Diari Seorang Pelajar Kolej

Entri ini adalah kesinambungan entri INI.

Tak tau nak mula dari mana. Kelasnya hari Isnin. Deadline hantar assignment ialah hari Khamis sebab minggu depan diorang cuti. 

Hmm... Korang update status kat Whatsapp tak? Best jugak tau layan status kat Whatsapp ni. Kekadang kita boleh follow apa yang orang² yang kita kenal buat sehari-hari

Alkisahnya bebudak yang Kakmim ajar ni budak TVET. So diorang ni memang banyak hands on. Keja-keja amali bagi jer dekat diorang, kerja yang ada teori dan bahasa ni agak kureng sikit lah. Since Kakmim ni memang suka jugak follow status bebudak ni, memang sukalah baca status diorang. Senang jugak nak pantau apa diorang buat. So malam tadi memang perasan lah ada status budak yang stay-up.

Actually status ni ialah video. Sila tengok jam, 2327 pm ye, nampaknya ada orang tengah siapkan assignment yang Kakmim bagi.

Nampak jam? 0059. Pagi tau. Hmm.. lambat ye tido

Alhamdulillah. Pagi ni dia orang pertama yang hantar assignment atas meja Kakmim. Tetiba rasa nak appreciate pulak spesis budak yang patuh arahan macam ni. Terus Kakmim offer mee kolok kat stall kedai mamak bagi yang hantar pada hari ni.

Ala.. blast jer dalam grup. Senang dan memudahkan. Lepas tu update di status Whatsapp jugak, ramai yang respon.

Sehingga jam 12 tengah hari ada 7/30 yang dah hantar. Seronok diorang dapat duit untuk makan mee kolok ayam. Alhamdulillah, kongsi rezeki. 

Lepas tu kan sebelah petang ni, sekejap tadi la... member pm gambar budak yang jadi orang pertama hantar tadi, tido! Tertido kata nya. Kesian...


Masa hantar tadi pun diorang dah bagitau, banyak tugasan nak kena buat sekarang ni. Encik tu lagi, Encik ni lagi. Kakmim jawab barulah thrill keja banyak pastu dah siap hantar baru lah feel cuti seminggu. Hehehe! Betol kan?

Macam tu lah kan kehidupan seorang pelajar, kalau takde assignment, takde projek, kosong je rasanya. Sesambil belajar sesambil masih boleh enjoy. Hutang pun takde lagi. Untung kan? 


2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form