Follow Us @soratemplates

27/11/2019

Sambal Belacan Tomato


Sejak Ayah diorang ni dah kembali ke pangkuan keluarga, sambal belacan dah jadi menu wajib ada setiap kali kami sekeluarga makan. Selalunya saya akan buat untuk 2x makan je. Kekadang sekali makan pun dah abis. Hehehehe.

Dulu pernah buat sambal yang versi kedai makan di Semenanjung sana. Google jer cara buat alhamdulillah menjadi. Buat stok banyak dan letak dalam peti sejuk lagi sedap. Tapi lama dah tak buat. Rela tumbuk manual guna lesung batu daripada blend. Hehehe.

Selalunya saya akan gilir-gilirkan ikan bilis atau udang kering kalau nak buat sambal belacan. Dan kena ada perahan limau kasturi jugak. Suka rasa masam-masam gitu. Hehehe. Malam tadi terasa nak makan sambal tomato so tambahlah tomato. 


Sambal Belacan Tomato versi Kakmim

Bahan Tumbuk
Cili Padi (Kuantiti kut level kepedasan masing-masing)
1 kiub belacan (dibakar)
Udang kering atau ikan bilis (rendam sekejap dan tumbuk selepas cili lumat)

Tomato (dipotong dadu) campur dan gaul ke dalam sambal belacan tadi. Perah sebiji limau (bagi yang suka masam, sebab tomato pun dah ada rasa masam) dan taburkan sedikit gula putih untuk mengimbangi rasa pedas dan masam. Jadi pedas, masam manis masin rasanya.

Sesuai dimakan dengan lauk masak lemak atau kari. Yeehaaa!!!

Selamat mencuba resepi simple tapi membuka selera.


No comments:

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