Follow Us @soratemplates

29/06/2020

Ice Glam Black vs Ice Ola Dazzling Blue

June 29, 2020 0 Komen
Duluuuuu.... saya peminat Swatch. Entah sekarang selesa pulak dengan Ice Watch. Senang dijaga, harga pun berpatutan, nak lagi patut, beli masa ada sale tapi for sure lah dah tak terlalu baru lah kan. Tapi takpe, as long as boleh beli.

Last weekend semasa di Vivacitu terlalu kiosk reseller Ice Watch, boleh pulak tertengok koleksi Ice yang display kat situ. Adoi la, menarik sungguh, kaler ceria betol, hyper color semuanya. Dijamin acah² look young kalau pakai ni. Kah kah. Ye la tahun depan dah 4 series, macam manalah anggapan orang umur dah meningkat ke angka 4 ni kan?

Belek punya belek, tersuka pulak dengan si Dazzling Blue. Sekarang musim² tersuka kaler biru pulak, nak beli baju ke, hand bag ke, kasut ke mesti tengok biru dulu, tapi dark blue lah. Tudung pun macam tu jugak, tak tau lah. Faktor umur kot. Kalau dulu mesti suka merah, sekarang kalau tak biru, coklat. Kaler rasmi Kakmim kata Ayah Iman. Heheh.

Tadaaaa... my Ice Ola, si Dazzling Blue ๐Ÿ˜

Perasan muda kan? Kaler budak sekolah sungguh.

Ice Ola ni koleksi ke-2 Ice Watch saya. Tahun lepas dapat Ice Glam Black dari Ayah Iman. Hadiah hari raya tahun lepas. Hihihi.

Kaler ni dewasa sikit lah. Black & rose gold, feminin sikit feeling ๐Ÿ˜Š

Suka pulak dengan Ice Watch ni, box pun lawa. Boleh dijadikan tabung. Si #anakno2 asik mintak jer nak buat tabung tapi ibunya kedekut takmo kasi. Hahaha.

Change You Can yang oren & rose gold tu boleh bukak untuk buat tabung. Tapi nasiblah anak oi jumpa mak kedekut ni. Biar dia simpan dalam almari daripada bagi kat anak. 

Si Glam dah ada kawan dah si Ola. Hehehe

Yang ni I love sangat² ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Tapi saya ni bukannya collector tegar jam pun sebab saya jenis yang setia. Kih kih. Setia pada yang satu je. Jam Swatch kesayangan saya dulu beli tahun 2012 baru je ganti tahun 2019 dengan Alba. Entah kenapa si Alba rose gold tu boleh hilang pulak. Sampai sekarang tak pernah jumpa, tak tau lah dia pergi mana.

Kalau adik saya, memang collector jam, pakai jam ikut kaler baju. Hahaha. Saya takde lah sampai macam tu sekali. Cuma sekarang kekadang pakai jugak Xiomi Band tu, kalau rasa nak aktif la. Tu pun Ayah Iman yang punya tapi dia bagi saya pakai so terus synchronize ke henpon saya lah, apalagi. Hihi.





27/06/2020

Layan Hobi Ketua Keluarga

June 27, 2020 0 Komen
Selalunya kalau kami keluar berdua memang nak mencari barang² Puan Bini jer tapi hari ni terbalik pulak, hari ni hari untuk ketua keluarga pulak. Ye la dalam hubungan suami insteri ni kena ada give & take baru rukun damai rumah tangga, ye dok? Hehehe.

So hari ni kami dating memang dengan target nak cari barang ketua keluarga Kakmim ni. Asyik mengadap Shopee jer survey gitar elektrik. Tak larat pulak Kakmim tengok so Kakmim cakap nanti la Kakmim temankan cari kat sini je, takyah beli online, Beli jer kat kedai puas hati, boleh try pastu tak perlulah nak menunggu lama. Almaklum je lah postage Shopee tu macam mana, boleh tumbuh janggut nak menunggu barang yang diorder sampai.

Mulanya dia dah google jumpa 1 kedai tu, katanya area Kota Samarahan. Ok Kakmim follow je. Owner kedai bagi location, kita driving follow je tapi bila dah sampai tak jumpa pulak kedai. Last-last kami ke kedai yang dia dah memang sedia tahu dah di Kota Sentosa. First time tau Kakmim pegi kedai alat muzik ni. Kih kih. Banyaknya gitar!! Memang rambang mata.

 
Kan? Macam² warna pulak tu.

Gitar akustik ada, ukelele ada. PA system lagilah banyakkkk dan pelbagai rate.

Tetiba Kakmim nampak harga offer ni. Encik Suami kata dia bajet dalam RM700 tapi ni macam terlajak murah pulak. So apa kata try lah dulu tengok macam mana.

Dannnn ketua keluarga kami pun testing gitar elektrik yang diidam-idamkan.... siap suh ambik video lagi sebab nak dengar bunyi dengan amp. Amp mahal memang bestlah bunyi.

Puas hatilah tu, tengok apa yang dia bawak. Nasib baik tak angkut amp sekali.

