksa siapkan hal ehwal pengkeranian..gile tension.:(

      ReplyDelete
    2. betol tu sis... demotivated pulak rasa kalo byk sgt tugas sampingan

      ReplyDelete
    Previous Post Next Post

    Contact Form