Follow Us @soratemplates

25/02/2011

Aras kognitif dan taraf hidup

Dato' Siti dah melebarkan sayapnya ke bidang pengacaraan pulak.
Korang tengok tak talkshow terbaru Siti tu?
Kat Astro Ria
Saya tak tengok habis, saya tengok sikit jer
Tapi nampak lah Siti agak gugup dan nervous masa interviu Tun
Ye lah, sape yang tak nervous nak interviu orang macam Tun

Semalam masa slot 'Action Research' speaker kami ialah seorang Dr
Masa tu kami tengah berbincang tentang level kognitif
Tiba-tiba kan...

"You all tengok tak rancangan Dato' Siti yang interviu Tun tu? Saya kesian tengok dia (Siti)"

Tiba-tiba jer kesian kat Dato' Siti
Apa kes?

"Kesian dia, nampak sangat level kognitif dia rendah, nampak sangat dia nervous. Saya bukan nak rendahkan pendidikan dia, tapi dekat situ kita sendiri boleh tengok, orang yang level kognitif rendah akan tak konfiden bila berdepan dengan orang yang macam Tun (level kognitif tinggi). Ye lah, Dato' Siti tu setakat SPM jer kan? Saya tak rasa pun dia berjaya interviu Tun. Pengetahuan dia belum mencukupi untuk nak bertanya soalan dengan orang seperti Tun. Lainlah kalau Oprah, Aznil ke. Mereka tu memang dah diketahui kognitif tinggi."

Hmm...

"Tapi, dia (Dato' Siti) hanya sesuai menyanyi kerana bakat dia memang menyerlah di situ. Ingat, Teori Gardner! Manusia ada 9 kecerdasan. Dan dia(Dato' Siti) mempunyai kecerdasan muzik."

Tapi, memang betul lah. Korang pernah tak mengalami situasi takde idea nak cakap bila berdepan dengan orang yang berpengatahuan luas? Haaa... sebab kita manusia ni level kognitifnya tak sama. Dah tu, ada 9 cabang pulak tu. Sebab tu kalau bersosial, adalah baiknya kita bercampur dengan orang bijak pandai, sebab secara tak langsung kita boleh 'curi' sedikit pengetahuan dari mereka. Kan? Kan?

Kesimpulan kat sini, sangatlah penting untuk kita mengupgrade diri sendiri daripada baik kepada yang lebih baik. Sesambil kita blogging cerita pasal anak, pasal rumah, pasal perasaan, jangan lupa untuk follow blog-blog yang berunsur pengetahuan dan ilmiah. Contoh la yang paling simple, kalau tak pandai masak, google jer, semuanya ada kat internet ni. Tak tau masak nasik goreng, kat You Tube ada! Daripada tak pandai kan dah jadi pandai. Suami pun makin sayang. Senyum memanjang jer lah.

Dato' Siti nak jadi Oprah? Belum sampai ke tahap tu lagi.
Dan kalau diperhatikan manusia-manusia bijak pandai di dunia ni (mempunyai aras pemikiran tinggi) semuanya kaya-raya, contoh Mark Zuckerberg. Bijak lah tu kan, rambut takde uban lagi dah boleh mencipta 1 generasi baru, generasi Facebook. Korang pandai ke nak buat Facebook? Huh, saya pun tak pandai. Hehe. 

Contoh 1 lagi, Dato' Siti lah. Aras pemikiran dia yang tertinggi ialah cabang muzik, tengok, kaya tak kaya? Hehehe..

Nak lagi contoh, Dato' Nicol David. Aras pemikiran tertinggi ialah kinestatik. Dengan memanipulasi bakatnya dalam skuasy, sekarang dah pegang title 'Dato' walaupun umur masih setahun jagung.

Lagi? Korang pikirlah sendiri.

Tak semestinya tak pandai di sekolah, tak pernah belajar kat u, kita tak boleh hidup kaya, kalau kita tau aras kognitif kita di cabang mana, dan bijak memanipulasinya, insya Allah, kita boleh. Siapa yang tak tau Kek Lapis Dayang Salhah? Haa... buat kek lapis jer tu, boleh jadi terkenal seperti sekarang.

Anda bila lagi? 




Ibu Iman: rasa macam nak sambung belajar lagi... tapi bagi peluang Ayah Iman dulu lah :)



8 comments:

  1. hmm.diyana tgk.memang masa tgk talk show tu mmg prasan apa yg mcm prof ibu iman tu bgtau..saye rs siti ni mcm salah jemput orang aje.seriously nampak kekok.haha

    tak smbg belajar pun takpe ibu iman.kite ni golongan cekap uruskan anak.bkn semua boleh buat termasuk bapak2.satu kelebihan jg tu..keh keh.

    ReplyDelete
  2. Apa kata orang yg melabel ya tek... akainya neii... tok nama jak program dah soalan2 ya set awal bah.. bukan bertanya onthe spot... sikkan lah terus nak judge orang gia.. just that Siti sik deliver mcm Aznil doesnt meant level pemikirannya rendah..


    aiee mek marah indah..

    ReplyDelete
  3. antara 9 kecerdasan ya..kmk rasa kmk dlm ney bah..hahaah lupak gardner..rujuk buku balit lok..

    ** tp kak..sikda mek tga talkshow nya koh..tedah nya ow..

    ReplyDelete
  4. dear ibu iman

    salam pagi jumaat... hrmm.. actually kamek agree la dengan statement dari Dr ya. Bukan nak menjatuhkan artis berkenaan dan tiada isu BIAS di sini.. ceh... u can see how she look at Tun dah sekian... hrmm...

    lamak sik dengar kognitif ya. kamek dolok ambik sains kognitif juak bah. :)

    ReplyDelete
  5. Sama2 kita memajukan diri, dari x pandei ke pandei. Teknologi semakin canggih, boleh dpt info dihujung jadi jak ;-)

    ReplyDelete
  6. Tak penah tgk talk show dia,tp ramai komen siti kurang menonjol.My friend yg fanatik sgt dgn siti pun komen yg siti patut kekal menyanyi je...he3

    ReplyDelete
  7. benar padah tak kak,
    yang penting cara pemikiran kta.
    kena rasional & profesional.
    masuk U pun, mun ilmu ya sik dpraktik.sik guna juak.hehe

    ReplyDelete
  8. suka kmk baca post tok..
    rami artis kita coba jadi interviewer tp sik pande nak nanyak soalan tip top. sarimah ibrahim gia juak. lupak kmk dlm rancangan apa.. TV2 kah ooo.. hmmpph.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