Gambar Pertama


Gambar pertama? Yo yo o je. Boleh la nak gelak kalau rasa nak gelak. 

Bukan pertama apa pun. Gambar pertama yang tak menggunakan Android la. 😂 Setelah sekian lama sis setia dengan Android akhirnya sis beralih arah jugak ke iOS. Dah 39 umur sis baru terbukak hati nak pakai Ipong. Sebelum ni setia jer, kononnya.

Sebelum ni sis pakai Oppo, memang cantik flawless gambar. Bila dah ke Ipong memang terserlah segala mak  nenek freckle di muka. Baru original. 😂😂😂

Sis tengah membiasakan diri dengan button Ipong ni. Selalu ada button Back, sekarang tengah adjust lagi. Bagi sis masa k. Hahaha.

Berbaloi sis cuti dari hari Khamis - Jumaat tau, walaupun Sabtu-Ahad kerja, pastu Isnin cuti lagi. Banyak urusan sis setel. Stor rumah dah berjaya dikosongkan. Baju-baju yang tak berapa nak muat dah disisihkan. Yeay!!

Kad ATM Bank Rakyat juga telah diaktifkan. Haha! Konon nak aktifkan akaun jer rupanya memang perlu tukar kad jugak sebab kad lama orang dah tak pakai dah. Hahaha!

Cantik jugak ek kad ATM Bank Rakyat ni. Hahaha.. jakun

Bila akak kat kaunter tu tengok kat ATM lama sis..

Eh, kad lama ni puan, puan takde terima sms dari kami ke tahun 2017 dulu?
Mak ai, lama gila dah rupanya orang tukar ke kad baru. Nasib baik ada sorang lagi akak selepas sis pun urusan yang sama jugak, tukar kad ATM sebab dia pun macam sis masih guna kad lama yang warna oren tu. Hihihihi.

Puas hati ambik cuti kan kalau banyak urusan yang disasarkan selesai. Nak cuti lagi lepas ni sebab weekend ni keja lagi. 😜




2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form