Terlebih dahulu kita perlu mengetahui, apa itu kolagen? Kolagen
adalah salah satu komponen dalam badan yang berfungsi untuk menegangkan
kulit.
Merujuk kepada gambar, kolegan yang lemah akan menyebabkan
kulit berkedut dan ianya adalah proses natural sewaktu meningkat usia.
Perempuan menghasilkan kolagen kurang daripada lelaki dan kadar
kehilangan kolagen adalah kadar 1% setahun. Dijangka pada umur 50,
perempuan akan kehilangan 50% daripada kolagen yang ada.
Jadi adakah dengan memakan kolagen, kulit akan kembali menegang?
Tidak, kolagen hanyalah protien di kulit. Ianya tiada beza sekiranya
anda memakan kulit ayam, daging, keju, telur atau, kacang. Hasilnya, ia
akan dicernakan di perut dan hancur. Anda hanya akan menikmati zat
seperti protein dan beberapa vitamin (bergantung kepada sumber vitamin).
Setakat ini, tiada bukti saintifik yang mengatakan sekiranya memakan kolagen, ianya akan menegangkan kulit.
Jadi bagaimana untuk mengekalkan kesihatan kolagen?
Banyakkan memakan makanan yang mengandungi vitamin C, Omega-3, membasuh
muka dengan pencuci yang mengandungi alpha hydroxy acids, dan bahan
tambah makanan yang mengandungi Hyaluronic acid.
Kesimpulan
Oleh itu, sebab
itulah syarikat gergasi dunia kosmetic seperti Maybelline, Sheseido, SK II,
L'Oreal, Olay tidak menjual produk collagen utk dimakan. Mereka lebih fokus pada
produk untuk kegunaan luaran. Di Malaysia je kita jumpa produk kecantikan
kulit yang kena makan. Lepas makan kulit taklah secantik mana, tapi buah
pinggang dengan hati rosak adalah.
Sumber: Page FB Pseudoscience Watch

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!