Dan tengok apa yang Puan Bini bawak.. hihi.. ada guitar stand sekali tau uols. Kakmim ingatkan mahal guitar stand ni, paling murah tadi RM40. Ok la mampu milik. First time kan noob lagi ๐Ÿ˜›

Welcome home awak ๐Ÿ˜Š selamat menjadi warga #imanfamilia ๐Ÿ˜‚

Pastu kan bila sampai kat umah menyesal pulak tak angkut 2 sekali guitar stand, habis tu gitar capuk yang akustik tu nak letak mana pulak. Takpe, akan diuruskan lepas ni. Hahahaha.

Ok jugak ketua keluarga pandai main gitar, pernah jugak la dia main gitar Puan Bininya melalak menyanyi, feeling² buat show akustik. Kah kah.. ok what untuk aktiviti famili. Kau Ilhamku pulak tu, berkali² main dan record. Hahahaha... ko hader tak bini yang perasan bagus macam Kakmim? Tak hader kan? Hahaha. Jangan kecam ye.

Oh ya, yang area Kuching nak mencari instrumen alat muzik ke PA system ke, kat Kota Sentosa ni senang jer nak carik J.K Music berbanding Dalen Music Store yang kami cari tapi tak jumpa siang tadi ๐Ÿ˜…








Tuk Tuk For First Timer

June 27, 2020 0 Komen
Dari PKP sampailah PKPP ni #TheIMANs 4 beradik belum lagi ke shopping mall. Last mereka ke shopping mall ialah sebelum PKP ari tu, 15 Mac 2020, tu pun sekejap je ke Aeon untuk beli baju raya lepas tu terus jer balik. Nasib baik jugak kami shopping terus baju untuk diorang raya walaupun tak dapat beraya at least adalah jugak baju raya kan? 

So sejak PKP ni memang kami laki bini jer lah keluar. Masa PKP1 dulu masa tu tak boleh berdua dalam 1 kereta tapi Encik Suami benarkan Puan Bini ni keluar top up stok dapur seminggu sekali. Dia takut bini dia stress tak keluar umah kalau dia pegi shopping barang dapaur. Pastu si bini pulak memang tak harap laki dia nak beli barang barang, kalau sikit jer takpe lagi, kalau banyak heeee baik Kakmim sendiri pegi.

Kami selalu dating sejak selepas raya... haha! Masa sebelum raya tu jarang jugaklah nak ke shopping mall, mungkin sebab puasa jugak kot. Tapi lepas raya, hampir setiap minggu kami dating. Hihihi. Baru lah merasa dating lagi. #theIMANs pun dah tak kisah dah kami dating sebab kalau balik jer mesti ada habuan untuk diorang. Ye lah sebelum dating tu macam² dah diorang pesan.

So hari ni kira 1st time jugaklah dating siap makan². Selalunya shopping jer pastu tapau makanan then balik umah makan dengan #theIMANs. Hari ni special sikit, kitorang lunch kat Tuk Tuk. Lama dah rasa nak makan kat sini tapi barulah hari ni berpeluang nak try.

Kami try set A tu yang ada Tilapia sup tomyam sebagai main course nya

First time makan kan taktau lagi set mana yang sedap & berbaloi. So pilih set A tu sebab dapat makan ikan, dapat makan tom yam jugak. 2 in 1. Kakmim ni kan hantu ikan, wajiblah makan ikan, lagipun setiap set tu memang ada chic wing goreng.

Sementara tunggu order.. hihihi


Bila menu sampai. Berdebar jugak, agak-agaknya habis tak tomyam tu? Haha


Banyak jugak portion nasiknya, beras wangi pulak tu. Kangkung goreng belacan tu pun sedap. Chic wing pun sedap cicah pulak dengan sos thai.Yummy!!


Setiap set tu memang termasuk 2 air, milk tea & green tea. Milk tea tu biasa jer, green tea pulak memang rasa green tea la.. hahaha... Kakmim memang bukan peminat green tea so green tea biar je Encik Suami uruskan. Kah kah.


Makan time!! Kita selfie dulu ๐Ÿ˜€

So lepas ni boleh dah bawak #theIMANs makan kat sini sebab dah tau dah nak order apa. Boleh jer set A tu makan untuk 6 beranak, just top up nasi je.  Berbaloi-baloi. Tapi entah bilalah ada keberanian nak bawak diorang 4 beradik tu ke shopping mall.








 




18/06/2020

Kisah Si Dia Diarahkan Kuarantin

June 18, 2020 1 Komen
Ini cerita masa PKP hari tu, bulan April. Kecoh dalam grup family IL yang biras sis telah positif C19. Tetiba je kan? Ya, dia memang ada demam sebelum PKP lagi tapi tak sangka pulak dek kerana C19 ni rupanya. Tapi kalau diikutkan sebelum PKP awal bulan Mac, tapi dia positif dah awal April dah. Tapi nak buat macam mana kan, dah positif kenalah terima kenyataan.

