Layan Hobi Ketua Keluarga

Selalunya kalau kami keluar berdua memang nak mencari barang² Puan Bini jer tapi hari ni terbalik pulak, hari ni hari untuk ketua keluarga pulak. Ye la dalam hubungan suami insteri ni kena ada give & take baru rukun damai rumah tangga, ye dok? Hehehe.

So hari ni kami dating memang dengan target nak cari barang ketua keluarga Kakmim ni. Asyik mengadap Shopee jer survey gitar elektrik. Tak larat pulak Kakmim tengok so Kakmim cakap nanti la Kakmim temankan cari kat sini je, takyah beli online, Beli jer kat kedai puas hati, boleh try pastu tak perlulah nak menunggu lama. Almaklum je lah postage Shopee tu macam mana, boleh tumbuh janggut nak menunggu barang yang diorder sampai.

Mulanya dia dah google jumpa 1 kedai tu, katanya area Kota Samarahan. Ok Kakmim follow je. Owner kedai bagi location, kita driving follow je tapi bila dah sampai tak jumpa pulak kedai. Last-last kami ke kedai yang dia dah memang sedia tahu dah di Kota Sentosa. First time tau Kakmim pegi kedai alat muzik ni. Kih kih. Banyaknya gitar!! Memang rambang mata.

 
Kan? Macam² warna pulak tu.

Gitar akustik ada, ukelele ada. PA system lagilah banyakkkk dan pelbagai rate.

Tetiba Kakmim nampak harga offer ni. Encik Suami kata dia bajet dalam RM700 tapi ni macam terlajak murah pulak. So apa kata try lah dulu tengok macam mana.

Dannnn ketua keluarga kami pun testing gitar elektrik yang diidam-idamkan.... siap suh ambik video lagi sebab nak dengar bunyi dengan amp. Amp mahal memang bestlah bunyi.

Puas hatilah tu, tengok apa yang dia bawak. Nasib baik tak angkut amp sekali.

Dan tengok apa yang Puan Bini bawak.. hihi.. ada guitar stand sekali tau uols. Kakmim ingatkan mahal guitar stand ni, paling murah tadi RM40. Ok la mampu milik. First time kan noob lagi 😛

Welcome home awak 😊 selamat menjadi warga #imanfamilia 😂

Pastu kan bila sampai kat umah menyesal pulak tak angkut 2 sekali guitar stand, habis tu gitar capuk yang akustik tu nak letak mana pulak. Takpe, akan diuruskan lepas ni. Hahahaha.

Ok jugak ketua keluarga pandai main gitar, pernah jugak la dia main gitar Puan Bininya melalak menyanyi, feeling² buat show akustik. Kah kah.. ok what untuk aktiviti famili. Kau Ilhamku pulak tu, berkali² main dan record. Hahahaha... ko hader tak bini yang perasan bagus macam Kakmim? Tak hader kan? Hahaha. Jangan kecam ye.

Oh ya, yang area Kuching nak mencari instrumen alat muzik ke PA system ke, kat Kota Sentosa ni senang jer nak carik J.K Music berbanding Dalen Music Store yang kami cari tapi tak jumpa siang tadi 😅








Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form