Kelebihan Adobe Illustrator Yang Anda Tidak Tahu

Phew! 11.30 baru masuk opis. Setelkan urusan printing banner & bunting untuk Kolej. Kena setelkan sebelum travelling untuk berkursus minggu depan. Esok ambil pulak. Tengok la kalo rajin keluar awal, kita ambik kalo malas, mintak driver ler ambikkan. Hehehe.

Lately, hampir setiap minggu saya dah buat design balik. Menajamkan skill lagi untuk menggunakan AI. Kalo takde kerja, takdelah nak mendesign. Nak design saja-saja? Hai.. banyak lagi benda lain boleh buat. Bila dah selalu guna AI ni rasa macam "menyesalnya tak kenal AI dari dulu lagi". Hehehe. Sekarang dalam masa sejam pun dah siap 1 design simple untuk page. Janji cukup info, memang AI memudahkan kerja. 

Tapi kenapa orang lebih prefer Photoshop? Kenapa orang suka nak belajar Photoshop berbanding Illustrator? Macam saya dulu jugak lah. Tak kenal maka tak cinta. Dulu taktau pun camne nak guna Illustrator ni. So mana-mana pun kalo design mesti sinonim dengan Photoshop. Tapi bila dah kenal, dah cinta, Photoshop tak pandang lagi ler uols. Hehehehe. Illustrator memang lagi senang daripada Photoshop. Trust me!

Oklah, saya bagitau siapa yang bagus guna Photoshop, siapa yang bagus guna Illustrator. Kalo yang suka edit gambar tu memang wajiblah guna Photoshop. Kemestian tu. Tapi kalau yang suka design baju ke, logo ke, poster ke, lebih jimat masa kalo guna Illustrator. Betolll! Illustrator main drag-drag, copy paste jer. Cuma kena kreatif nak buat susun atur font dan vektor jer.


Hoyeah!! Jom jom kita tengok dulu apakebenda PS dan AI ni. PS ni mula digunakan sejak 1988 lagi dan semestinya fungsinya dari dulu ialah untuk mengedit gambar. Hari ini pun orang masih menggunakan PS untuk mengedit gambar. Malah, lebih dari itu. Untuk design web pun boleh.

AI pulak awal setahun dilancarkan daripada PS ni, iaitu pada tahun 1987. Fungsinya lebih kepada untuk design logo dan sekarang penggunaannya lebih meluas dalam pembuatan produk digital.

Tapi kan, kita takleh pulak nak paksa orang nak guna PS atau AI. Kalo orang tu rasa dia lagi senang dan mudah nak guna PS, teruskan. Sebab benda ni skill individu. Mungkin sesetengah orang dia memang dah hafal semua shortcut key fungsi-fungsi dalam PS so dia rasa senang lagi daripada dia menggunakan AI, kita patut terus bagi galakan kepada orang tu. Tapi personally, AI ni mudah sebab kita boleh download banyak vektor dari Internet. Dan dari imej vektor tu lah kita olah mengikut citarasa kita. Hehehe. Short cut sungguh kan?

Kesimpulan yang dapat disimpulkan (hasil pembacaan dari SINI) ialah:

Photoshop
  • Graphics: Raster
  • Current version: Photoshop CS6
  • Popular tools: Brush, healing, type, clone stamp, blur, image adjustments and filters
  • Used by: Designers, artists, photographers, film and video professionals, and illustrators.
Illustrator
  • Graphics: Vector
  • Current version: Illustrator CS6
  • Popular tools: Pen, blend, warp, mesh, type, pathfinder, and masks
  • Used by: Designers, artists, illustrators, animators, publishers, film and video professionals.
Tapi, bagi saya, saya memang suka AI sebab ada banyak vektor yang best yang kita boleh download dari Internet. Hehehehe.


3 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. You can create PESCO Copy Bill On the web and pay it in time.This will keep away from a late installment overcharge. Enter your 14-digit reference number to accept your PESCO online bill.This will permit you to see your most recent PESCO Copy Bill On the web.

    ReplyDelete
  2. You can now check your Fesco online bill here every month.
    fesco online bill

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form