Dan... dan.. yang tak bestnya mestilah close contact pun akan kena saring. Dipendekkan cerita husband sis ialah 2nd contact dengan biras ni. Bila orang ofis dah tau, terus segeraaaa bos arahkan dia balik rumah, sampai jer umah terus ada doktor lain pulak call interviu dan segera kena suruh kuarantin di pusat kuarantin petang tu jugak. Huhuhu. Perasaan? Jangan cakaplah bila dah terpisah kerana kuarantin tu. Kalau yang positif tu, lagilah perasaan tu macam mana kan? Entah balik lagi ke rumah ataupun tak.

Sis sejak awal PKP lagi memang dah ready mental, dah fikir bilik mana akan digunakan untuk self kuarantin di rumah. Mental seorang isteri frontliner yang bekerja pulak di hospital Covid ni memang kena selalu bersedia. Apa-apapun boleh berlaku so bila kena arahkan kuarantin di pusat kuarantin tu, teruskan je, sis is redha demi kebaikan kami sekeluarga.

Dan yang paling pelik, famili IL pulak takde pulak KKM call untuk saringan. At last ada jugak KKM call untuk buat saringan tapi agak lambat lah, berbanding husband sis yang 2nd contact. Kemas² barang untuk check in di pusat kuarantin, makan² sedap dulu then husband pun pegilah hantar diri ke hostel Akademi LHDN tu. Adik² sis tanya, tak ambik gambar ke? Sedih la wei dalam hati walaupun muka takmo sedih² pun so bila sedih takde perasaan pulak nak ambik gambar bagai.

Sehari di pusat makan ok lagi. Caterer ok makan pun sedaplah. Hari ke-2 dah makanan tak sedap, caterer tukar kot sebab packaging pun lain. TV ada tapi tak boleh nak tengok, so husband dah mati kutu. Dah boring, nak movie untuk membunuh rasa kebosanan tu. Nak guna data henfon, hmm... ada berapa hari lagi nak stay kat sana. Nak tak nak sis  pun download la movie, banyak² movie sukati jer lah sis download, pastu kena beli stok untuk hantar stok kat dia jugak, husband sis nak maggi cup, takkan nak bagi maggi je. So terjadilah stok makanan seperti di bawah. Dalam tu memang ada pelbagai jenis biskut, kacang, coklat, air kotak, macam² lah. Hahahaha. Biasalah kan bila orang pempuan menyopping. Tapi sis memang terer packing kan? Hahaha.

Dan rasanya bila nak ke pusat kuarantin tu, tu lah 1st time sis drive agak jauh, dah lama tak driving jauh. Selalu ke Mydin area rumah je. Ni ke pusat bandar, lalu sekatan jalan raya polis tapi nasib baik masa sis pegi tu diorang tengah tukar syif, so takde tahan² orang. Lagipun sis sorang je, takde apa yang nak ditakutkan.

Sesampainya di Akademi LHDN tu memang agak seram perasaannya. Sunyi sepi je. Dengan kuatnya bau Clorox bila bukak jer tingkap kereta. Ada beberapa kanopi kat depan lobi dan 2 orang petugas kesihatan yang lengkap PPE pun mendekati kereta sis. 

Ye, puan.. boleh saya bantu?

Oh, saya nak hantar barang husband. Bilik 313.

Okay, boleh nanti kami hantar. 

Dan dia pun bukak pintu, ambil beg, tutup pintu dan sis pun terus gerak. Macam tu je. Memang sekejap sangat urusan. Alhamdulillah dipermudahkan.

Dan husband sis pun terus dapat barang²nya. Rupanya petugas tadi kenal husband sis, dia terus naik nak hantar depan bilik. Husband sis cakap selalunya kalau ada famili hantar barang petugas ni akan hantar sekali masa nak hantar makanan sebab diorang akan naik masa nak hantar makanan je. Tak naik sesuka hati ke bilit PUS. Alhamdulillah sekali lagi, dipermudahkan jugak urusan kami.





Dan yours truly, selfie sikit lepas keluar jauh sikit dari rumah. Lepas balik terus spray² disinfect kereta dengan air Clorox, dan mandi!! New norm kan. Baju pun sama. 3x keluar sehari, 3x lah bertukar baju dan seluar, sebab tu masa PKP tak suka pakai jeans, hahaha

Dan selepas 2x swap, husband pun dapat release order, selamat dikuarantin selama 9 hari di pusat kuarantin. Kenapa 9 hari? Diorang kira last day contact dengan 1st contact sebab husband diarah kuarantin hari ke-3 selepas contact dengan mertua.


12/06/2020

Raya PKP Family Potrait

June 12, 2020 2 Komen
Gambar famili di hari raya ni suatu kemestian. Tahun ni raya PKP memang sejarah habis, solat raya berjemaah di umah, baca khutbah pun ketua keluarga sendiri. Sampai ada budak yang tertidur semasa Ayah baca khutbah... hahahaha

Abang kakak fokus dengar Ayah baca khutbah, dia naik atas sofa terus layan mata.. haha

Gambar di pagi 1 Syawal dari #imanfamilia

Yeah.. saya dan dia

Saya, dia dan mereka, mak & bapak sis

Tema raya PKP ialah hijau!! Korang pulak kaler apa tahun ni?