Salahkah saya jawab telefon bagi pihak tunang saya? -Memey

Cekap dan pantas sungguh info tentang kenyataan Facebook Abby Abadi sampai ke telinga Memey Suhaiza. Terus dengan pantas Memey mempertahankan tindakannya yang mengangkat telefon Norman.

Salahkah saya jawab telefon bagi pihak tunang saya. Saya bukan buat salah besar sehinggakan dia begitu marah. Setalah sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara tersebut di facebook. Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia. 
 
Biar betik Norman tak save nombor Abby kat dalam handphone dia? Sekali dengar macam tak logik tapi boleh jadi betul jugak. Mungkin Norman delete nombor Abby sebab tak mahu ingat segala memori lama dengan Abby dulu. Logik tak tekaan kami?

Yang penting, Memey berkata yang sempena tahun 2011 ini dia tak mahu gaduh-gaduh dah dengan Abby. Memey mahu bukak buku baru.

Saya tahu dia tidak suka saya, jika kami memang tidak boleh berbaik sekali pon tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa. Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional.
 
Tapi nampaknya Memey tak menjawap persoalan utama daripada Abby. Betul ke tidak Memey tinggal serumah dengan Norman? Itu yang kami nak tahu sangat sebenarnya. Nampaknya persoalan akan terus tinggal persoalan.

Oh ye, Memey bakal mengakhiri zaman daranya pada tahun 2011 ini. Tahun dah tahu tapi tarikhnya masih belum ditetapkan. Kata Memey sejak bertunang ini rezeki dan tawaran berlakon mencurah-curah. Sibuk sampai tak sempat nak buat persediaan kahwin.




5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. kontroversi ya kak... hehehehehe... mek da baca juak... =P

    ReplyDelete
  2. kontroversi ya kak... huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. kmk sik suka ngan memey koh. Fasha punn... ngaco laki urang... pa reti ka? merampas kebahagiaan org lain... huh!

    ReplyDelete
  4. bz ke? mcm xda pun cita nya dlm tv mahupun astro mahupun cnn.. erkkk...

    ReplyDelete
  5. hai..salam kenal. orang sarawak ke..hihihi sama la ngan hubby elly... ermm

    balik kat topik atas ni.. hhihi kadang2 menyampah gak baca..macam2 hal la kan..sudah2 la tu..

    tak tahan ayat kat bawah skali tu..

    "masih dara ke" hihi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form